Tears~5

9 1 0
                                    

"Tuan Muda, saya nak keluar petang ni. Nak beli barang dapur."

Sehun mengangkat keningnya apabila melihat aku.

"Siapa suruh kau keluar?"

Hampir longgar kaki aku apabila dia cakap macam tu.

Cakap tu tak boleh kasar lagi, ke?

"S...sa...saya..."

"Kau apa?!!"

Terhinjut bahu aku apabila dia menyergah sedemikian rupa.

Cukuplah dengan kejadian pagi tadi, aku tak nak kena lagi.

Aku menundukkan wajah.

"M..mi..mianhae. Saya nak keluar. Beli barang. Mian."

Laju sahaja kaki diatur untuk keluar. Luka di perut tiba-tiba keluar darah.

"Na Yeena!!"

Panggilannya aku endahkan. Makin laju kaki aku melangkah.

Nasib aku bawak kain lebih. Untuk kecemasan. Dan aku boleh cover dengan sweater.

•••••

"Aduh..."

Aku memegang perutku yang terasa pedih. Yelah... Sekarang ni kan hujan. Malam pulak tu. Kena air, pedih gila.

Aku berlari ke arah satu pondok bas. Barang yang aku beli, aku turunkan. Kemudian aku duduk di atas bangku.

Aku berdesis kesakitan tambah kesejukan. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki berdiri di hadapan ku.

"Cik okay tak? Nak pergi klinik?"

"S...saya okay. Yelah, cuma ss...sejuk sikit."

Dia kelihatan teragak-agak untuk mendekati aku.

"Saya minta maaf."

Tangannya mula melingkar di pinggangku. Aku terkaku. Serta merta pipiku membahang.

"Saya tak ada niat nak ambil kesempatan, tapi saya cuma nak panaskan badan cik."

Aku mengangguk. Semakin lama, hujan semakin reda. Pelukan juga aku rungkaikan.

Tiba-tiba, dia berdiri.

"Lupa saya nak perkenalkan diri.  Huang Zitao imnida. Panggil saya Tao."

(Complete) Tears - Oh SehunWhere stories live. Discover now