Dushh...
Sehun terduduk
Bertegar badan, kaki dan tangan Sehun apabila Doktor Suho berkata begitu.
Sungguh, dia tak percaya.
Kalau anak dalam kandungan tu gugur, maksudnya dia
Pembunuh.
Seraya itu, Doktor Suho menundukkan badan sebelum berlalu pergi untuk memeriksa keadaan Yeena.
"Puas hati?"
Serentak itu, Sehun memalingkan mukanya.
Huang Zitao.
"Kau tahu? Dia baru kehilangan adik dia beberapa hari lalu. Tetapi, dia masih mampu tersenyum. Kau? Tchh... Tak layak jadi suami. Kau kejam, Sehun. Kau kejam."
"Kau buat apa sini?"
Soalan dingin diberikan oleh Sehun.
"Aku melawat bakal isteri aku."
Kening Sehun terangkat. Bakal isteri?
"Nugu?"
"Na Yeena."
Pantas Sehun berdiri. Tangan digenggam sehingga menampakkan urat di tangan.
Belum sempat dia ingin membalas, Doktor Suho memanggil.
"Encik, Puan Yeena sudah sedar. Encik boleh melawat. Tetapi, hanya seorang."
Sehun dan Tao berpandangan.
"Kau masuk dulu. Kalau kau kena halau, baru aku selamatkan keadaan."
Sinis sahaja ayat yang dilontar oleh mulut Tao.
Sehun menghembuskan nafas sebelum memulas tombol pintu wad dengan perlahan.
Sekujur tubuh yang berada di atas katil sangat menggegarkan hati Sehun.
Wayar yang berselirat di setiap inci tubuh. Setiap anggota badan yang di balut dengan bandage termasuk kepala. Mata dia pun ditutup dengan bandage dan kapas.
Perlahan dia mendekati tubuh Yeena yang berbaring.
Apabila terasa seperti seseorang menghampiri, Yeena bersuara.
"Nuguya?"
Suara yang lemah itu. Sungguh mengayat hati.
"Na Yeena."
Seakan kenal dengan suara itu, badan Yeena menggigil dengan hebat. Mesin nadi berbunyi dengan laju.
Tit.. Tit.. Tit.. Tit..
"T..tu...tuan muda. M..mi..manhae. Saya tak dapat sediakan makan malam untuk Tuan Muda dan Cik Ahri. J..jebal.. Jangan pukul saya."
Sayu hati Sehun mendengar rintihan isterinya. Setapak dia menghampiri Yeena.
"Jangan dekat."
Yeena menjerit kecil apabila terasa Sehun mendekat.
"Saya busuk. Belum mandi. Nanti Tuan Muda loya dengan saya."
Ya Tuhan. Walaupun keadaan Yeena kritikal, dia masih lagi berfikir tentang perasaan orang lain.
Kenapa hati dia terlalu baik?
__________
YOU ARE READING
(Complete) Tears - Oh Sehun
Kısa HikayeCast; Oh Sehun Han Yee Na Huang Zitao / Tao Jung Ah Ri _____ Aturan keluarga bukan semua yang baik. Kadang kala ia menyakitkan. "Kau kena setuju untuk kahwin dengan anak CEO Oh Company tu. Kalau tak, aku bunuh adik kau." Perkahwinan ni tak semua...