4 minggu kemudian
Aku tertawa kecil apabila melihat anak kucing milik Tao ni bergoleng di atas tanah sambil kejar benang yang Tao tarik.
Apabila penat, Tao baring di sebelahku.
"Huh, penat gila."
Aku tersenyum. Tiba-tiba, ada satu soalan yang terlintas di kotak fikiran.
"Tao, kenapa aku tak tahu kau ni jiran selang 2 buah rumah Tuan Muda?"
Tao kerling aku sekilas sebelum baring di atas paha aku. Aku biarkan, malah bermain dengan rambut hitamnya.
"Macam mana kau nak tahu kalau kau asyik terperap dalam rumah jer."
Aktiviti aku terhenti sebelum tertunduk.
"Aku tak boleh keluar... Nak keluar pun aku kena minta kebenaran Tuan Muda. Kalau tak, aku kena dera."
Kendur suara aku bila ucap ayat tersebut. Memang...
Kadang kala, aku nak sidai baju pun dia tak suruh. Tak tahu kenapa.
Adakah dia tak nak tahu yang dia simpan perempuan dalam rumah?
Tapi, kan aku ni isteri dia.
Dia mengaku ke aku ni isteri dia?
"Tao! Yeena! Bersiap, kita makan dekat luar. Sambil tu, kita beli barang dapur."
Tao bangun dari pembaringan sebelem menjawab.
"Arraseo. Jom, dik."
Alu hanya mengangguk lalu masuk ke dalam rumah. Kalau kau nak tahu, aku dah jadi sebahagian daripada keluarga ni.
Dikira Tao ni abang angkat aku lah.•••••
"Kenapa korang tak buat kerja betul-betul?!"
Suara seseorang berjaya membuatkan aku menoleh. Sama dengan keluarga angkat aku.
Mataku terkaku. Lidah terkedu. Badan serta merta keras.
Lagi-lagi, bila dia pandang aku tepat pada mata.
"Na Yeena!!!"
__________
YOU ARE READING
(Complete) Tears - Oh Sehun
Short StoryCast; Oh Sehun Han Yee Na Huang Zitao / Tao Jung Ah Ri _____ Aturan keluarga bukan semua yang baik. Kadang kala ia menyakitkan. "Kau kena setuju untuk kahwin dengan anak CEO Oh Company tu. Kalau tak, aku bunuh adik kau." Perkahwinan ni tak semua...