Na Yeena
Pakk!!
"Aku tak kira, kau kena kahwin jugak!"
Aku memegang pipiku yang terasa perit selepas ditampar oleh ibu.
Bukan ibu kandung. Tetapi, ibu tiri. Dan dia jugalah yang bunuh ayah depan mata aku.
"Kau dengar sini eah."
Ibu mencengkam pipiku kasar. Air mata yang mengalir, aku endahkan.
"Kau kena setuju untuk kahwin dengan anak CEO Oh Company tu. Kalau tak, aku bunuh adik kau. Nak?"
Laju sahaja aku menggeleng. Kemudian dia melepaskan cengkaman dengan kasar sebelum tersenyum sinis.
"Nanti kalau Puan Oh datang, kau kena cakap kau setuju."
Aku hanya mengangguk lemah. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan Na Hanyeon, adik kandung aku tak dibunuh.
Dia ada lemah jantung. Aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang buat kali kedua selepas ayah.
__________
"Pihak kami sudah lama setuju. Kami tunggu pihak kamu lagi."
Puan Oh memandang aku yang seraya tadi diam dengan senyuman.
"Sa... Saya se... Setuju."
Susah sekali aku nak ucap perkataan tersebut.
Dan selepas aku mengungkapkan perkataan tersebut, semuanya berubah.
![](https://img.wattpad.com/cover/145664304-288-k109473.jpg)
YOU ARE READING
(Complete) Tears - Oh Sehun
Cerita PendekCast; Oh Sehun Han Yee Na Huang Zitao / Tao Jung Ah Ri _____ Aturan keluarga bukan semua yang baik. Kadang kala ia menyakitkan. "Kau kena setuju untuk kahwin dengan anak CEO Oh Company tu. Kalau tak, aku bunuh adik kau." Perkahwinan ni tak semua...