Jimin Pov
"jimin. Kau pilih hati atau otak" kata si dia. Setiap minggu pasti ada pertanyaan.
"otak" kata ku. Aku terpaksa menjadi kejam sebab ini kisah aku.
Dia tersenyum sinis. Pincu pistol ditarik. Dalam kiraan tiga. 1. 2. 3.
BANG!terus terjatuh mangsa itu.
"tanam dia kat mana mana. Kalau kau tak nak tanam kau boleh buang mayat dia kat sungai" kata si dia kepada pembantu.
"jimin. Jom pergi. Aku lapar" kata nya. Aku tersenyum.
"jom. Aku pun lapar. Harap kedai bukak lagi. Kalau tak bukak. Kita pergi club." kata ku.
"aku tak nak pergi club. Kalau tak de pun. Kedai 7-eleven kan ada" kata dia. Aku tersenyum.
"mata kau berubah lagi" kata dia.
"ouhh yeke. Hurm. Pelik kan mata aku berubah. "tanya ku.
"tak. Sekurang-kurangnya dia berubah bila kau gembira"kata dia. Mata aku bertukar seperti warna kelabu atau coklat kerana rasa gembira. Disebabkan dia aku jadi macam ni.
"arin"panggil seseorang. Dia menoleh kearah si pemanggil. Ya betul,dia arin.
"kejap. Aku nak pergi sana. Kau tunggu sini" kata Arin. Aku hanya menganguk. Arin berjalan kepada si pemanggil itu. Sapa lagi kalau bukan Yuri. Macam mana aku boleh bersama mereka?
Aku sedang duduk di rumah bersama Jhope. Dia tengah melantak makanan sambil melihat sunflower yang dia baru tanam beberapa jam. katanya dia nak tunggu tanaman dia tu sampai tumbuh bunga. Ayooo. Nampaknya dia ni tak betul agaknya. Aku hanya mengeleng sahaja melihat dia.
"hyung. Dah dah lah tu tengok sunflower tu. Aku rasa kalau kau lama lama dekat dengan tanaman kau tu. Dia makin tak tumbuh sebab menyampah tengok muka hyung"kata ku.
"ehhh kau. Dia takkan menyampah lah sebab aku ni hensem tambahan lagi aku tuan dia"kata jhope dengan banggang ehh sorry bangga.
"suka hati hyunglah. Aku nak pergi bilik"kata ku. Jhope mengangguk dan memandang tanaman dia. Aku pergi ke bilik aku tiba tiba entah kenapa Yuri ni mabuk ke apa telefon aku tengah malam. Aku slide kan ke butang hijau.
"anyeong"kata ku.
"wehhhh. Tolong aku. Amik aku kat sini. Nanti lepas aku tamatkan panggilan ni. Aku bagi alamat. Kau amik aku. Aku tak kira. Kau tunggu lah kat bawah ke apa ke. Cepat datang."kata Yuri dengan cepat. Ehh minah ni. Cakap dah cepat lepas tu paksa orang amik dia. Aku membuka apps yang dinamakan whatsapp. Terdapat notifications. Alamat ditunjukkan. Aku malas nak bersiap so aku keluar dari bilik. Sebelum tu aku melihat Jhope di depan televisyen. Ehhh jap bukan ini orang di depan tanaman dia ke?
"hyung. Bukan hyung kat drpan tanaman hyung ke. Tadi kata nak tunggu sampai dia berbunga."kata ku dengan nada perli.
"malas lah. Penat pula. Nanti beberapa hari Hyung tengok balik lah" kata jhope. Aku menjeling dia. Ayooo.
"dah lah. Hyung. Chim nak keluar kejap. Pinjam kereta tau. Hyung duduk rumah elok elok. Tengokkan Jungkook dengan Taehyung dalam bilik tu. Diorang dari tadi dalam bilik je" kata ku dan terus lari keluar bersama dengan kunci kereta Jhope. Malas nak dengar dia bebel pasal syarat pakai kereta dia. Aku masuk ke dalam kereta dan menuju terus ke destinasi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lie +ParkJimin Season 5
FanfictionJimin: aku tak sakit. Anees: Jimin. Saya minta Maaf Jimin: kau tipu aku. aku benci kau. Anees: Jimin. Tak ni Bukan salah Saya