"so macan mana? "kata ku pada dia. Dia masih berfikir.
"kau kenal suyeon? " tanya yunhyeong. Sudah 2 minggu aku dengan dia berjumpa. Tapi satu orang pun tidak tahu siapa dia.
"kenapa?"
"aku nak kau hapuskan dia. Dia penyebab semua ni dan dia juga" kata Yunhyeong.
"apa?"
"simple. Just bunuh dia"kata Yunhyeong. Dia memberikan satu beg.
"bukaklah" kata Yunhyeong lagi. Aku terus membuka beg tersebut. Terlihat pistol dan juga pelbagai maklumat.
"aku harap tu boleh bantu kau untuk hapuskan. Dan lagi satu. Mulai sekarang aku akan umumkan kau bakal tunang aku"kata Yunhyeong.
"kau dah gila. Ni dah melampau" kata ku.
"dengan cara itu. Aku rasa Jimin akan munculkan diri. Tak mengapa. Aku akan tanggung risiko tu. Kau jangan risau" kata yunhyeong.
Selepas berbincang segalanya. Akhirnya aku setuju. Rasa bodoh juga kerana menerima cadangan Yunhyeong. Baru berapa bulan kenal. Aku sudah buat kerja gila. Kalau yang lain tahu. Mungkin aku juga dibunuh.
Satu sahaja aku tertanya. Betul ke Jimin akan kembali munculkan diri semula.
Aku membuka zip beg. Terdapat sampul surat yang mengandungi pelbagai maklumat. Aku membelek.
Terdapat maklumat tentang Suyeon. Gambarnya yang terbaru. Tempat tinggal suyeon. Dengan teliti aku melihat gambar itu. Terlihat satu tanda yang sama seperti Nia.
"maknanya suyeon berkerjasama untuk bunuh Arin juga pada masa tu" kata aku.
Aku menyelak muka surat seterusnya sehingga terlihat maklumat tentang Jimin. Terdapat gambarnya dan seorang perempuan berpelukan di pinggang. Gambar seterusnya sudah terlihat gambar perempuan itu. Arin.
Jadi betullah Arin masih hidup. Rasa malas untuk melihat gambar Jimin yang sedang bermesra dengan Arin. Aku memasukkan semula maklumat itu ke dalam beg.
Aku melihat terdapat 3 pistol yang tersedia bersama pelurunya.
Macam mana aku nak buat semua ni. Perlu ke aku minta bantuan? Ahhh. Tak boleh.
Sedang aku memikirkan cara untuk membuat kerja yang agak tidak berfaedah ni. Aku menerima satu sms dari Yunhyeong.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku mampu melihat mesejnya. Tak de mood pula nak balas mesej.
Kalau Jimin dapat tahu. Apa reaksi dia?
Marah kah dia pada aku?
Pada hari keesokannya. Yunhyeong mengambil aku. Anees kau bakal masuk tv harini. Jimin aku harap kau munculkan diri. Sampai bila kau nak tinggalkan aku.
"kau termenung apa" tanya Yunhyeong.
"takde pape" jawab ku. Aku memandang diluar tingkap. Tapi otak aku masih kearah yang lain. Aku masih berfikir patutkah aku teruskan. Aku tak pentingkan diri sendiri ke?
" Kau jangan risau. Aku pasti lepas rancangan Tv berlangsung aku pasti diorang akan jumpa kau" yakin saja Yunhyeong. Aku hanya mengeluh dan takut.
Sampai sahaja di bangunan yang agak gah besarnya. Kelihatan wartawan siap bersedia bersama cameranya untuk mengambil gambar. Yunhyeong keluar sahaja dari kereta camera mula berkelip menandakan mereka mengambil gambar. Aku semakin gelisah melihat mereka. Aku cuba yang terbaik untuk hilangkan tetapi hati tetap berdegup kencang.
Yunhyeong membuka pintu ku. Wartawan semakin rancak mengambil gambar kami. Mungkin pada hari esok akan jadi berita sensasi. Yunhyeong menawarkan tangannya seperti lelaki yang budiman. Akhirnya aku keluar dari kereta dan berada disisi Yunhyeong
"senyum" kata Yunhyeong lantas mengambil tangan ku untuk memegang lengannya. Aku tersenyum. Camera masih lagi menyala mengambil gambar kami berdua. Yunhyeong membawa aku bersama bodyguardnya.
Kami dibawa ke arah satu bilik. Kali ini lebih ramai wartawan yang sedang menunggu kami. Seperti artis yang akan disoal siasat.
"Tuan yunhyeong mari ikut saya" kata seorang lelaki. Yunhyeong menarik tangan ku. Mungkin kelihatan aku terpegun sahaja. Aku dibawa ke meja yang agak panjang bersama Yunhyeong.
Kelihatan pengacara atau wartawan yang duduk di meja lain sedang bersiap sedia untuk bertanyakan soalan pada kami. Segala camera sedang tertumpu pada ku. Aku takut. Yunhyeong memandang aku dan tersenyum sambil memegang tangan ku dibawah meja.
"okey semua siap sedia" kata salah satu pengarah di dalam bilik ini.
"Hai penonton sekalian. Harini kami ada membawa seseorang yang kami ingin temu bual. Agak hot ya berita kali ini kerana orang itu telah membawa tunangnya. Agak terkejut ya sebab tanpa ribut atau angin tiba tiba sahaja sudah ada tunang. tanpa lengahkan masa kita perkenalkan Song Yunhyeong.
" Anyeonghosaeyo yeorobun. Song Yunhyeong imnida" Kata Yunhyeong sambil tersenyum. terlihat wajah tampannya.
" okey harini betul ke sebelah ni benar benar tunang awak" kata pengacara itu.
" Yup harini saya nak kenalkan kat semua yang disebelah saya ini tunang saya, Kwon Anees" kata Yunhyeong..
"Anyeonghosaeyo Kwon Anees imnida" aku memperkenalkan diri aku.
"sungguh cantik tunang awak. boleh tak saya nak tanya beberapa soalan beberapa soalan tentang tunang awak ni" Kata pengacara itu
" sudah pasti boleh." kata Yunhyeong yakin. aku sebenarnya takut sebab Dia bukan kenal sangat aku.
"Macam mana awak boleh kenal dengan Tunang awak" Kata pengacara itu. Yunhyeong tergelak mendengar soalan itu.
" panjang ceritanya. saya jumpa dia di taman. Masa tu dia seorang diri sambil memegang botol soju. kelihatan dia benar benar marah dengan seseorang. Nampak juga lah dia seperti orang gila.Saya tak pasti siapa yang dia marah. Pada satu tahap saya sendiri yang ingin tahu pasalnya dan duduk sebelahnya. Disitu Hati saya sendiri berdebar dengan pandangan dia. Disitu baru saya faham jatuh cinta pandangan pertama" Kata Yunhyeong sambil tergelak. wartawa juga agak tergelak dengan jalan cerita Yunhyeong. Berani dia ceritakan benda buruk aku pada semua orang.
"kelakar jalan cerita awak Yunhyeong. Dari pandangan pertama sudah menjadi tunang dan akan datang menjadi suami isteri. Kalau macam tu Anees boleh saya tanya sesuatu?" tanya pengacara itu. Aku menganguk.
" Pada masa kali pertama berjumpa. Adakah awak tahu yang dia merupakan seorang lelaki yang berkerjaya dan memiliki segalanya?" Kata Pengacara itu.
"Masa kali pertama jumpa. Lelaki disebelah saya ini tiba tiba sahaja tegur. Kelihatan dia bukan seorang yang berkerjaya kerana penampilan yang agak pelik. Menegur saya seperti bukan seorang yang beradab. Tetapi Lelaki disebelah saya juga banyak membantu saya dalam kata lain move on dari seseorang. Tapi entah bagaimana akhirnya saya disini dan bersama lelaki di sebelah saya." Kata ku dan tersenyum. aku terpaksa menipu. Aku tahu Jimin pasti amat marah pada ku. Yunhyeong tersenyum dan mengosok kepala ku.
" wow tak disangka Yunhyeong tampil bukan seorang yang berkerjaya. cerita yang agak menarik" kata pengacara itu dan terus berbual untuk mengorek rahsia antara kami. Kami dipuji kerana mempunyai gabungan yang agak hebat.