Jimin Pov
"kau fikir aku nak dengar ke benda ni" kata ku kepada Yuri.
"takkan kau nak hilang kan diri dari Jungkook"kata Jimin.
"Bukan aku nak hilang kan diri. Tapi jungkook sendiri suruh aku pergi dari hidup dia. Dia sendiri yang minta. bukan ni kehendak aku. " kata ku pada jimin.
Kalau aku tahu tajuk harini tentang Jungkook. Aku takkan datang ke cafe. Bukan apa malas dah nak fikir pasal Jungkook. Dia sendiri suruh aku tinggalkan dia. Dia yang memilih suyeon berbanding aku.
Sedang aku berjalan di arked. Rasa bosan pula kat sini. Yelah aku bukan minat game pun. Aku pergi ke restoran yang berdekatan. Aku memlilih tempat berdekatan dengan cermin sebab ada 2 meja yang kosong. Jadi lebih baik aku amik yang tepi tingkap. Boleh aku lihat pemandangan kat luar. Walalupun tadi dah makan aku tetap lapar. Nasib badan aku masih kurus.Selepas orderku diambil aku hanya pandang keluar sambil tu aku bermain dengan cincin plain yang bertulisan J❤Y. Hadiah daripada Jungkook. Sesungguhnya aku betul betul rindukan Jungkook.
Aku melihat pemandangan diluar. Orang yang aku rindukan berdekatan dengan cermin di sebelah aku. Dia masih tidak perasaan akan aku. Hati aku sakit melihat. Jungkook di peluk oleh seseorang, Suyeon secara tiba tiba. Sakitnya mata aku.
Kenapa lah aku perlu tengok semua benda ni. Arghh shit. Ada tak ubat hilang ingatan? Mereka ketawa kegembiraan. Mereka masuk ke dalam restoran. Aku memandang jungkook. Pada saat itu mata Jungkook terpandang mata aku tepat. Hati aku berdebar. Pandangan dia tajam. Pemandangan kami diganggu oleh pelayan yang menghantar makanan aku. Dia hilang.
Aku dapat sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Entahlah.
"gomawo (terima kasih)" kata ku kepada pelayan itu.
Aku makan makanan ku. Kalau sejuk nanti tak sedap. Aku rindu dia. Arggh bodohnya kau yuri. Kau tak sedar ke yang sebenarnya jungkook tu suka kan suyeon bukan kau. Setitik air mata ku jatuh. Cukup sampai sini sahaja Yuri. Dia bukan milik kau.
Selepas membayar harga makanan. Aku terus keluar. Tiba tiba seseorang menarik tangan aku ke suatu lorong.
Dia
Jungkook
Orang
Yang
Aku
Mahu
Lupakan.
"apa ni"kata ku selepas kami berhenti di lorong yang agak gelap. Aku tahu ni lorong apa.
"mana kau pergi selama ni? " kata Jungkook.
"saya tak pergi mana-mana" kata ku.
"jadi kenapa aku tak dapat jumpa kau. Kenapa kau cuba lari dari aku" kata jungkook
"saya tak lari. awak sendiri yang lari dari saya. Awak sendiri memilih orang lain berbanding saya. " kata ku padanya.
"yuri" aku rasa dia kehilangan kata kata. Benar kata aku. Dia tinggalkan aku kerana wanita lain. Sedang aku menunggu kata kata yang keluar pada jungkook. Aku terlihat seseorang yang berjalan ke arah kami.
Aku tahu. Itu merupakan orang yang bermusuhan dengan Arin. Hati aku berdebar. Aku pernah buat hal kat sini. Aku perlu pergi dari sini. Aku terus memegang tangan Jungkook. Dah lah kaki aku sakit sangat ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lie +ParkJimin Season 5
FanfictionJimin: aku tak sakit. Anees: Jimin. Saya minta Maaf Jimin: kau tipu aku. aku benci kau. Anees: Jimin. Tak ni Bukan salah Saya