PELACUR YANG DIRINDUI
Cahaya bulan purnama nian indah sekali. Gemerlapan bintang menyinari di kaki langit. Angin semilir sesekali lembut membelai. Sebuah panorama indah dari sebuah bilik hotel menerusi kaca tingkap. Panorama itu tidaklah secantik perbuatan manusia didalam bilik hotel itu.
Sepasang manusia mengambil kesempatan memadu asmara dalam pekatnya malam. Pasangan itu berbaring sambil bertatapan mata di atas tilam empuk dengan suhu penghawa dingin yang agak sejuk. Wajah mereka saling ditatapi dengan penuh cinta. Cinta yang palsu.
"Ermm Laila, I sampai pukul berapa boleh main dengan you ni." tanya Syah sambil melirik jam di dinding."Ikut perjanjian , you sampai pukul 3 pagi je.." Laila menjawab perlahan.
"Sekejapnya, takleh lama lagi ke you?"
Syah cuba tawar menawar waktu untuk beraksi di dalam kancah yang jijik ini.
"Excuse me, you dah bayar I untuk 1 jam. 1 jam je la.. Kalau nak lebih bayar lebih la. Understand that before deal with me"
"Tapi..."
Tanpa banyak soalan lagi Laila menutup mulut Syah dengan satu ciuman penuh ghairah. Kehangatan nafas turun naik kian kini dirasakan. Degupan jantung berdegup sangat kencang. Saraf saraf mereka terasa hangat bagai dibakar. Syah bertubi tubi membalas ciuman Laila.
Dek kerana hanyut dengan hawa nafsu,perintah iblis diakurnya.
Dengan ghairah mereka hanyut dalam lautan noda dan dosa. Nafsu memainkan peranan. Seorang mabuk duit. Seorang lagi mabuk cinta. Larangan tuhan tiada lagi diendahkan jika bertuhankan nafsu.Dalam ketidak relaan fitrahnya, gadis muda itu membiarkan sahaja tubuhnya dijamah lelaki buaya darat itu dengan berselara sekali.
Ini bukanlah malam pertama Laila melakukan perbuatan sumbang ini. Bahkan boleh dikatakan ini kali ini mungkin 1 malam daripada ratusan malam bersama lelaki lain. Maka tidak hairanlahlah Laila digelar 'Pelacur Murahan'.
Laila pernah dikewecakan oleh seorang lelaki yang paling dipercayainya suatu ketika dahulu. Oleh kerana kekecewaan yang membahana dia memutuskan untuk memilih jalan ini. Pada mulanya hanya suka – suka, kemudian menjadi hobi. Lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan, malahan sumber pendapatan baginya.
Memandangkan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia dan dia hidup sebatang kara lebih memudahkan urusannya itu. Di usia mudanya itu dia memutuskan untuk berhenti sekolah lau fokus dalam bidang pelacuran.Melihat kehidupan Laila yang kian merosak, adik beradiknya mula meninggalkannya. Mungkin terasa jijik tinggal serumah dengan pelacur agaknya.
*******
Cahaya matahari yang menyelinap masuk kedalam pelupuk matanya membuatkan Laila terjaga daripada tidur. Biji matanya dipisat pisat.
"Ehhh...dah pukul berapa ni?" tanya Laila sambil mencari cari lelaki yang ditidurinya itu. Lelaki itu sudahpun kabur dari pandangannya.
Laila mengutip lalu mengenakan kembali yang pakaiannya. Sempat dia memeriksa dompetnya di dalam poket seluar.
"What the hell !!..siot betol la jantan tak guna ni.." dengus hatinya menahan marah apabila melihat wang di dalam dompetnya tidak tertinggal sedikitpun.
"Sial punya jantan. Kau dah sedap sedap dengan aku boleh pula kau sebat duit aku." Laila merungut dalam monolognya sendiri.Tersemburlah kata kata kesat dari bibir mungilnya itu. Makin meluap marahnya.
Dia pun mengangkat punggung dan membawa diri ke rumah. Dia tidak mengenal erti jijik dalam aktiviti pelacurannya. Sungguh murah maruah dijual..

ANDA SEDANG MEMBACA
PELACUR YANG DIRINDUI
Romance"Pabila ALLAH menembakkan cahaya cintanya terhadap hamba yang berdosa, Tiada siapa yang dapat menduga natijahnya sebagai penghuni jannah Sedang kita tiada terungkayah untuk menghukum takdir sang perindu " ALERT!!!... Ini bukan kisah lucah... Ini b...