DIARI

1K 25 4
                                    


Diari Laila ditulis dengan terperinci sekali saat malam sebelum dia meninggal. Nia menghayati segala isi diari itu.

-----------------------------------------------------------

17/7/2017                                       KHAMIS

  Sakit aku bertambah teruk. Tak tahu lagi apa nak buat. Ajal sudah mnghampiriku sehampir hampirnya. Tangisanku tiada berhenti. Seakan hidupku hingga malam ini saja.

Fikiran berserabut ini mula mengenangkan saat aku mula menjinakkan diri menjadi pelacur. Aku mula memikirkan segala perbuatan sumbangku ini.

Telingaku tiba-tiba tergiang hinaan dan cacian orang-orang yang membenciku. Seluruh hidupku dihabiskan pada jalan jijik.

Air mataku deras mencurah-curah. Menerbitkan air mata penyesalan tidak pernah berlaku seumur hidupku. Entah kenapa jantung ini berdegup kencang sekali.

Ada bisikkan pada belahan jiwaku mengatakan.

"Bertaubatlah Laila!! Sesungguhnya Allah Maha Pengampun"

Satu suara aneh memanah gegendang telingaku. Suaranya serak basah. Suara itu membacakan ayat suci Al Quran. Tetapi aku tidak tahu maknanya. Adakah ini petunjuk ya tuhan.

Ayat itu dibaca berulang kali. Aku benar benar ingin tahu maknanya. Lantas suara aneh itu membacakan terjemahannya.

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka (berdosa). Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sungguh Allah ingin mengampuni segala dosamu. Sesungguhnya dialah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." [Az  Zumar 53]

Seakan embun menitis di hatiku. Segala persoalanku selama ini terjawab. Apakah tuhan akan mengampuniku?

Terasa tenang sekali. Tanpaku sedari tubuhku seakan bergerak sendiri menyembah bumi. Sudah lama aku tidak bersujud pada sang pencipta.
Aku bersujud.

Kebahagiaan seakan menerpa jiwaku. Aku berasa seolah-olah berada di taman syurga yang penuh kenikmatan. Gelora cinta rabbani benar-benar mekar mewangi di hatiku. Binar-binar cinta yang abadi tumbuh.

Seumur hidupku tak pernahku rasakan setenang ini. Setenang bersujud pada kekasih yang agung.

Air mata dosa sudah berkolam di pipi. Aku berdoa penuh pengharapan agar dosaku diampun.

"Ya Allah, Aku sedar selama ini aku bermaksiat kepadamu. Namun aku tahu ya tuhan, engkaulah maha pemaaf. Kukesal atas kejahilan ini. Kuakui kelemahan diri. Kuinsafi kekhilafan diriku ini. Ya Allah. Wahai zat yang maha pengampun.. Datangilah pada hambamu ini. Dekatkanlah hambamu yang hina ini. Peluklah hambamu yang kerdil ini. Aku benar-benar dahaga pada pengampunan dan rahmatmu. Kerana cinta daku kembali. Dosaku mungkin sebanyak buih di laut, sebanyak awan di langit. Namun ku tahu pengampunanmu seluas 7 petala langit 7 petala bumi. Tenggelamkan daku di dalam samudera keampunanmu ya rabb. Terimalah aku menjadi hambamu."

Sudah cukup sampai disini ku menulis.Aku mahu tidur. Esok aku harus bangun untuk mulakan hidup yang baru. Hidup yang kembali bertuhan.

-----------------------------------------------------------

Tak terasa mata Nia sudah basah. Terlalu terharu. Pada malamnya dia bertaubat esoknya mati sebagai ahli syurga.

Segala perbuatan nista diampun tuhan ibarat kain putih. Sebesar-besar dosa pada pandangan manusia adalah sekecil-kecil noda pada pandangan Allah. Seorang insan yang seumur hidup memperjudikan diri di jalan maksiat. Tersedar di hujung hayatnya.

Begitu mudah tuhan memberi maaf.

Saat kita membaca kisah ini, Laila sedang asyik menikmati harga keampunan tuhan.

Neraca kasih sayang Allah tidak sedikitpun berat jika ditimbang segala dosanyanya.

Nia terduduk. Lututnya lemah. Cuba menanhan isak tangis. Diapun menadah kedua tangannya seraya berdoa.

"Ya tuhan, Ampunkan aku sepertimana engkau mengampuni Laila. Terimalah aku seperti engkau menerima Laila. Jadikanlah aku seperti Laila. Biar dicemuh penduduk bumi tetapi dirindu penduduk  langit."

Suaranya terhenti dek tangisannya yang melebat.

" Jadikanlah aku seperti Laila. Seorang pelacur yang dirindui tuhannya"

                            TAMAT

By: EMY

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PELACUR YANG DIRINDUIWhere stories live. Discover now