Sudah menjadi suratan hidupnya dimaki hamun sebegitu rupa. Segala kata cacian dia hadam seperti tiada apa yang berlaku. Baginya pekerjaan yang dilakukannya kini tiada silap dan salahnya.
Hatinya mati berdaki maksiat. Dosa yang dilakukan menutup rapat pintu hatinya yang gersang itu.
Muzik yang rancak melekakan seisi klub. Beberapa pasangan ligat menari mengikut rentak muzik syaitan. Lampu berwarna warni menari nari mengikut arus muzik.
Air kencing syaitan berselerak dimana mana. Begitu hebat syaitan menghias segala benda yang haram di mata manusia.
Laila bergegas mendapatkan bosnya. Pintu diketuk.
"Masuk" arah bosnya.
"Bos malam ni ada job tak?"
"Malam ni kau ada job besar punya. Ada mat saleh tempah kau malam ni. He said he want a malay chick. Kalau kau dapat puaskan dia, 5K dalam tangan kau Laila. 5K Laila!!kau nak tak? "
Tawaran hebat sepatutnya tidak ditolak.
"I nak la bos. Baru masyukk sikit poket ni. Mana sugar daddy I. Tak sabar pulak nak rasa body mat saleh ni." Laila setuju.
"Dia tunggu kau kat bilik hujung. Macam biasa 30% aku punya."
"Hmmm orait bos."
Laila terus tenggelam dalam samudera dosa dan noda. Hanyut di bawa ombak maksiat. Mendagang tubuh pada bukan haknya.
Baginya wang adalah segalanya. Bila hidup bertuhankan wang lembah kehinaan pun sanggup di terjunnya. Segalanya kabur dihadapannya melainkan wang sahaja.
Tiap malam berganti lelaki bagaikan menukar pakaian. Maruah dimamah, dirobek , dipermainkan oleh manusia manusia dajal.
Perbuatannya lebih teruk daripada haiwan ternakkan. Nuraninya telah tertutupi oleh hawa nafsunya. Perbuatan nistanya itu sungguh menjijikkan yang tiada bertepi.
Laila terjaga dari tidur. Ubun ubun kepalanya terasa berdenyut. Tubuhnya terasa lemah . Dia menguatkan dirinya untuk bangun.
Diliriknya jam dinding menunjukkan jam 2.30 tengah hari. Kepala terasa berat untuk diangkat. Mungkin kesan dari minuman keras yang diteguknya.
Laila cuba menggingati kembali apa yang berlaku semalam. Kali terakhir dia sedar adalah ketika Nia menghantarnya ke pintu rumah. Itupun dalam keadaan mabuk.
Laila bangun dari tilam lantas berkaca di hadapan sebuah cermin gergasi berhampiran katil.
Alangkah terkejutnya Laila melihat pantulan dirinya sendiri. Perasaan hairan membahana.
Laila bermonolog sendiri.
"Ehh. Kenapa wajah aku pucat semacam. Bibir pula kering. Rambut banyak yang gugur. Bawah pelupuk mata kelebaman. Macam kena hisap darah je."
Yang lebih menghairankan tubuh terasa lemah lagi longlai. Kulit pula gatal miang. Tambah tambah di bahagian kemaluan.
Pada fikirannya kini hanya satu perkara saja.
"Takkanlah aku kena HIV. Tapi mamat tu pakai kondom kan semalam."
Laila terduduk di bibir katil sambil memikirkan.
"Tak mungkin. Tak mungkin"
Laila menafikan sambil menggeleng kepala.Laila menekupkan kedua tanganya ke muka sambil menenagkan dirinya.
"Mungkin aku tak cukup rehat ni. Atau stress. Alaaa biasalah ni. Think positive Laila. Laila come on Laila. Nothing to worry."
Memotivasikan diri demi mengguatkan jiwanya. Namun 1001 satu persoalan bermain di mindanya.
Hari demi hari berlalu. Tubuh dan fizikal Laila berubah dengan drastik sekali. Sungguh lesu.
Wajahnya menjadi cengkung ditambah bibirnya pula menghitam dan semakin pucat. Hapir kelihatan botak disebabkan rambut banyak gugur.
Kesan lebam keungguan terbit dibawah kelopak mata. Tubuhnya menjadi kurus kering tidak bermaya. Yang lebih menggerikan di seluruh tubuhnya tumbuh kudis yang bernanah.
Nanah dan darah saling berpancutan. dari kudis itu. Laila diselimuti bau busuk. yang tidak menyenangkan. Fizikalnya dihurung lalat. Ulat mula merayap pada kudisnya. Terlihat seakan mayat hidup yang tidak berdaya.
Laila sudah berjumpa dengan doktor pakar untuk merawat penyakitnya. Namun kesemuanya memberikan jawapan yang sama, iaitu tidak dapat mengenal pasti penyakit.
Nia juga sudah beberapa kali menjenguknya disini. Saat pertama kali datang, Nia terkejut besar melihat kondisinya seperti mayat yang masih bernyawa itu.
Keadaan Nia pun kerana terasa hiba dan simpati melihat keadaan rakan baiknya itu. Jika diikut kata hatinya tinggal harapan saja untuk menjengguk Laila.

ANDA SEDANG MEMBACA
PELACUR YANG DIRINDUI
Roman d'amour"Pabila ALLAH menembakkan cahaya cintanya terhadap hamba yang berdosa, Tiada siapa yang dapat menduga natijahnya sebagai penghuni jannah Sedang kita tiada terungkayah untuk menghukum takdir sang perindu " ALERT!!!... Ini bukan kisah lucah... Ini b...