10 Tahun kemudian...Membilang tahun menggilas purnama. Tanpa disedari 10 tahun sudah waktu bergulir, sekaligus Laila meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ini.
Namanya tidak lagi disebut penduduk apartment itu. Jika disebut pun hanya untuk dijadikan bahan umpatan.
Hampir kesemua yang mengenali pelacur ini mula melupakannya.
Termasuk juga Nia.Sebuah syarikat telah membeli tanah dibelakang kawasan apartment untuk dijadikan perumahan. Ya, disitulah Nia menguburkan jasad Laila. Projek perumahan itu berjalan dengan lancar.
Sehinggalah suatu hari yang amat mengejutkan. Dalam kesibukkan membina perumahan disitu. Pekerja pekerja pembinaan terjumpa sesuatu yang pelik.
Semasa jentera sedang menggali tanah. Mereka secara tidak sengaja menggali tepat pada kuburan Laila yang tidak bertanda.
Hasilnya, mereka terjumpa satu jasad manusia. Yang lebih mengejutkan jasadnya tetap utuh seperti baru semalam meninggal dunia. Bahkan jasadnya berbeza daripada sebelum ditanam.
Perubahan yang ketara terjadi pada tubuhnya. Kain yang membaluti tubuh Laila putih bersih. Rona wajahnya berseri seakan tersenyum. Segala kudis yang menghinggapi tubuhnya hilang tidak meninggalkan kesan.
Semua pekerja disitu mencium suatu haruman yang mengasyikkan. Haruman yang begitu manis sekali. Mereka merasa aura yang damai. Hari itu terasa begitu ganjil sekali. Matahari redup tidak begitun terik. Kepulan awan memayungi petala langit.
Penduduk setempat yang mengenali Laila terkejut tak terkata. Imam Roslan terkesima seketika tatkala memandang wajah Laila. Tasbih di tangan terlepas. Menahan sebak di dada. Matanya sudah berkaca.
" Astaghfirullahhalazim. Apa aku dah buat selama ni. Selama ni hampir setiap hari aku mencemuh dia. Aku hina dia. Aku pandang dia sebagai ahli neraka. Tetapi kuasa tuhan maha penyayang dia telah tunjukkan segalanya. Begitu mudah tuhan mengampuninya. Aku yakin bahawa Laila sedang mereguk cintanya tuhan. Dia sedang menikmati indahnya syurga."
Dengan seribu penyesalan Imam Roslan menangis teresak esak. Semua penduduk disitu merasa sungguh menyesal kerana pernah menghinanya dulu.
Berita ini sampai kepada Nia, orang terakhir bersama Laila pada malam itu. Segera Nia bergegas ke tempat kejadian. Melihat dengan matanya sendiri . Nia sungguh takjub dan ajaib. Dia terkelu diam seribu bahasa.
Hampir pengsan juga dibuatnya. Dia tertanya-tanya apakah yang menyebabkan mayat Laila menjadi mulia sebegitu rupa. Bukankah dia melacur bersamanya sepanjang hayat. Dia yang paling rapat dengan Laila.
Lalu bergegaslah Nia ke rumah lama Laila. Demi merungkai segala persoalan yang bermain di fikirannya. Mana mungkin mayat seorang pelacur akan kelihatan segar dan berseri.
Pintu dibuka perlahan. Suasana rumah sangat usang dan berhabuk. Debu memenuhi ruangan rumah. Dinding dipenuhi sawang labah-labah. Menggerunkan.
Nia masuk bilik tidur Laila yang sudah tua. Terus berjalan mengelilingi bilik. Matanya ligat dan tajam mencari sesuatu. Sebuah buku berhabuk dijumpainya diatas katil.
Diselaknya buku itu. Rupa-rupanya itu ialah diari Laila. Laila menulis diari sejak mula menjadi pelacur. Setiap hari dia akan mencoretkan isi hatinya. Nia membaca coretan terakhir Laila sebelum dia meninggal dunia.

ANDA SEDANG MEMBACA
PELACUR YANG DIRINDUI
Romance"Pabila ALLAH menembakkan cahaya cintanya terhadap hamba yang berdosa, Tiada siapa yang dapat menduga natijahnya sebagai penghuni jannah Sedang kita tiada terungkayah untuk menghukum takdir sang perindu " ALERT!!!... Ini bukan kisah lucah... Ini b...