NASIHAT

1.7K 19 0
                                    


   Laila membaringkan tubuhnya diatas tilam setelah sampai di rumah.

"Ehhh..mana Nia ni. Dari semalam aku call tak angkat?" rintih hatinya sambil mencari nama Nia di layar smartphonenya.

"Hello Nia kau katne? I call you dari semalam tak angkat. I ingat you dah mampos." Laila menjerit kecil apabila rakan baiknya itu menjawab panggilan.

"Sorry la baby, I ade customer la semalam. Sugar daddy I tak puas. He play with me 3 round you know." sekadar alasan.

"Malam ni amacam ? ada job tak?" tanya Nia.

"I macam biasala, malam ni dekat klub. Tonight is friday night. You forget it."

"Ohhh..haha.. I lupa..  everyday is friday night. Okaylah see you there baby.Muaaahhh." Nia membalas manja lalu menutup panggilan.

  Semenjak Laila menjadikan pelacur sebagai kariernya. Nialah satu satunya kawan rapat yang dia punya. Bahkan Nialah orang yang bertanggung jawab membawa dia masuk ke arena dunia pelacuran ini.

Usai mandi, Laila bersolek dan menconteng wajahnya dengan alat solek. Dipakainya baju bertali halus yang bahagian dadanya terbuka luas. Tersembul kedua aset terindahnya. Tujuannya hanya satu, iaitu menarik perhatian lelaki berpoket tebal.

Dengan beberapa sentuhan solekkan Laila kelihatan seperti bidadari dunia. Memandangkan tubuhnya yang memiliki sihirnya yang tersendiri, pasti dan pasti setiap lelaki yang melihatnya akan menelan air liur.

Disebabkan tubuhnya yang seksi dan wajahnya yang menggoda dia diangkat oleh bosnya untuk menjadi pelacur kelas atasan. Tugas Laila melayan ahli-ahli koperat dan orang orang kenamaan.


   Gajinya tiap malam boleh mencecah 5 angka. Tidak hairanlah di usia semuda ini Laila boleh memilki kereta berjenama AUDI A350. Baginya melacur adalah sebuah kejayaan yang besar.
  Jam tanggannya sudah menunjukkan jam 9 malam. Laila melangkah keluar dari rumah seraya menggenakan kasut tumit tingginya. Tiba tiba dia dikejutkan engan satu suara laksana guruh.

"Hoi perempuan jalang!!! Nak pergi melacur la tu!! Kau tak malu ka betina sundal. Dasar anak haram. Sampai bila nak buat kerja haram ni. Nak tunggu bala tuhan turun depan mata baru nak insaf." serkah Mak Jah.

Mulut jirannya ibarat racun berbisa itu menyumpah dan menghina Laila.
Laila mendiamkan diri sambil kedua telunjuknya ke telinga. Laila berlalu prgi seakan Mak Jah yang terpacak disitu tiada fungsinya.

Mak Jah pula bila tidak diendahkan 
mengetap bibirnya sambil nadanya melonjak tinggi.

"Kau buat tak tahu saja betina, kau pekak ehh... kau memang tak ada maruah la ahli neraka.!!! Sial!!" jerkahnya sambil melihat Laila berlalu pergi.

Laila turun dari apartmentnya dan menuju ke kereta. Perjalanannya terbantut seketika apabila terserempak dengan Imam Rosli bersama beberapa jemaah surau.

Laila melajukan langkah. Tidak ingin dia bertemu mereka.

"Laila, kau mari sini kejap." garau suara Imam memanggil Laila.

"Erkk kenapa ye Imam"

"Aku ni bukannya apa, cuma nak nasihat kau tu sikit. Ibu ayah kau dulu orang baik baik. Kau tak fikirkah apa yang kau buat selama ni kerja terkutuk. Bila kau nak berubah. Kau kena ingat, kau tu orang islam Laila"

Nasihat Imam itu menyergah masuk ke telinganya. Tapi sayang bukan dihatinya.

"Alahhhh!! kecoh la imam ni. Jangan sibuk hal orang boleh tak. Kubur masing masing la. Daripada imam nasihat saya lebih baik pergi nasihat anak sendiri. Ini tak, asyik sibuk hal orang je." Laila tidak puas hati.

"Ikut kau lah Laila oii. Tugas aku dah selesai nasihatkan kau. Jangan satu hari kau lari tak cukup tanah pulak."

"What ever la Imam. I dah lambat ni. Takkan sampai esok nak dengar ceramah imam ni." Dengan biadap Laila berlalu pergi.

Imam dan beberapa jemaah disitu hanya mampu menggelengkan kepala.  Laila bergegas ke kereta dan memecut laju lantaran menggejarkan masa.

PELACUR YANG DIRINDUIWhere stories live. Discover now