Menderita dengan musibah yang melanda merupakan peringatan oleh tuhan.Bertahun lamanya dikurnia pelbagai nikmat, kini tibalah masanya untuk diambil semula.Tuhan hanya mengiginkan satu perkara. Iaitu taubat. Masalah hidayah adalah rahsia allah.
Tidak terdetikkah walau sekelumit pun di dalam belahan jiwanya untuk kembali bertuhan ?
Hari ini genaplah sebulan dia menderita. Laila sudahpun dipecat bosnya. Masalah demi masalah menyerbunya setiap detik.
Tidak tahan lagi untuk menanggung segala derita. Laila hanya berharap kematian menjemputnya.
Kudisnya bertambah teruk dari semasa ke semasa. Merembeskan bau yang amat tidak menyenangkan. Tumbuh ketulan ketulan yang menjijikkan di wajahnya.
Tubuhnya hanya tinggal tulang dan kulit sahaja. Benar benar ujian yang berat.
Keesokkan harinya, Nia datang ke rumah Laila.
Ting Tong, Ting Tong....
loceng pintu ditekan beberapa kali tapi tiada respon."Laila....Laila... I datang ni. You ada tak ?
Sapaan Nia hanya sia sia belaka." Ehhh. Pintu tak kunci la " Nia memulas tombol pintu sambil perlahan masuk kedalam.
"Laila you ok tak? " Nia tercari cari kelibat rakannya itu.
"Mana Laila ni? " hatinya dirundung resah.
Sekilas mata memandang, tiba tiba langkahnya terhenti. Terlihatkan satu susuk tubuh di atas sofa. Sudah dihurung lalat lagi dijamah ulat.
Laila tidak lagi kelihatan sepeti manusia normal. Bau busuk mengepung seluruh ruangan bilik.
"Laila!!!!" teriak Nia.
Dia memeriksa denyutan nadi dan pernafasan Laila. Hasilnya sifar.
Tiada lagi roh pada jasad terkulai layu itu.
"Tidak!!! Laila!!! kenapa kau tinggalkan aku." dalam isak tangis Nia menggoncang mayat Laila.
"Ahhhh...Kalau aku datang semalam mesti kau tak mati lagi. Dunia ni kejam." merintih dia keseorangan meratapi tubuh tidak bernyawa itu.
Menyalahkan takdir sifat orang yang tidak beriman. Simpati dan hiba menyelubungi dirinya.
Laila sekarang sudah terputuslah segala nikmat keduniaan. Hanya tinggal nama sahaja. Bersedialah untuk menemui rabbnya.
Lantaran kerana kehinaan dan kekejian dirinya itu, tiada siapa ingin menguruskan jenazahnya.
Nia merayu rayu kepada Imam Rosli untuk mengurskan jenazahnya. Tetapi Imam Rosli enggan.
"Tolong la Imam. Saya merayu sangat sangat Imam. Tolong uruskan jenazah kawan saya ni. Imam tak kesian ke kat Laila. Dia pun manusia juga"
Nia merayu."Tak ingin aku uruskan mayat pelacur tak guna ni. Selama ni buat dosa tak ingat dunia. Dah mati menyusahkan oang. Kau carilah orang lain yang sanggup nak uruskan BANGKAI ni. Tapi aku rasa tak ada orang yang nak uruskan. Biar dia rasakan. Ni la akibatnya lawan tuhan."
Imam Roslan menyumpah dengan biadap. Ini bukan akhlaknya orang beragama. Apa guna jika hubungan dengan manusia tidak dijaga.
"Imam jangan cakap macam tu imam. Biarpun kami ni pelacur hina, kami tetap punya perasaan . Tuhan saja yang layak menilai. Imam bukan tuhan yang senang senang nak tentukan syurga neraka kami." Air mata Nia mengalir deras lalu beredar dari situ.
Malam menjelma dan mayat itu masih di tempat pembaringan. Fikiran Nia runsing apa yang mahu dibuat.
Sudah beberapa kali hatinya berbisik agar meninggalkan sahaja mayat itu. Demi perasaan belas pada sahabatnya , dia menolak segala bisikan itu.
"Tak boleh jadi ni. Aku sendiri yang kena uruskan. Demi Laila kau harus buat Nia." Berbicara sendiri bagi mengguatkan semangatnya.
Waktu sudahpun menjenggah sepertiga malam. Nia mengbungkus mayat itu dengan sehelai cadar putih yang besar. Cangkul yang sedia ada dicapainya.
Diseretnya mayat Laila turun dari apartmen. Nasib baik tiada orang yang melihat. Terhentak tubuh tidak berdaya itu tatkala menuruni tangga.
"Maafkan aku Laila. Aku terpaksa buat semua ni. Aku tahu ini mungkin menyeksakan kau"
Dengan airmata yang sudah berkolam di pipi dia melajukan langkahnya.
Setibanya dia di sebuah taman permainan lama yang terletak di belakang apartmen, diletakkan mayat Laila di atas bangku panjang.
Taman ini sudah tidak ramai pengunjung memandangkan banyak alat permainan yang rosak.
Angin semilir berbahasa. Bulu romanya terpacak ketakutan. Kedengaran anjing menyalak sambung menyambung.
Nia terus menggali tanah. Beberapa jam kemudian sebuah lubang muat untuk seorang dewasa berjaya digali.
"Laila maafkan aku. Ini sahaja yang mampu aku lakukan. Kau banyak tolong aku. Harap dengan cara ni dapat balas jasa kau. Pergilah dengan tenang Laila. Wahai sahabat"
Nia menghela nafas serentak menolak tubuh itu ke dalam lubang. Hatinya perih menahan hiba. Rinai renyai menitik setitik dua di atas wajahnya. Menandakan akan turunnya hujan.
Nia menggambus lubang itu dengan pantas. Lantas, dia pun membawa diri dengan linangan airmata yang bergelora menahan kesedihan yang teramat.
Tinggallah Laila keseorangan. Bersedia untuk menjadi makanan cacing tanah. Tanah ini akan memamah jasadnya habis habisan. Soalan mungkar nakir pasti akan mengejutkan dari tidurnya yang panjang selama ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
PELACUR YANG DIRINDUI
Romance"Pabila ALLAH menembakkan cahaya cintanya terhadap hamba yang berdosa, Tiada siapa yang dapat menduga natijahnya sebagai penghuni jannah Sedang kita tiada terungkayah untuk menghukum takdir sang perindu " ALERT!!!... Ini bukan kisah lucah... Ini b...