14 : Sorry

191 13 0
                                    

Siapa wanita ni? Dia buat apa ikut kitaorang pergi butik umi? Oh ya, biasalah mereka yang beragama takkan berduan-duaan ni sebab nanti ada yang ke tiga. Tapi, Kenapa bukan umi temankan? Kenapa wanita ni?

Otak aku runsing memikirkan tentang wanita yang duduk sebelah Ustaz Zaid. Manakala aku duduk di belakang kerusi pemandu.

"Abang."

"Ye?"

Amboi.. siap ber'abang' lah pula.. Ustaz Zaid ni juga, bukan main lembut menyahut.

"Abang lepas je pergi butik umi, pergi mana ?"

"Hmmm, abang rasa nak pergi restoran untuk catering nanti akad nikah. Untuk test."

"Oh.. okay."

Oh, baiklah. Kata nak pergi butik umi. Tak pula bagitahu nak pergi makan. Ingat aku ni apa.. tak nak tanya apa-apa ke. Tak minta izin dulu? Suka suki suko suke kau je! Dengan wanita sebelah kau tu pula kau bagitahu sedangkan yang di belakang ni bakal isteri kau. Sedar ke tak dia ni?

"Aku tengah sabar ni , sabar.." bisikku.

"Apa dia Kak Hurul?" Tiba-tiba wanita itu memandang ku.

Uih, telinga dia!

"Eh, saya ada kata-kata apa-apa ke? Rasanya takde kot. Salah dengar tu.. er, janganlah panggil kakak, saya rasa awak lebih tua daripada saya. Panggil Hurul pun dah cukup."

Biadap ke aku cakap tua tu? Kejujuran tu kan perlu..

"Baiklah." Dia tersenyum kepadaku dan memandang ke hadapan kembali. Aku hanya membuat muka meluat.

"Hurul okay kan lepas pergi butik, kita pergi restoran untuk test makanan nanti masa kita akad nikah?" Tanya Ustaz Zaid tiba-tiba.

Baru sedar agaknya aku ada kat belakang dia ni. Baru nak tegur. Jangan sampai aku nyanyi 'Abang Nak Tegur' sebab aku rasa sekarang ni memang hal tentang tegur menegur.

"Ehhh. Boleh. Boleh sangat." Jawab ku sengaja sambil menjeling dia melalui kaca kereta kat depan. [Apa nama benda tu? Idk lah T.T]  Lagi-lagi Ustaz Zaid memandang pantulan cermin itu rupanya. Memang nampaklah matani duk berputar-putar. Kesah!

Aku nampak Ustaz Zaid hanya mengukir senyuman kecil dibibirnya.

**

Usai semua di lakukan dengan smooth mereka menghantar aku pulang.

"Jumpa esok, bakal akak ipar!" Kata Zulaikha sambil melambai aku setelah aku selamat sampai ke rumah. "Jumpa esok juga" ujarku dengan senyuman.

Mataku menghantar kereta itu pergi hingga hilang dari pandangan.

Aku menghela keluhan dan mengetuk kepalaku sendiri mengingatkan kejadian tadi..

"Hurul, saya rasa ni sesuai lah dekat awak." Zulaikha melihatkan gaun yang labuh yang penuh dengan lace dan beberapa manik juga mutiara. Cantik!

Aku hanya memberikan senyuman dan anggukkan.

"Hurul rasa abang Fahmi macam mana?" Tiba-tiba Zulaikha bertanya begitu.

"Saya tak tahu and saya tak kenal sangat dengan Ustaz Zaid tu. Kawin ni pun bukan atas kerelaan saya." Jawabku singkat.

Tiba-tiba sahaja dia tersenyum dan tertawa. Otak pun tersedar bahawa wanita ini lah yang bersama dengan Ustaz Zaid masa aku tengah makan dengan Faris.

"Abang Fahmi baik sangat. Kalau lah boleh Abang Fahmi tu kawin dengan Zulaikha, dah lama Zulaikha pergi meminang dia..tapi apakan daya..."

Ini dah lebih ni sister! Sedarke tak dia tengah bercakap dengan siapa. Bagi kang! Eh! Adakah ini perasaan J itu?

Ustaz Kurta HitamWhere stories live. Discover now