5 : gincu bergolek

260 25 0
                                    

A woman's best jewellery is her shyness - Fatima RA
_______________________

"Oh mak kau!"

"Hei Hurul Ain" ucap Faris Qawi tersenyum manis. Oh my god, someone please tell me that I am dreaming! Aku membalas senyumannya.

"Hai. Ab..abang Faris buat apa kat sini?" Ceit, guna abang pula ko Hurul. "Tengah cari barang sekolah. Abang? Hahaha, panggil Faris jelah."

"Seorang je?" Tanyanya setelah ku memberi respon anggukkan. "Tak. Dengan kawan. Entah kat mana dia sekarang ni.. abang... maksud saya faris pula?"

"Seorang je."

"Oh.."

Aku dapat rasakan panas tika ini. Hanya bunyi silent yang dapat ku dengar di antara kami. Kalau dalam filem ni pertanda salah seorang akan mengungkapkan kata-kata cinta. Sungguh pengaruh filem fantasi betul aku ni.

Tiba-tiba aku dengar bunyi buku jatuh dan ungkapan "ya Allah" daripada seseorang. Aku menoleh, Ustaz Zaid!! Terus aku menarik lengan Faris pergi dari situ. Naya aku bila Ustaz Zaid tu nampak, nanti dia bagitahu abang mahu bernanah telinga aku dengar ceramahnya juga takkan keluar berjalan lagi. Huh.

"Eh eh kenapa ni?" Faris bersuara. "Sorry Faris, tadi saya nampak hantu belakang awak tu yang saya tarik awak pergi dari situ." Cantik takkk ayat? Pandai menipu. "B-betul ke?" Mukanya cuak.

Wei, aku main-main je.

"Haah. Tapi tak seram mana pun. Budak-budak. Macam toyol tu." Hah, pandailah kau punya toyol. "Dah, awak tak payah risau. Dah takde dah."

"Awak memang jenis nampak ke?" Ni soalan membunuh ke soalan periksa ni? "Err.."

Bahuku di tepuk dari belakang. Aku memandang empunya tangan yang menepuk bahuku itu. Aiman, dia tercungap-cungap. "Kau pergi mana hah?! Penat aku cari kau! Kau ingat popular ni kecik macam kedai haji gopal tu ke?!" Tempias Aiman dengan muka merahnya.

Aku hanya tersenyum kambing kepadanya dan mengatakan maaf. Walaupun dia tempias aku yang nak mengeluarkan lava aku tepis sebab dia dapat selamatkan aku daripada menjawab soalan Faris.

"Eh abang Faris.." Aiman tetiba nampak Faris terus berjabat tangan dengan lelaki kacak itu. "Tak payah panggil abang. Panggil Faris je."

"Patutlah.." bisik Aiman ke telingaku dekat setelah kembali berdiri di samping aku. Aku menjeling Aiman dan memberikan senyuman kepada Faris.

"Ni ke kawan awak? Or pakwe sebenarnya?" Tanya Faris, mukanya yang merah tak dapat ku tafsirkan, cemburu? Marah? Atau masih takut tentang penipuan yang aku katakan?

"Pak--" terhenti Aiman berkata sebab aku siku perut dia. "Eh taklah. Kawan je. Aiman nama dia."

"Oh.."

"Anw, Faris tahu nama saya Hurul Ain darimana eh?" Yelah, tegur sekali dengan full name aku nasib takda binti. "haha, Apa kata kita pergi restoran? Sembang?" Ajak Faris.

"Boleh gak! Kau belanja?" Bahagia sungguh badak di sisi aku ni. "Haha boleh je." Faris tersenyum.

Aiman sudah berjalan di depan meninggal kan aku dan Faris. Kekok gila. Aku tersenyum, "Jom"

Ustaz Kurta HitamWhere stories live. Discover now