13 : -

206 15 0
                                    

"Positive thinking is more than just a tagline. It changes the way we behave. And I firmly believe that when I am positive, it not only makes me better, but it also makes those around me better.”
— Harvey Mackay

"Awat?" Tanya kak Mun.

"Ustaz Zaid buat apa kat sini?" Tanyaku kepada kak Mun.

"Tu la, bakal suami hang. Zaid Fahmi. Kita panggil Fahmi. Hang dah kenai ka dengan bakal suami hang?"

Aku mengangguk juga menggeleng kepala ku.

"Tang mana? Yes or no?"

"Kenal, dia kawan abang. Kenal sekadar nama juga muka je lah. Diri dia belum lagi."

"Ohh."

Sedang aku asyik berborak dengan kak Mun tanpa sedar dia sudah duduk di depan. Mak oi! Dia rupanya bakal suami aku. Punyalah otak aku pikir rupa bakal suami aku macam mana. Rupanya dah tengok sebelum sah pinangan tu aku terima.

"Ok, semua dah ada. Fahmi, baca doa." Arah ayah Naim tegas.

Fahmi akur dan membaca doa makan, setelah mengaminkan.
Jamuan yang didepan mata dinikmati.

**

Semua sudah berkumpul di ruang tamu. Membincang tarikh penting untuk majlis pernikahan juga sanding. Aku menyatakan hasratku tidak mahu besar-besaran. Apalah sangat bernikah tanpa rasa cinta, suka kalau pelamin bak havoc, sia-sia sahaja bagi aku.

"Ok memandangkan engkorang nak simple je. Rasanya pernikahan boleh dilangsungkan 19 Januari 2019." Ujar Ayah.

19 Januari 2019? Wei! 1 minggu daripada hari ni. Biar betul ayah ni?

"Haah, elok juga tu. Tak sampai seminggu siap dekorasi majlis pernikahan korang. Hal baju tak payah risau. Umi boleh uruskan dekat butik umi. Fahmi ok kan? Cukup tak simpanan Fahmi untuk acara ni?"

"Ok umi, InsyaAllah cukup. Fahmi ada anggaran RM25,000 yang Fahmi khaskan untuk majlis ni.."

Bulat mata aku mendengar. Di usia 21 tahun dah ada simpanan RM25,000 mesti duit sen dia kira sekali.

"Alhamdulillah. Lebih daripada cukup tu. Hurul ok?"

"Ok."

Aku memandang abang di sisi. Senyuman aku berikan. Haih, abangku. Macam mana lah kehidupan aku nanti tanpa kau abang oi..

**

"Abang, kenapa tak bagitahu tu ustaz Zaid?" Tanya ku setelah pulang daripada rumah ayah dan umi.

"Kan abang kata. Zaid nak adik tahu dia face to face. And sekarang dah kenal kan.. kenapa ? Tak suka dia ke ?"

"Bukan. Cuma tak sangka lah. Ingatkan kawan abang yang mana entah. Tapi Hurul masih tak dapat terima 100% lah abang..." keluh ku.

"Tak apa. Abang faham. Dalam situasi ni adik masih muda. Tapi abang yakin, adik mampu. Jodoh adik dah sampai sebelum abang. Terima je lah ye. InsyaAllah dia boleh buat adik bahagia and jadi isteri solehah."

Tersentak aku mendengar perkataan solehah.

Tak mungkin aku dapat jadi. Lemah lagi hina ni ? Tak mungkin dan takkan.

***

Ketukan pintu bilik membuat aku tersentak daripada tidur yang lena.

Mataku pisat kut ada tahi mata.

"Nak apa?" Kataku masih dalam keadaan mamai.

"Bangun, Tok Ma mai sini!" Kata abang Fateh.

"Hah??"

Pintu di kuak dari luar. Terus aku sembam kan muka aku ke bantal.

"Astaghfirullah budak ni. Dah bangun cepat. Tok mak ke sini sebab adik. Dah bangun-bangun" abang menggoyangkan lenganku.

"Taknak lahhhhhh"

"Jangan nak mengada, dah bangun. Tak lama lagi nak jadi bini orang."

Apa kaitan ? Ugh! Fine!

Aku mengambil langkah untuk ke tandas, mencuci muka. Baru je nak rehat petang ni.

"Jangan lama. Pakai sopan sikit. Bakal suami ada juga."

"Hah?!!!"

Tawa abang aku dengar. Dasar!

Dia buat apa kat sini?

"Maaf Hurul lewat." Ujarku sambil tangan mengangkat dulang berisikan teko teh dan cawan-cawan. Walau buruk mana, dah nama perempuan kena pandai perihal dapur, ye tak ye ?

Aku pandang ruang tamu. Ada Tok Ma juga driver, Pak Depo yang tak pernah lekang. Ustaz Zaid Fahmi dan.. seorang wanita.. kenapa familiar je wanita ni..

"Maafkan saya, saya tak tau yang Puan Maryani datang sini. Niat saya sebenarnya nak ajak Hurul pergi butik umi. Tempah baju akad nikah." Ustaz Zaid menghasratkan niat sebenar ke rumah.

Aku hanya mengangguk. Kemudian aku memandang Tok Ma.

Tok Ma tersenyum. Senyuman yang agak sedih,  Dah kenapa ?

"Boleh Tok Ma cakap dengan Hurul berdua je ?"

"About what ?" Tanya ku sinis. Perihal sopan tak sopan, manis tak manis orang pandang, simpan tepi.

"Adik.." Abang bersuara.

Aku menarik nafas berat.

"Okay. Kita bincang kat dapur." Aku mengangkat punggung terlebih dahulu.

"Kenapa Tok Ma datang sini?"

"Tok Ma datang sebab nak tengok cucu Tok Ma ni kawin.."

"Cucu? Okay lah jom kita recall kejap. Bukan ke Tok Ma kata Hurul ni dengan Abang Fateh tu bukan cucu Tok Ma ? Ke Tok Ma pura-pura lupa?"

"Hurul, maafkan Tok Ma. Tok Ma sedar selama ni semua yang Tok Ma buat kat korang salah. Tok Ma mengaku. Maafkan lah Tok Ma Hurul.. Tok Ma takde sesiapa lagi dah selain daripada kamu berdua.."

"Baru ni Tok Ma sedar? Tok Ma tau tak? Betapa susahnya kami membesar. Tanpa kasih seorang ayah dan ibu. Tok Ma pula enjoy dengan kehidupan Tok Ma. Dengan harta yang berjuta juta di dalam poket Tok Ma. Tak sedar langsung yang darah daging dia, keturunan dia bersusah payah untuk hidup. Terutama sekali abang. Entah kenapa lah abang Fateh boleh baik dengan Tok Ma setelah apa yang Tok Ma buat. I don't understand why?!" Jerkah ku sedikit tinggi. Air mata sudah mengalir di pipi ku.

"Hurul, Tok Ma nak minta maaf. Tok Ma tak tahu lagi nak kata apa. Tok Ma insaf sayang. Tolonglah Tok Ma.."

"Sudahlah. Hurul.. enough lah.. just get out of here. You are not meant to be with us as what you've been said few years ago."

Aku bangun daripada duduk ku. Air mata ku seka. Aku masuk ke ruang tamu.

"5 minutes" ujarku kepada Ustaz Zaid.

Harap mereka tak 'cam' muka aku.

------

"Maafkan Tok Ma Fateh.." Puan Maryani menangis sambil memegang lengan Fateh. "Fateh dah kata kan Tok Ma. Kita lupakan kisah silam. Semua manusia buat silap. Pasti ada pengajaran dan hikmah semua tu. And now, look at you Tok Ma. Allah dah uruskan dengan cantik.."

"Tapi tak untuk Hurul Fateh. Tok Ma rasa bersalah. Dia patut pun marah dekat Tok Ma. Semua dia kata tu betul.. I should leave.."

"Tok Ma. Dia tak terutus tu Tok Ma. Maybe dia stress kot. Biasalah perempuan nak menjangkau ke alam yang lebih matang daripada sebelumnya. Stay here Tok Ma. Fateh nak Tok Ma ada masa akad nikah Hurul nanti." Fateh memberikan alasan.

"Baiklah kalau macam. Glad to have you Fateh." Puan Maryani menepuk lengan cucu lelakinya itu.

**

Tak tau apa nak jadi topic khas untuk bab 13 ni. Tu yang buat '-' je.. hit the vote love!!!

Ustaz Kurta HitamWhere stories live. Discover now