15 : Sebab, Berubah

191 8 0
                                    

"Ustaz tak menyesal kan pilih saya ?" Aku mengajukan soalan kepada Ustaz Zaid.

Ustaz Zaid dengan umi dan ayah juga Zulaikha datang ke rumah. Memandangkan 3 hari sahaja lagi kami nak bernikah. Nak tengok semuanya sudah settle dan berharap ianya akan berjalan dengan lancar.

"InsyaAllah. Ini pilihan saya. Hurul pula ?"

"InsyaAllah juga. Hurul nak bagitahu jujur lah dekat Ustaz. Hurul nak kawin dengan ustaz, bukan kehendak Hurul. Hurul rasa terpaksa. Ye lah. Di usia muda nak kawin. Gila ke apa ?" Kata ku di ikuti dengan gelak serta gelengan kepala.

Aku pandang Ustaz Zaid. Dia tersenyum.

"InsyaAllah nanti Hurul akan tahu kenapa sebabnya. Berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita."

Aku mengeluh. Nanti, nanti, nanti. Apa sebenarnya yang mereka sembunyikan ni?

Aku hanya memberi respon anggukan.

"Err, ustaz takde awek ke ? Sampai ustaz pilih saya ni?"

"Ya Allah, Hurul. Berapa kali saya nak cakap. Awak pilihan saya. Dan InsyaAllah jodoh kita akan berpanjangan hingga ke syurga."

Aku sengih. Ya, aku sedar ni kali ke 5 aku tanya soalan tu dekat dia. Ye lah, siapa tak pelik. Lelaki pakej pilih perempuan yang out of list lelaki beragama tu. Lawak betul kisah jodoh aku ni.

"So, maknanya. Ustaz suka saya lah ?"
Riak muka bersahaja aku berikan.

Mata aku melekat di muka bersihnya.

Dia memandang aku dengan senyuman lalu mengorakkan langkah masuk ke dalam rumah kembali.

"Aik, di biarnya soalan aku tergantung sepi. Memang macam tu eh orang alim?" Aku mengangkat bahu dan masuk ke dalam rumah juga.

***

"Assalamu'alaikum Wany." Aku memberi salam setelah dia mengangkat telefon daripada aku.

"Waalaikumussalam. Apasal kau ni? Tak pernah-pernah bagi salam. Hahahaha, dah kenapa?" Wany berkata dengan sindiran.

"Mula lah tu nak mengejek. Salah ke aku sebagai orang yang beragama Islam ni beri salam ?"

"Tak salah pun. Cuma pelik je dengan kau ni."

"Ye, aku tau. Wany.. Aku sebenarnya.. nak berubah." Ucapku agak perlahan.

Sunyi seketika daripada corong sana. Dah kemana pergi si Wany ni.

"Hello ? Wany ?"

"Uh.. sorry. Er, maksud kau ? Berubah macam mana ?"

"Aku.. nak berubah. Balik ke pangkal jalan. Aku sedar aku banyak buat dosa. Aku nak berubah sangat-sangat." Rasa penyesalan semakin menebal di hati bila terimbaukan dosa silam.

"Baguslah. Aku pun sebenarnya pernah terfikir nak berubah, tapi tak tahu bila. Mak ayah aku bukan orang beragama. Kami tak solat pun. Tu yang kau tengoklah diri aku macam mana kan.."

"Wany, kalau kita sama-sama berubah nak tak? Kita kenal Islam lebih dalam. Kau nak tak?" Ujar aku agak ceria. Ye lah, mesti best bila ada partner yang sama-sama nak berubah, sama-sama nak belajar.

"Nak! Nak! Aku nak sangat. Ni.. kau serious kan?"

"Ya, aku serious lah. So.. bila kau nak start?"

"Bila-bila je. Aku nak belajar solat dulu. Dah lama aku tak solat. Entah ingat lagi ke tak." Kedengaran riak suara Wany menjadi sayu.

"On! Nanti kita sama-sama pergi masjid eh? Aku pun nak belajar solat. Sebab aku rasa solat aku tak cukup sempurna. Juga bacaan Al-fatihah aku, ayat tahyat awal dan akhir, semuanya lah!"

"Ok!! Tak sabarnya!!"

"Wany, aku nak bagitahu satu benda lagi kat kau."

"Apadia?"

"Aku dah nak kawin"

"HAH??!!! KAU BIAR BETUL ?!"

Aku menjauhkan telefon dari telinga. Terasa nak pekak pun ada. Asal lah minah ni melaung bagai nak rak.

"Betul. Aku tak tipu."

"Wei, jangan lah main-main. Kau tipu aku kan ? Bagitahu aku kenapa kau prank aku ni? Ada apa-apa ke?" Wany masih lagi tak berpuas hati.

"Ya Allah. Betul aku dah nak kawin. Kalau kau tak percaya. Datang 19 ni, dekat Masjid Wilayah pukul 11 pagi."

"Siapa nama husband-to-be kau ? Aku kenal tak?"

"Zaid Fahmi bin Muhammad Naim. Tak, kau tak kenal dia"

"Umur dia berapa?"

"21 tahun."

"Kerja apa?"

"Ustaz, pendakwah bebas, penulis buku"

"WHAT?!" Sekali lagi, aku tengking juga dia ni.

"Ustaz ? Pendakwah bebas ? Mana kau dapat weh ?"

"Bukan kerelaan aku lah. Ni permintaan abang Fateh. And also dia nak aku jadi isteri dia. Bila difikirkan memang gila lah tindakan ni. Tapi ramai yang kata jodoh datang awal. Aku ia-kan je lah. Haraplah memang betul-betul jodoh aku."

"Aku harap macam tu juga. Tak nak aku ada kawan janda muda."

"Wei! Mulut jaga sikit lah! Aku bagi karang!!" Amukku. Ada kata macam tu? Tolonglah, tak nak aku.

"Hahahaha! Aku main-main je lah. Sorry lah. Lembut sikit. Kata nak berubah."

"Kau lah yang buat aku jadi macam ni! Dah lah. Datang tau 19 ni, nanti majlis sanding aku nak kau jadi pengapit aku. Majlis sanding lama lagi. Tapi aku bagitahu kau awal-awal lah ye."

"Ye lah. InsyaAllah. Aih, tak sangka kau nak kawin. Ni.. si Aiman. Kau dah bagitahu dia ke ?"

"Err.. tak. Aah! Biarlah. Malas aku."

"Ish kau ni. Nanti kecik hati dia. Abang Faris tu , tak bagitahu juga ke ? Dah takde crush kat dia ?"

"Malas aku fikir pasal Faris tu. Dia dah blacklisted dalam hati aku ni. Sekarang ni aku tengah buntu fikir pasal perkahwinan aku ni. Kalau umur aku 25 tak pe juga. Ni baru nak masuk 18 tahun. Kau rasa ?" Aku menarik nafas dalam dan hembus dengan kuat.

"Dah kau kata jodoh, nak buat macam mana. Kawin muda lah kau ye. Aku nak pesan je kat kau, nak kawin ni.. hilangkan degil kau tu. Dah lah degil, cari masalah, suka bergaduh, tak nak mengalah, suka--"

Aku potong kata-kata Wany. Bukan main dia ni!

"Sedap kau kutuk aku eh? Ye lah yelah, aku coba. Kau tu juga. Ni, aku nak kau rahsiakan tentang hal ni. Kau je yang tau pasal ni. Please."

"Ye lah. Saya - Effatul Wany Binti Omar akan menjaga rahsia sahabat dia, Hurul Ain binti Waqas bersaksikan pada hari Isnin waktu 3.48 petang ini dengan cuaca yang cerah sahaja."

Aku melepaskan tawaku. Ada-ada sahaja si Wany ni.

"Ye lah. Dah aku nak selesaikan apa yang patut. Jangan lupa datang"

"Ye lah. Elok-elok. Nanti bila first night ja--"

Tut. Tut. Tut.

Aku tutup telefon itu. Tegak bulu roma aku dengar. Nak kena hempuk betul si Wany ni!

Ustaz Kurta HitamWhere stories live. Discover now