2. Bukan Cinta Pertama

229 5 0
                                    

Our Times movie kedua K dan Marisa tonton untuk malam hujung minggu. Movie pertama Crazy Little Thing Called Love dari Thailand. Our Time pula dari Taiwan. Entah kenapa Marisa memilih untuk tonton movie yang tema kembali-ke-sekolah. Lepas Our Times, Marisa mahu tonton You are the Apple of My Eye. Ini bermakna, mereka akan marathon tiga movie serentak dalam satu malam. Nasib baik la esok cuti, keluh hati K.


"kau pernah couple ke masa sekolah?" soal Marisa. K pandang sekilas pada Marisa. Dia tidak terus jawab. K masih tenggelam dengan babak Lin diusik oleh Taiyu ketika mereka keluar belajar di McDonalds. Marisa siku K. serta-merta K geleng kepalanya.

"serius?"

"ya," K mengimbas kembali zaman sekolahnya. walaupun sudah 12 tahun berlalu, zaman sekolah adalah kenangan paling indah. Rakan sekolah rendah dan menengah K adalah orang yang sama. Masing-masing pergi sekolah yang sama. Walaupun bukan semua pelajar tapi adalah separuh dari mereka sama-sama sekolah rendah. Ada sebahagian memang satu kelas sampai ke tingkatan lima.

"kau?" K soal Marisa pula. Marisa mencebik. Mukanya tidak ceria. K sengih. Mereka berdua punya kenangan yang sama. Tiada peminat rahsia atau pernah alami 'cinta monyet' masa sekolah. Ketika Lin dapat hadiah dari Taiyu, rantai kunci figure Andy Lau, K teringat dia pernah minat pada Adam. Adam sama-sama sekolah dengan K dari tadika tapi masing-masing tidak pernah bercakap. Walaupun mak dan baba kenalan ibu bapa Adam. Segala berkaitan dengan Adam, ada dalam genggaman K. Adam ada kakak dan adik perempuan. Adam orangnya pendiam. Semua K tahu dan K rahsiakan dari kawannya. Tegar betul perasaan K pada Adam. Walaupun begitu, K tak pernah bagi surat cinta atau hadiah pada Adam. Tak ada sebab kukuh untuk K bagi semua itu. Walaupun kawan, sepatah perkataan pun tak pernah K luah pada Adam. Begitu juga dengan Adam.

Bagaimana K boleh minat Adam? K minat Adam sebab Adam tu genius. Adam selalu tidur dalam kelas tapi boleh dapat A untuk semua mata pelajaran. Cikgu pun tak boleh larang dia tidur. Ada satu tahun, K berjaya kalahkan Adam sebab Adam tidak serius belajar. Selepas kejadian itu, Adam jadi rajin belajar. Bukan rajin tapi jawab kertas peperiksaan betul-betul. semua soalan dia jawab, tak ada tinggal kosong. K pun tak sangka setianya sampai habis sekolah. Masuk universiti pun K masih ingatkan Adam. Tapi Adam langsung tidak ingatkan K, sebab Adam kahwin dengan rakan seuniversiti dengannya. Sama kuliah. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah, K hanya pandang Adam. Dia menghabiskan masa remaja minat pada lelaki tanpa membalas perasaannya. Sedih.

"cerita ni tak sesuai untuk aku. Mana ada lelaki setia dari zaman sekolah sampai sekarang," Marisa beri komen. Tidak puas hati kerana Our Times tidak berkaitan dengan hidupnya.

"tak pe, kau ada Chris. Aku rasa Hidayah Cinta seorang Taufik sesuai jadi tajuk cinta kau," K balas. Cerita cinta Marisa sedikit kompleks dan K akan ceritakan kemudian. Our Times mengingatkan K pada rakan sekelasnya - Hana dan Raid. Mereka sekolah rendah sama-sama tapi lain sekolah menengah. Raid sekolah menengah dengan K. Hana masuk sekolah asrama waktu sekolah menengah. Orang kata kalau dah jodoh, tak ke mana. Raid jumpa Hana balik waktu universiti. Sama kuliah. K tak sangka Raid tu setia orangnya. Raid boleh ada perasaan pada Hana dari sekolah rendah. Cuma K curiga sedikit pada Raid sebab waktu sekolah menengah Raid ada cuba mengorat budak kelas bawah. Kalau dah namanya lelaki, memang dia akan cuba juga.

"You are the Apple of My Eye sesuai dengan kita," Marisa tidak layan usikan K tapi menukar topik. Ya, sekejap lagi mereka akan menonton movie You are the Apple of My Eye. K belum lihat lagi. Marisa pun. Marisa hanya baca komen dan review orang ramai, You are the Apple of My Eye lain sedikit dari Crazy Little Thing Called Love dan Our Times.

"aku nak berangan macam movie Crazy Little Thing Called Love dan Our Times walaupun tak ada lelaki macam tu wujud dalam zaman sekolah aku," K ingin terbang di awangan. Sebenarnya mungkin ada yang minat K, tapi K tak tahu. Ada salah seorang kawan K, nama Adriana. Adriana pernah kena marah dengan ayahnya sebab ada lelaki hantar mesej pada Adriana melalui nombor ayahnya. Sampai sekarang Adriana tak tahu siapakah lelaki itu. Mungkin lelaki tu sama macam K minat pada Adam. Hanya adik beradik K sahaja yang tahu. Kawan baik K pun tak tahu K pernah suka Adam.

"sebenarnya, setiap peralihan zaman kau, mesti ada lelaki yang akan bagi kenangan pahit pada kau," K bersuara setelah lama mereka berdiam diri dan leka menonton Our Time yang kini hampir ke penghujung. Marisa memandang K dengan pelik.

"what do you mean?" Soal Marisa. Dahinya berkerut tidak memahami penyataan dari K. K pandang Marisa sekilas. Kedua tangannya kemas memeluk bantal zirafah. Kaki K dan Marisa sama berlunjur di atas meja kopi. Mereka selesa bersandar di atas sofa.

"bila ingat balik, bukan zaman sekolah je ada lelaki yang menarik perhatian kau. Zaman uni pun ada. Zaman kerja.Walaupun kau hanya berkawan dengan dia, tapi ia tetap bagi kesan pada hidup kau kan?" Jelas K. Marisa tidak mengangguk, dia cuba memahami penjelasan dari K.

"macam mana tu?" K hairan dengan Marisa malam ni. Marisa lambat faham dengan kata-katanya.

"perasan tak, setiap kali kau balik kerja atau balik kelas mesti akan ada lelaki yang kau akan cerita. Sama ada dia usik kau atau dia layan pelik-pelik pada kau,"

"betul. bila kau sebut macam ni, aku teringat pada Zakri. Kaki kacau." K sengih. Benar, akan ada lelaki yang akan buat hidup kita gembira dan sedih. Lelaki yang buat hati kita kacau bilau - gembira, sedih dan marah. Zaman uni dulu, K pernah buat kerja berani mati. Meluahkan perasaan pada Ikram walaupun Ikram tak suka dia. Sekarang, si Michael cuba intai hati K. Bukan. Bukan Michael intai tapi K cuba sorok rasa hatinya.

"siapa jodoh aku, Marisa?" soal K tiba-tiba. Malam ni, banyak pula kejutan dari K. Hati K tak keruan hanya kerana movie yang ditontonnya.  

Dia Lelaki RandomWhere stories live. Discover now