12. Dejavu II

112 4 0
                                    

Ahmad

Ahmad berpaling. Dia seperti mendengar seseorang menyeru namanya. Tiada orang yang dikenali. Semuanya penumpang dari China. Ahmad kemudian terus berjalan menuju ke kaunter imigresen. Dia memilih salah satu laluan untuk dia melepasi kaunter imigresen. Hampir kesemua laluan penuh dengan penumpang yang baru tiba. Ada beberapa pesawat dari negara lain baru sahaja mendarat. 

Ahmad memeriksa passport dan borang pengisytiharan yang telah diisinya tadi. Ahmad mengangkat wajahnya. K. Karimah baru sahaja lalu dihadapannya. Mata Ahmad tidak berganjak dari susuk Karimah. Ke mana sahaja Karimah bergerak matanya turut mengikut. Dia tidak mahu kehilangan jejak Karimah. Lebih 7 bulan dia menanti Karimah menghubunginya. 

Ahmad masih ingat pertemuan pertama dia dengan Karimah. September tahun lepas. Waktu itu  dia juga ingin kembali ke Sydney. Ketika itu tidak ramai penumpang berbangsa Melayu kerana ia dalam pertengahanan semester. Jadi, dia boleh bilang dengan jari penumpang perempuan yang bertudung. Karimah berjaya mencuri pandangannya ketika dia duduk di ruangan menunggu sebelum masuk ke dalam pesawat. Karimah langsung tidak menyedari kewujudan Ahmad. Karimah juga seperti dia. Berkelana ke Sydney bersendirian. Bagaimana dia tahu? Kerana dia sudah lama memerhati Karimah. Tiada teman sama ada perempuan atau lelaki bersamanya. Ia sangat ketara apabila Karimah duduk selesa berdekatan dengan pelancong Australia dan asyik merenung telefon pintarnya sehingga dipanggil masuk. Ahmad masih ingat lagi Karimah memakai tudung hitam bercorak abstrak warna emas. 

Kali ini, Karimah juga memakai tudung yang sama. Nampaknya Karimah sudah berhenti ruangan menuntut beg di kaunter F. Kini giliran Ahmad di kaunter imigresen. Karimah masih di situ. Ahmad kemudian berlalu ke ruangan kaunter menuntut beg di kaunter K selepas pegawai imigresen mengembalikan dokumen Ahmad. Beg di kaunter Ahmad sudah banyak yang keluar. Ahmad mencari begnya terlebih dahulu. Matanya masih tetap pada Karimah. 

Ahmad masih ingat di lapangan terbang ini juga pertama kali dia menegur Karimah. Dari dalam pesawat lagi Ahmad memerhati Karimah. Keluar dari pesawat pun, Ahmad mengekori Karimah dari belakang. Sengaja dia berjalan perlahan mengikut rentak Karimah yang sangat santai. Dia juga sengaja mengisi semula borang pengisyhtiharan apabila melihat Karimah mengisi borang tersebut. Padahal dalam pesawat tadi dia sudah isi siap-siap. Urusan hatinya dipermudahkan ruang sebelah kiri Karimah kosong. Dia mengisi borang tersebut. Karimah langsung tidak peduli. Sempat dia mengintai passport Karimah. Dan lebih membahagiakan apabila Karimah tertinggal passportnya. 

Inilah peluangnya, "miss, your passport," sengaja dia bertutur Bahasa Inggeris. Malah, dia sempat membaca maklumat Karimah sebelum dia kembalikan passport Karimah. 

"thanks," ucap Karimah dan berlalu pergi. 

Ahmad memeriksa bagasinya sekali lagi. Hanya satu beg yang perlu dituntut. Satu beg lagi dia bawa bersama ke dalam pesawat. Ahmad menarik kedua begnya. Dia tidak ke bahagian kastam. Sebaliknya dia menuju ke kaunter F.  Ahmad menghampiri Karimah. Karimah masih seperti pertama kali dia melihatnya. Karimah sedang merenung telefon pintarnya. Ahmad mencuit bahu Karimah dengan passportnya. Karimah menoleh.

"Assalamualaikum, Yang Mulia," Tegur Ahmad dengan teruja. Ahmad nampak reaksi Karimah yang terpana dengan kehadirannya. Ahmad rasa bukan sahaja mulutnya tersenyum manis. Malah matanya turut tersenyum.  Karimah masih kaku untuk beberapa ketika. 

"Karimah," Ahmad melambai pada wajah Karimah yang tidak berkelip. Karimah seperti sedang berkhayal. Ini Ahmad, Karimah! 

"waalaikumussalam. Macam mana ada di sini?" Akhirnya keluar juga suara Karimah. Karimah jelas terkejut dan keliru. 

"baru sampai dari China." ulas Ahmad dengan gembira. Karimah  masih tidak berkelip memandang Ahmad. Awak gembira jumpa saya, Karimah? tanya hatinya. 

Dia Lelaki RandomWhere stories live. Discover now