prolog

176 3 0
                                    

"Umi!!!! Abi!!!!"
Pantas nafas kembali di atur. Manik - manik jernih turun membasahi pipi.

"Allahumma solii ala muhammad."
Dada diusap perlahan sambil mulut terus beristighfar.

Aku Azwatul Adlin orang ramai panggil aku Adlin. Aku ditinggalkan sebatang kara disebabkan satu peristiwa. Peristiwa yang meragut semua jiwa aku.

"Astaghfirullah hal 'azim."
Badan ditegakkan dari pembaringan. Perlahan - lahan kakiku melangkah ke arah bilik air didalam bilikku untuk mengambil wuduk. Solat sunat dikerjakan.

Ya itu apa yang diajar oleh umi dan abi. Salam diberikan serta doa dipanjatkn kepada yang maha esa. Aku mohon keampunan bagi orang tua ku serta suamiku .

***********************
"Aku terima nikahnya Azwatul Adlin bin Arman dengan mas kawin sepersalinan lengkap solat serta senaskah al quran."

"Sah?"
"Sah."
"Sah."

Mengalir deras air mataku. Dimana hilangnya tunangku. Sungguh hati perit mendengar tohmahan jiran tetangga. Air muka umiku sedikit berubah saat terdengar tohmahan keatasku

Selesai sahaja majlis yang berlangsung aku terus naik ke bilik kerana umi suruhku berehat.

Pintu bilik dikuak dari luar. Wajah kelat suamiku terpapar diruang mataku.

"Hoi perempuan disebabkan kau aku kena tinggalkan awek aku. Disebabkan kau mama ugut nak ambil semula syarikat tu."

"Awak saya minta maaf. Bukan saya yang nak semua ni berlaku."

Perlahan - lahan air mataku turun menahan perit saat rahangku dicengkam oleh suamiku.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku kawin dengan kau sebab harta dan aku benci kau."

Pedih hati aku saat mendengar kata - kata darinya. Cengkaman pada rahangku dilepas. Air mataku semakin deras mengalir. Mataku mengikut langkah suamiku ke bilik air.
Perlahan-lahan aku bangun mahu melihat umi dan abiku.

Senyuman nipis terlakar saat melihat kemesraan keduanya dan aku berharap aku juga begitu.
Mereka tetap bahagia walaupun ramai mengatakan abiku seorang penagih dan pembekal tetapi aku tahu abi tidak mengambil benda terlarang tu. Setahu ku Abi tidak bekerja begitu juga dengan umi tetapi keluargaku tidak termasuk dalam keluarga miskin kerana kami mempunyai kemudahan lengkap dirumah bahkan kami tidak pernah berlapar.
Orang kampung juga mengatakan bahawa umi seorang penggoda. Bagaimana mereka.sanggup memanggil umi penggoda sedangkan umi hanya keluar rumah untuk kepasar itupun bertemankan Abi. Aku tidak mengerti ini semua. Pelbagai tanda tanya tumbul diruang benakku tapi aku diamkan aja.

"Umi..Abi.."
Kedua orang tuaku berpaling memandangku.
"Ye sayang. Mari dekat umi."
Langkah ku atur mendekati umi dan tubuh tua itu ku tarik dalam pelukanku. Nyaman hati ini bagaikan terlupa akan perbuatan suamiku tadi.

"Umi..abi.. Az sedihlah nanti nak kena tinggal umi dengan abi. Az tak nak pisah dengan umi dan abi."

Abi mengusap ubun- ubunku lembut.
"Sayang abi. Syurga bawah telapak kaki suami. Az kena ikut Nurzul balik malam ni ye sayang."

"Hah malam ni? Abang Nurzul tak cakap apa - apa pon."

"Dia lupa kot sayang. Sayang umi dengan abi ni ikut Nurzul ye. Abi sayang sugar plum abi ni."

Semakin erat aku peluk tubuh umi dan abi bagi menzahirkan perasaan ku.

*************************

"Jaga diri elok-elok. Jaga solat jaga iman. Jaga suami elok."
Tangan umi ku capai dikucup lama. Abi dan Nurzul hanya memerhati.
Seluruh muka ku umi cium bagai tak mahu lepas. Aku hanya membiarkan perilaku umi yang bagaikan ini kali pertama kami berpisah. Saat aku sambung belajar keluar negeri pun umi tidak begini tetapi malam ni umi menjadi lain. Mungkin aku sudah menjadi isteri orang umi berubah laku.
Giliran abi pula. Tangan tua itu kukucup lama meminta restu dan halal segalanya. Abi mencium ubun - ubun ku juga lama. Berkali-kali ubun-ubun ku dicium dan kata sayang diucap. Nurzul meminta diri kedalam kereta kerana ingin memanaskan enjin kereta miliknya dan memasukkan bagasi ku kedalam bonet kereta. Saat aku berpaling menuju kepintu kereta kedengaran sesuatu membelah udara kemudian aku terdengar benda jatuh. Kulihat Umi dan Abi jatuh di hadapan pintu dengan kesan tembakkan tepat di dada.
Tak kusangka itu ciuman terakhir dari umi dan abi

ku tahu Yang kau mampuWhere stories live. Discover now