bab 7

87 5 2
                                    

Jelas rengekkan dari Nurzul menyebabkan Adlin tidak senang duduk.

'Apa laki aku mimpi ni. Dengan peluh merengek lagi.'

"Kau ni menyusahkan aku je. Hidup kau aku tanggung tapi kau menyundal dengan lelaki lain."

Merah padam muka Nurzul memandang ke arah Adlin.

"Kau nak sangatkan. Mari sini aku bagi. Kau nak aku boleh bagilah. Tak payah nak menyundal dengan lelaki lain."

Erni yang melihat pertengkaran itu tersenyum sinis. Tangannya mengusap perlahan belakang Nurzul bagi menenangkannya.

"Bie dahlah tu. I takutlah."

"I nak you balik dulu. I ada benda nak settle dengan perempuan ni."

"Bie janganlah buat teruk sangat I takut you masuk jail nanti macam mana."

"You balik sekarang!"

Laju sahaja Erni melangkah ke arah pintu bersama senyuman sinis.

"Heh bodoh."

"Awak please saya tak nak."

"Kau nak kan mari sini."

"Awak please."

"Panggil aku Encik Nurzul lah betina."

"Maaflan saya Encik."

Nurzul mengheret tubuh kecil itu ke dalam bilik Adlin yang bersebelahan dengan dapur.

"Encik sakit."

"Kau yang buat aku marah so kau kena terima akibat dia."

Makin teruk Adlin melihat kerutan dan peluh yang keluar dari tubuh Nurzul.
Suhu aircond diturunkan lagi. Tuala kecil diambil dan peluh di badan Nurzul diseka.

"Adlin..sayang...herkkk."

"Shhhhh saya ada ni."

"Sayangg...herkkk mmm hemm..."

Terpempam Adlin melihat air jernih yang mengalir dari kelopak mata Nurzul.
Perlahan tubuh Nurzul digoncang Adlin.
'Apa yang dia mimpi ni? Sampai macam ni sekali.'

"Awak."

Air mata Nurzul yang mengalir di seka menggunakkan jarinya. Perlahan Adlin merebahkan kepala dibirai katil dan rambut lelaki itu diusap.

"Shhhhh saya ada ni."

Perlahan - lahan Nurzul membuka matanya.
Adlin yang masih tidak menyedari mata Nurzul itu terus memujuk Nurzul perlahan.

"Sayang."

Pergerakkan tangan Adlin terus berhenti dan badannya automatik tegak.

"Erk saya pergi ambil bubur ya. Awak mesti dah lapar. Ok bye."

Tidak sempat Adlin melangkah tiba - tiba badannya jatuh tepat disebelah Nurzul.

'Eh macam mana aku boleh jatuh. Aduh.'

Adlin dapat rasakan bahawa lengannya sedah dipegang oleh Nurzul

'Oh man sejak bila dia pegang lengan aku ni.'

Adlin memandang jarak antara Nurzul dan dirinya.

'Aik sejak bila dia kesana sikit.'

"Sayang dont leave me."

"Sanalah saya nak ambil bubur untuk awak."

"Tak nak. Teman saya."

Adlin yang berura - ura mahu bangun itu ditarik dalam pelukkan.

ku tahu Yang kau mampuWhere stories live. Discover now