bab 11

83 3 0
                                    

Kaki terus melangkah mencari Adlin.
Satu rumah telah dijelajah namun wajah si isteri tidak dijumpai.
Pencarian terus berlangsung namun si isteri tetap tidak dijumpai.
Kereta kepunyaan Adlin elok tersadai di dalam garaj namun empunya badan tidak dijumpai.

"Mana awak sayang."

Kedengaran bunyi enjin kereta dari laman rumah.

'Adlin.'

Langkah di ambilke arah laman rumah.
Lambaian Adlin kepada pemandu kereta tersebut menarik perhatian Nurzul.

'Siapa laki tu?'

"Sayang.."

Wajah terus Adlin palingkan ke arah Nurzul dan sebelah kening di angkat.

"Jom masuk i need ask you something."

Tangan Adlin di tarik masuk ke dalam rumah. Adlin hanya mengikut langkah suaminya.

'Adlin sabar you can do it my dear self. Kalau dia nak kawin dengan perempuan tu kau bagi jelah.'

"Azwatul Adlin? Adlin? Sayang? Azwatul Adlin!"

Terhinjut bahu Adlin mendengar suara Nurzul.

"Heisyh panggil elok - elok lah terkejut tahu x?"

"Abang panggil banyak kali awak yang tak menyahut."

"Yelah - yelah. Kenapa?"

"Abang nak tanya something ni. Awak ada terima gambar tak?"

"Gambar? Gambar apa?"

"Gambar abang dengan seorang perempuan."

"Oh ada. Gamba awak dengan Erni. How sweet you are. Like a lovely couple. Awak nak kawin dengan dia ke? Tak pe saya bagi je. Ok bye saya naik dulu."

Laju Adlin melintasi Nurzul tetapi Nurzul lebih cekap menyambar tangan Adlin.

"Sayang sabarlah."

Adlin merentap tangannya dari pegangan Nurzul.
Wajahnya memerah menahan tangis.

"Sabar saya dah habis bila nampak gambar tu. Kalau awak nak ceraikan saya boleh. Saya lagi suka sebab saya tak suka berkongsi kasih."

Air mata yang mengalir diwajahnya di kesat kasar.
Langkah dibawa ke arah biliknya.

"Saya benci awak tapi dalam masa yang sama sayang awak. Apa awak buat kat saya sampai saya jadi macam ni? Dari dulu lagi sayang saya pada awak tak pernah hilang Nurzul."

Wajah ditekupkan ke bantal miliknya.

"Kalau sayang luahkan. Jangan simpan."

Perlahan sahaja suara garau milik Nurzul kedengaran.

Terasa tangan kekar milik Nurzul memeluk pinggang Adlin.

"Sayang look at me. Abang nak explain ni."

"Jangan dekat dengan saya. Saya benci awak."

"Masa tu abang jumpa client dekat restaurant waktu malam then macam biasalah makan - makan."

Adlin hanya membatu dengan muka masih berada dibantal.

Nurzul membaringkan Adlin dari terus meniarap.

"Awak tak lemas ke sayang?"

Tiada reaksi daripada Adlin menyebabkan Nurzul mendail nombor seseorang.

"Hello assalamualaikum Saif. Kau tolong aku boleh tak? Tolong explain apa minah tak guna tu buat kat aku waktu kat cafe. Wife aku marah ni."

Kuat Adlin mencubit tangan milik Nurzul yang kini berada di atas perutnya.

Mendesis Nurzul menahan sakit.
"Sayang auuu jangan cubit."

Saif diseberang talian hanya tersenyum mendengar desihan Nurzul. Bukan dia tak tahu Nurzul memang tak suka dicubit. Sakit katanya even sebenarnya dia tak rasa apa - apa.

"Ermm. Kau nak suruh aku story yang mana?"

"Semualah."

"Assalamulikum Adlin."
Lembut suara Saif memberi salam kepada Adlin.

"Waalaikumsalam."
Perlahan Adlin menjawab. Kalau bukan hukum menjawab salam itu wajib sudah lama Adlin mendiamkan diri.

Nurzul mengetap bibir menahan geram mendengar suara lembut Saif.
'Cakap dengan aku kasar cakap dengan Adlin bukan main lembut. Saja nak buat aku panas dia ni.'

Satu persatu Saif menceritakan perkara yang berlaku sewaktu mereka di cafe.

"Awak janganlah marah dia ya? Dah sweetie bye saya nak tidur. Take care okay. Kirim salam kat naga jantan tu. Assalamualaikum."

"Waalikumsalam."

"Woi yang kau panggil bini aki sweetie pahal?!"

Terus talian putus dari sebelah sana.
Merah wajah Nurzul menahan geram dengan perangai Saif.

Terasa dadanya diusap perlahan bagaikan mahu menenangkan dirinya Nurzul terus memandang ke arah Adlin.

"Sayang."

Mata yang kembali bergenang dengan air mata itu diusap.

"Saya minta maaf sebab marah awak."

"Shhh. Tidur tadi kata nak tidur."

"Saya minta maaf. Sorry."

"Ye abang maafkan. Dah tidur."

"Sorry."

"Abang sayang sayang. Sayang sangat - sangat. Abang yang patut minta maaf sebab pernah sakitkan hati dan fizikal sayang. Abang minta maaf pernah paksa sayang gugurkan anak kita dan tak mengaku yang bayi tu anak abang. Abang minta maaf pernah gugurkan anak kita. Abang minta maaf."

Satu nafas dihembus perlahan. Air mata gugur membasahi pipi. Air mata keinsafan atas kekhilafan yang lepas. Air mata seorang pendosa yang ingin bertaubat. Tubuh kecil didepannya dipeluk erat.

"Maafkan abang. Sayang marahlah abang bencilah abang asalkan jangan satu perkara. Jangan pernah minta abang lepaskan sayang. Cukup abang hilang sayang almost 4 years. Abang minta maaf."

"Memang saya benci awak. Memang saya marah awak. Awak buat saya sakit. Awak buat saya derita. Tapi awak buat saya kenal erti cinta."

Pelukkan erat si suami dibalas. Diusap belakang si suami bagi melegakan tangisan si suami.

"I love you husband."

ku tahu Yang kau mampuWhere stories live. Discover now