bab 10

99 3 0
                                    

"Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami sehingga akhir. Semoga kita bersua lagi dan lebih banyak projek yang boleh kita ganding bersama."

"Terima kasih juga maaf atas segala kekurangan yang syarikat kami lakukan sepanjang kerjasama kita."

"Hahahaha benda biasa tu Encik Nurzul. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

"Ye dato' . Waalaikumsalam."

Tangan dijabat bersama senyuman ikhlas.

'Yes boleh balik dah. Rindu kat bini wo.'

"Baby!! I miss you."

Terkebelakang sedikit tubuh Nurzul saat satu bebanan terjah ke arah tubuhnya.

"Lepaskan akulah."

"Baby I miss you. Did you miss me? I know you do."

"Aku rindu bini aku jelah. Dah sana aku nak balik."

Langkah terus diangkat keluar dari cafe tersebut.

"Hello Saif aku tunggu dekat kereta nanti kau datang."

"Orait bro."

Panggilan terus dimatikan.
Laju tangannya mendail nombor telefon Adlin.

"Hello..."

"Sayang. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Kenapa baru call? Kenapa tak call esok terus je. Tak pun tak yah call. Ada phone tapi tak reti nak call orang."

"Sayang. Jangan marah."

"Dah saya nak tidur bye."

Tuttt...tuttt
Panggilan dimatikan dari hujung sana.

***********************

"Hisyh tak reti nak call semula ke? Dia tak tahu ke aku rindu? Eee geramnya aku. Lambat betullah!!"

Golekkan kembali disambung.
Bantal milik Nurzul dipeluk erat dan dicium lama.

Sejak Nurzul outstation Adlin menetap di bilik Nurzul. Apakan daya dah sayang tapi tak mahu luah.

Nombor telefon Nurzul di dail.

"Hello."

"Sayang."

Adlin diam tidak menyahut.

"Sayang sorry. Answer me please."

"Hurm."

"Sayang i love you."

Tanpa sedar Adlin senyum sendiri.

"Hurm."

"Sayang i miss you."

Makin lebar senyuman pada wajah Adlin.

"Sayang i love you i miss you."

Lantas Adlin menekup wajahnya ke bantal dan menjerit suka sambil bergolek dari hujung ke hujung katil.

"Sayang are you there?"

Terus perlakuannya terhenti.
Satu deheman dilepaskan bagi membetulkan semula suaranya.

"Ada ni."

"Sayang buat apa?"

"Baring - baring je."

"Kerja office dah siap?"

"Dah."

"Nak tidur dah ke tu?"

"Hurmm."

"Dah pergi tidur abang teman."

'Eisyh aku bukan nk suruh dia teman aku tidur.'

"Sayang abang off kejap ye. Bye."

Tutt..tuttt

"Woi eisyh orang rindu dia. Dia pergi letak. Konon rindulah apa lah tapi dia yang letak ben.."

Bebelan Adlin terhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.

Tanpa melihat nama pemanggil terus di swipe.

"Hello..eh sayang kenapa gelap?"

"Apa yang gelapnya?"

"Awak tu abang tak nampak muka."

"Ha muka?"

"Sayang abang nak tengok muka sayang. Janganlah tutup camera   tu."

Perlahan telefon dijauhkan dari telinga. Membahang wajah Adlin saat terlihat wajah Nurzul di telefonnya yang sedang tersenyum.

"Sayang. Hehehehe rindu."

Adlin hanya memerhati screen telefonnya tanpa berkata.

"Sayang tidurlah abang teman."

"Awak tidurlah sekali."

"Abang rindu nak tengok muka sayang. Sayang tidur ya?"

"Hmmm."

"Dah tutup mata."

Tidak lama kemudian Adlin belayar di alam mimpi.

**************************

Ya Allah kau permudahkanlah urusanku disini.

Wajah lena milik Adlin ditatap.
Satu senyuman terbit dibibir.

'Tak rindu tapi tidur bilik aku. Adlin...Adlin.'

Notification whatapps menganggu pemandangan Nurzul.

'Hisyh siapa yang spam aku ni?'

"Tak guna."

Videocall terus dimatikan.
Nombor seseorang didail.

"Kau kenapa ha?!"
Amarah terus dilontarkan saat talian disambut dari orang seberang.

"Hahahhahaha tak de apa - apa."

"Kau delete gambar tulah perempuan."

"Hahhahaha i dah tersend kat wife you lah. Macam mana ye?"

"Kau! Tak guna."

Talian terus dimatikan.
Pelipis diurut perlahan. Mata dipejam dan mulut terkumat kamit beristighfar meredakan marahnya.

Nombor PAnya merangkap kawan baik di dail.

"Hello bro esok aku balik. Aku nak kau settle kat sini. Perempuan tak guna tu main taik dengan aku."

"........"

"Sorry bro susahkan. Nanti aku story. Bye assalamualaikum."

Talian terus dimatikan dan nafas dihela perlahan.
Baju dan barang yang dibawa terus dimasukkan ke dalam beg supaya esok senang perjalanannya.

Kalau boleh mahu sahaja Nurzul balik kerumah sekarang tetapi melihat jam yang sudah menunjukkan jam 2 pagi niatnya terbantut tambahan pula diri sendiri memerlukan rehat.

****************************

"Aik stranger mana ws aku ni?"

Terus ditekan ws yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu.

Berubah wajah Adlin saat melihat gambar Nurzul sedang berpeluk sakan dengan seorang perempuan. Ya dia sangat kenal dengan perempuan tersebut. Perempuan yang dahulunya menjadi buah hati si suami dan juga kini.

Perlahan air mata mengalir.

"Adlin jangan sedihlah. Macam tak biasa kau kena macam ni. Bende kecik je."

Air mata diseka dan senyuman ditarik.

"Dear self pretend like nothing happend. You can do it."



ku tahu Yang kau mampuWhere stories live. Discover now