01_LaRi

32 8 32
                                    

Dikala kamu hidup gembira,
Aku di sini tak tentu arah,
Mencari pesalah pembunuh segala,
Agar hidupku tidak tercela.

______________________

Langkahku semakin lemah akibat berlari yang maha laju. Larianku bukan bersahaja. Hal ini kerana, aku ingin menyelamatkan diri dari menjadi mangsa buruan 'paku di baju'...

Kedengaran bunyi siren polis bergema membelah suasana kelam di bandar Daltika. Tak terdaya rasanya diriku untuk bergerak. Nafasku sahaja sudah tidak teratur.

Tapi aku kena kuatkan semangat untuk teruskan hidup!

Aku lari tidak bermaksud aku salah. Bukan! Aku terpaksa meloloskan diri dari balai polis semata-mata ingin mencari si pembunuh sebenar tatkala segala keteranganku tadi tidak menyebelahiku.

Kini, aku adalah suspek!

Malam tanpa bintang, seperti aku juga tanpa hala tuju. Ingin pulang ke rumah, khuatir sahaja keluargaku turut terbabit sama jadi aku cuma berlari mengikut gerak kaki.

Di mana ada jalan, di situlah kaki kugerakkan!

Sedar akan kudrat dan statusku tika ini. Pasti sahaja gambarku akan terpampang di mana-mana celah. Harus ke mana lagi aku bersembunyi?

Inilah padahnya jika suka jalan sorang-sorang. Perkara yang dia lihat tadi itu rupanya menjadi sebahagian dari mimpi ngerinya.

IMBAS KEMBALI SEJAM YANG LALU

"Mak, abang nak kekuar kejap ni. Mak nak pesan apa-apa tak?" Tanyaku sebaik menuju ke rak kasut. Cadangku malam ini ingin menjamah sup daging di Restoran Singgah Selalu.

Wanita tua yang sibuk melipat kain itu menggeleng beberapa kali sebelum bersuara.. "Tak ada apa yang mak nak kirim. Hah! Kamu pula Dzham, jangan lewat sangat baliknya. Dah pukul sepuluh lebih ni..."

Sang anak cuma tersenyum.

"Alah! Mak ni, jangan risaulah. Abang tahu jaga diri. Abang inikan lelaki. Ehe, lagi pun abang cuma pergi sekejap saja..."

Setelah berbicara sedemikian, aku pantas sahaja berlalu. Si ibu tiba-tiba merasakan sesuatu. Kain bajunya dibiarkan seketika lalu tangan mengurut dada. 'Kenapa pula aku rasa tak sedap hati ni? Ya Allah! Kau lindungilah satu-satunya anak lelaki aku itu...'

Tubuhya segera bangun dari duduk lalu menuju ke tingkap rumah. Kawasan jalan ditenung lama. Firasatnya kuat mengatakan bahawa akan ada sesuatu yang tidak enak didengar akan berlaku. Tetapi, apakah ia?

...............

Restoran tersebut semakin Dzham hampiri dengan seyuman yang lebar. Tiba-tiba, badannya dilanggar oleh seseorang dan yang pastinya itu ialah lelaki. Dzham berang tapi sebaik dia hendak berbicara, lelaki itu hilang entah ke mana.

"Aaarrrrggghhh!!To..tolong..a..aku.."

Samar-samar suara itu kedengaran di cuping telinganya . Pada mulanya Dzham buat tidak endah tapi entah macam mana, semakin kuat pula erangan tersebut. Mahu tidak mahu, dia melangkah ke tempat seseorang yang terbaring di sebuah lorong.

Mataku segera membulat kerana tidak menyangka dengan apa yang dia lihat. Tubuh lelaki yang tidak ku kenali itu bermandikan darah. Wajahnya sedikit 'pecah' dan perutnya mengeluarkan isi.

Terkaku Dzham seketika serta lututnya juga longgar. Manakan tidak, jika dia tidak pernah melihat darah yang banyak sebegini..

Kelihatan tangan lelaki itu diangkat seketika seakan ingin mencapai sesuatu sebelum berkata.. "Tol..tolong.a..aku..Dia pembu..pembunuh..Tolo..tolong aku.."

DZH4M aND W4R: PL34SE SuPPoRT M3[✔]Where stories live. Discover now