09_'TeMaN' SeRuMaH

8 4 1
                                    

Jangan kata dirimu seorang,
Tanpa kau sedar adanya 'teman',
Tak terbayang wajahnya sedemikian,
Takutkan Allah bukannya syaitan!

Terang bulan di malam ini,
Menemani ruang yang sunyi sepi,
Ada yang hidup ada yang mati,
Kepada Ilahi berserah diri..

××××××××××××××××××

Aku terjaga dari tidur yang lena. Sebenarnya, pukul sembilan lebih tadi aku terlelap dek kerana hambatan penat belajar. Aku menyelak selimut ke tepi sebelum duduk merenung setiap inci bilik di birai katil. Masa pada telefon bimbit, ku lirik sekilas. Pukul 11.56.

Terasa seperti ada tiupan angin yang menyapa belakang tubuhku. Segera aku berpaling dan lebih menakutkan apabila bisikkan halus mengenai deria pendengaran. "Ibu??" Panggilku perlahan untuk memastikan aku berseorangan atau tidak dan malangnya, tiada sahutan.

Aku tepuk dahi pantas kerana aku baru teringat bahawa aku ini seorang yatim piatu. Ahh! Waktu-waktu macam ni lah aku terfikir akan kesunyian dan seram sejuk. Bulu romaku meremang tidak tentu pasal. Lebih-lebih lagi suasana suram dan kelam bilik tidur itu membuatkan benakku melayang fikirkan yang bukan-bukan.

Ahh! Persetankan itu semua..

Ku meraba dada dinding untuk menekan suis. TIK! TAK! TIK! TAK!
Namun hampa, waktu-waktu genting begini juga tiada elektrik. Kunyalakan lampu suluh dari telefon bimbitku sambil menapak keluar.

Sekilas aku berjalan menuju ke tangga, kedengaran sesuatu bergerak di atas siling. Laju sahaja ku sua cahaya pada tempat tersebut tapi sekaligus bunyi seperti tadi tidak ku dengari. Aku menjongketkan bahu dan memujuk hati.

'Ahh! Mungkin kucing...kot..'

Aku menyambung langkah menuju ke ruang tamu dan lampu suluhku tertangkap satu kelibat berwarna putih cuma beberapa saat mengakibatkan aku terduduk di lantai jubin. Terkejut punya pasal, nasib baik benda alah itu ku pegang erat. Peluh dah menitik laju membasahi tubuh. Air liur diteguk kasar.

'Ap..apa tadi tu?' Soalku sendiri. Perlahan aku merangkak tapi aku dikejutkan dengan wajah buruk yang teramat serta rambutnya serabai.

"Arrgh!!" Terjerit aku seketika. Dah lah bau busuk menebar ke serata rumah.

Misiku, hendak mencari pintu utama sebelum aku keluar tapi sepertinya kakiku dijalari sesuatu lantasku berpaling. Terhidang kini susuk wanita yang berlumuran darah serta pakaian putihnya koyak rabak. Kukunya sahaja tajam dan aku nak bergerak pun tidak boleh.

"Argh! Tolong! Tolong aku...errrrrrr!"

Aku berusaha melepaskan diri dari cengkaman makhluk halus itu. Batinku betul-betul terseksa. Mentalku menjadi lumpuh pula. Apatah lagi, kakiku di jilatnya rakus menggunakan lidah yang panjang serta bercabang.

'Aduh! Apa aku nak buat ni...?'

Langsung sahaja aku tendang kelibat itu lalu membuka langkah seribu. Namun, aku tidak menuju ke pintu utama. Kakiku membelok ke arah stor di bawah tangga serta merta ku memboloskan diri ke dalamnya lantas mengunci pintu loteng tersebut.

DERGH! DERGH! DERGH!

TOK! TOK! TOK!

KRRRRREEEEKKKK!

Tubuhku terundur ke belakang sebelum aku duduk memeluk lutut. Aku menangis sekuat hati kerana takut yang teramat. Beberapa minit kemudian, bunyi di luar bilik sudah tidak kedengaran lagi.

"Mak, abang takut sendiri. Rumah ni ada hantu.." Automatik mulutku berbicara meluah rasa sedangkan aku tahu bahawa cuma aku seorang sahaja di situ. Aku tidak tahan dengan semua ini. Aku ingin keluar!

DZH4M aND W4R: PL34SE SuPPoRT M3[✔]Where stories live. Discover now