06_KoMa TRauMa

8 4 0
                                    

Apabila ada suatu cahaya yang menyapa wajahnya, dia perlahan celikkan mata. Samar-samar kelihatan akan ruangan itu. Dahlah dia sedikit pening. Apa dah jadi sebelum ini pun tak pastilah. Dia tak ingat. Tapi yang jelas tika itu,vtangan dan kakinya diikat di setiap penjuru katil. Matanya segera terbeliak.

"Aaarrrggghhhh!!! Tolong!!!"

Jerit Haura sambil berusaha meleraikan tali yang melilit pergelangan tangan dan kakinya.

Kkkrreeekkk!

Kuakkan pintu menarik mata dan telinganya untuk berpaling. Sekali lagi bola matanya membesar tatkala seorang lelaki merapatinya sambil tersenyum.. "Awak dah bangun??"

Sinis...

"Lepaskan akulah, Nazmin. Apa yang kau nak buat dengan aku? Kenapa kau buat aku macam ni?Aku ni best friend kau!Sampai hati.. "Wajah Haura semakin mendung saat si empunya diri dikenalinya. Nazmin merupakan teman baiknya dan juga seorang tutor. Haura banyak belajar dengan lelaki itu tentang pelbagai subjek. Tapi apa yang telah berlaku tika ini?

Lelaki itu melabuhkan punggungnya di birai katil sambil cuba membelai rambut gadis yang menjadi intaiannya sejak 2 tahun yang lalu. Haura mengelak sedaya yang mungkin dan dia juga perasan akan auratnya telah terdedah.

Ahh! Ini gila! Memang gila!

"Nazmin, please! Lepaskan aku. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Aku dah nak kahwinlah. Nanti tunang aku cari. Tolonglah Nazmin, aku merayu pada kau.."

Air mata kini menjadi penemannya. Tidak sanggup diperlakukan seperti perempuan murahan oleh teman baiknya sendiri. Dia yakin dahulu, lelaki ini amatlah menjaga batas dan baik budi pekerti. Namun, pagi ini lelaki itu seperti seorang psiko pula.

Sahabatnya itu cuma tersenyum.

"Kenapa awak nak saya lepaskan gadis yang telah lama saya idamkan ini? Saya tak berniat nak sakiti awak, Haura tapi awak dah melampau! Awak dah curi baca diari tentang segala perasaan saya pada awak. Jadi awak kenalah terima apa yang awak dah lakukan. Em, pasal tunang awak si Dzham tu.Lupakan dia dan awak kahwin dengan saya. Amacam? Setuju tak, Haura?"

Ketakutan membelenggu jiwa anak gadis itu. Mengapa perlu dia lalui ini semua? Sesal bertandang tatkala kenyataan sahabatnya itu menerjah fikiran. Ya! Memang benar apa yang diperkatakannya. Dia telah mencuri baca diari lelaki itu dan mengetahui segala-galanya. Dia menyangka, Nazmin tidak mengetahuinya tapi ternyata, semuanya telah terlambat. Bahananya, dia yang tanggung. Janganlah dia perlakukan sesuka hati oleh anak muda seorang ini. Doa Haura dalam hati.

.................

Pada waktu yang sama di dimensi yang berlainan.

"Bagaimana keadaan tunang saya, doktor? Bila dia boleh sedar?" Dzham menyoal setiap hari tentang gadis itu sejak kejadian yang menimpa mereka berdua. Namun malang sekali tunangnya, Haura telah koma dan kini sedang dirawat di hospital Mega Jaya. Dzham tidak peduli akan cederanya asalkan buah hatinya itu selamat.

Lelaki berkot putih itu cuma menggeleng setelah memeriksa keadaan si pesakit.

"Seperti keadaannya 3 hari yang lalu, semuanya masih sama dan tiada tanda-tanda dia akan sedar. Tapi saya sarankan agar selalu doakan yang terbaik untuknya sebab tika ini dia sedang bertarung dengan sesuatu. Kepakaran saya terhad jadi saya tidak pasti itu apa. Maafkan saya.."

Tunang mana yang sanggup melihat bakal pasangan hidupnya merana sedemikian rupa? Begitu juga dengan Dzham. Dirapatinya katil tersebut lalu membaca ayat Kursi sebagai usahanya. Hampir mengalir air matanya saat melihat respon sang gadis itu.

...........

"Aaarrggghhh!!!! Ap..apa semua ni?Kenapa panas sangat aku rasa ni???" Nazmin menjadi tidak keruan tatkala sesuatu didengarinya bergema dalam ruangan itu. Kedua telinganya ditutup pantas dan Haura juga terkejut akan perilaku sahabatnya itu. Dia tidak mampu berbuat apa, cuma melihat apa yang terjadi. Tidak lama kemudian, Nazmin keluar dari bilik tersebut. Sedikit lega hati Haura namun dia masih berfikir akan caranya dia melepaskan diri. Terbayang wajah sang tunang yang sangat prihatin padanya.

DZH4M aND W4R: PL34SE SuPPoRT M3[✔]Where stories live. Discover now