05_PaNCaR KeSuMa

8 4 0
                                    

"Aku dah tak tahan tengok walk aku kat FB semak pasal 1MDBlah, kapal mewahlah, duit berjutalah. Aish!Pening aku sekarang ni. Tak habis-habis pun kes tu..."

Syaili bising depan televisyen.

Diva di dalam bilik bersiap-siap ingin keluar ke kedai.

"Kata negara demokrasi. Bebas bersuara tapi kenapa ramai yang komen di dunia maya kena kecam? Siap ada juga yang ditangkap. Esh! Esh! Esh!"

Maira membelek telefon pintarnya sambil membebel.

Diva mula menapak ke arah rakan serumahnya yang tiga orang itu.

"Aku tak peduli! Aku nak dekat kampus kita tu kena juga dibina kolam renang!Muktamad!"

Dah kenapa pula Aira tiba-tiba sebut pasal benda tu semua?

Tak! Sebenarnya apa yang dah berlaku dalam rumah itu? Bila anak-anak gadis serumah, inilah jadinya. Entah apa yang dibangkang mereka ini pun tidak pastilah.

"Kolam, kolam! Asyik kolam renang sajalah yang kau bising dari hari itu kan?Sudah-sudahlah tu,Aira. Terimalah kenyataan yang presiden tolak cadangan kau mentah-mentah. Kita bukan dekat US lah, mak cik oi!Jadi apa manfaatnya kolam renang tu dibuat?"

Syaili dah mula nak berdebat. Diva dan Maira cuma melihat apa yang akan jadi pada kedua wanita itu.

"Alah! Kan sini panas, wei! Jadi, aku rasa wajarlah kalau kolam tu ada dalam kampus. Boleh juga kita beriadah waktu cuti dan tiada kelas.."

Aira angkat kening. Tak puas hati bila mana cadangan pemikirannya diperlekehkan.

Diva sudah duduk di sofa berdekatan Maira.

"Kau ni mengada juga kan? Kau dah berapa lama tinggal dekat Himalaysia ni? Baru panas sikit, dah banyak songeh.Blahlah kau!"

Syaili memberi nasihat berbaur sindiran.

"Kau pun sama jugalah, Sya. Dah lama duduk kat negara ni pun tapi tetap juga kau nak agungkan negara barat yang lain. Sedangkan masalah negara, kau tak tahu hujung pangkal cerita.."

Maira tiba-tiba mencelah apabila sejak tadi memasang telinga.

Diva menggulingkan bebola mata sebelum bersuara "Wei! Korang, aku keluar dulu tau. Okey, bye!"

Seperti tadi juga, kewujuddannya tidak dipedulikan. Kata-katanya umpama angin sahaja.

"Amboi! Engkau, Mai. Bukan main lagi nak kata aku. Kau pun dua kali lima jugalah. Ceh! Cakap orang saja lebih.." Syaili kembali berhujah.

Diva sudah membuka pintu utama rumah sewa itu dan matanya tertancap pada sebuah kotak yang bersaiz kertas A4 di hadapannya. Dia mengambil lantas membukanya.Di dalam bekas tersebut terisi sebuah kotak kecil lagi sebesar tapak tangan dan memeriksanya. Kelihatan di situ sebuah batu hijau yang berkilat.

"Cantiknya, batu apa ni?"

Soalnya perlahan sebelum sehelai kertas di dalam kotak itu dibacanya..

Banglo Hijau,
No.92 Jalan Hijau Alam,
P/s 260592,
Selangkah Kaki,
Himalaysia.

Ahh! Sudah! Siap beralamat bagai. Tapi tidak salah rumah ke si penghantar barang ini? Kenapa tersesat dekat situ pula? Pelbagai persoalan terlintas di mindanya. Akhirnya, gadis itu membawa masuk benda alah tersebut lantas terpacak di depan rakan-rakan yang lain.

Suasana tadi yang bising, kini semakin bingit di telinga Diva.

"Wei, korang! Ada sesiapa tak yang beli barang-barang online? Ada barang sampai ni."

DZH4M aND W4R: PL34SE SuPPoRT M3[✔]Where stories live. Discover now