08_DZHaM&PeNGGeMBaRaaNNYa

6 4 0
                                    

Buah jambu masak sepohon,
Dipetik oleh seorang gadis,
Dimensi lain ku dipertonton,
Dikenali sebagai dunia magis.

×××××××

AKU keluar rumah dengan rasa sebal yang menggunung. Manakan tidak jika permainan video milikku telah dirembat oleh sang adik. Hailah! Sabar sajalah wahai hati. Tanpa sedar langkah kaki kuhayun sehingga ke taman permainan. Sedang aku merapati buaian besi itu, mataku menangkap satu objek di tepi pokok berdekatan buaian tadi. Kulihat akan ukiran yang cantik menghiasi sebuah jam analog yang berukuran sebesar tin biskut Jacobs lalu aku menyentuhnya.

Serta merta sahaja aku masuk ke dimensi lain. Sekeliling tempat itu aku perhatikan serba kekuningan.

'Takkanlah aku dah mati, kot?' soalku sendiri. Telingaku menangkap bunyi sorakkan dan alat muzik yang bertalu-talu. Tubuhku bangun dan menapak ke bawah bukit dan kelihatan ramai manusia yang berpakaian pelik sedang memenuhi sebuah ruang seperti stadium. Aku mendekatinya lagi maka terdengarlah akan sesuatu.

"Dari Negeri Matahari yang santun,
Silakan Puteri Tania menjual pantun."

Seorang wanita anggun lagi jelita mula berdiri dan terus terang aku kata, mulutku ternganga dek penangan keindahan si empunya gerangan. Gadis itu tersenyum dan menundukkan sedikit tubuhnya tanda penghormatan sebelum bersuara. Keadaan senyap menanti debar.

"Adinda tidak secantik mana,
Cuma si gadis yang naif belaka,
Jika tuan bijak laksana,
Apakah binatang yang tidak berusia?"

Ahh! Sudah! Dengan aku-aku sekali yang berkerut dahi. Apakah ini? Aku memicit dahiku seketika. Tanpa sedar tubuhku tidak seimbang lalu jatuh tergolek mengalahkan nangka busuk yang tak jadi dicuri. Perkara itu mengakibatkan seluruh warga di dunia itu huru hara dan kelam kabut.

"Kala malam bulan terang,
Semua, kita diserang!"

Adeh! Tengah panik pun masih nak berpantun bagai. Aku yang sakit tulang belakang, tiada yang peduli. Masing-masing menyelamatkan diri dari 'perang' yang aku wujudkan itu.

Sadis!

Aku cuba bangun perlahan tapi pergerakkanku terbantut tatkala seseorang telah terpacak macam pokok padi di hadapanku. Mataku tidak boleh nak cover dia punya terbeliak.

'Aku tahulah orang itu si cantik manis yang tadi, janganlah nak malukan aku duhai mata, oi! Macamlah aku tak pernah nampak perempuan pula sebelum ni. Aish!'

"Tuan hamba tidak apa-apa?,
Selamatkan diri dengan segeranya."

Tak! Apsal semuanya nak berpantun ni? Aku dekat mana sekarang ni? Dekat Negara Pantun ke? Asyik nak berpantun je. Tak penat ke??

"Hamba tidak apa-apa,
Terima kasih sudi bertanya."

Aku teragak-agak untuk menjawab. Mana tahu pantun tak kena, ke? Buat malu saja jadi juara pantun 2009 di sekolah.

Gadis itu tersenyum seketika sebelum bersuara,
"Siapakah dikau duhai jejaka?,
Perkenalkan beta Puteri Tania."

Aku rasa nak gelak dah waktu ni. Aku terhibur sangat tapi aku beriak biasa.

"Cuma panggil Dzham sahaja,
Hamba sesat tidak tahu di mana,
Sudikah tuan puteri jelaskannya,
Ini tempat bernama apa?"

Tengok! Aku bagi pantun empat kerat lagi. Haih! Macam manalah diorang boleh tahan dengan dialog berpantun ni setiap masa? Tak ke pelik tu?

"Negara Pantun nama diberi,
Tempat di mana seteru menjadi,
Untuk menjaga Inderapuri,
Berpantun memang budaya kami."

Jawab Puteri Tania lagi.

DZH4M aND W4R: PL34SE SuPPoRT M3[✔]Where stories live. Discover now