07_TeRaKHir NaFaSKu

6 4 0
                                    

Kedengaran ratapan di sekelilingku. Aku menoleh ke arah kelompok manusia itu. Aku amat terkejut kerana kesemua mereka itu adalah ahli keluargaku dan ku lihat mereka bermuram durja. Aku terfikir mengapa sehingga begitu sekali mereka menangis? Aku mendekati sekujur tubuh yang diselimuti kain yang berwarna putih itu dan sekali lagi aku terperanjat. Lututku longgar dan akhirnya aku terduduk sambil mataku kaku menatap empunya badan yang sedang terbaring pucat itu.

Aku tidak percaya! Bahawa itu ialah aku! Apa dah jadi saat ini pun aku tak berapa pasti. Kelihatan kakakku bersuara perlahan di cuping telingaku namun aku semakin menjauhi kelompok tersebut tapi sayup-sayup aku terdengar akan kalimah syahadah. Apa maksud semua ini? Celaru aku tika ini dan dengan sepantas angin, aku berlalu pergi akibat tidak dapat menerima kenyataan sedemikian.

Terkenang akan dia yang ku sayangi lantas kaki ku bawa ke arah tempat tersebut. Mataku mencari sasaran dan ya! Aku ketemu juga dia akhirnya. Ku lihat dia muram sahaja jadi aku beranikan diri untuk menyapanya, berharap makhluk tuhan yang satu ini menyedari kedatanganku.

"Hai,dik..." Tapak tanganku lambai-lambai di hadapannya sebelum perlahan senyumannya terukir.

"Abang Dzham!!" Galak suaranya itu mengakibatkan semua mata memerhatinya termasuklah seorang wanita tua yang bernama ibu.

"Afiq. Afiq sebut apa tadi, sayang? Ibu dengar Afiq sebut nama abang Dzham. Betul ke?" Soalan dari ibu itu mengakibatkan orang ramai dalam rumah itu berpaling padanya. Aku juga turut terbeliak. Apa maksudnya?

Budak lelaki itu tersenyum lagi sambil berkata.. "Ibu, Abang Dzham datang ni. Ibu tak nampak ke? Dia ada dengan kita sekarang ini.."

Semua yang lain berpandangan sesama mereka sebelum menggeleng perlahan.

"Afiq..Afiq tahukan yang saat ini,abang Dzham sedang berpantang maut? Jadi kenapa pula abang Dzham ada dekat sini? Em, dahlah. Afiq mesti penatkan?Pergilah rehat. Esok kita lawat abang Dzham di rumah dia ya?"

Kata-kata dari ibu itu membuatkan aku terkaku sudahnya. Bermakna, saat ini tubuh aku berperang dengan maut sebelum ajal menjemput. Perlahan aku meraup muka dan benakku membayangkan wajah seorang gadis yang sangat comel. Aku ingin sekali membahagiakannya namun dengan keadaanku sepeeti ini, apalah yang mampu aku buat?

Afiq yang ditinggalkan di ruangan itu, aku perhati dan dia juga melihatku seakan ketakutan.

"Ab..abang dah nak mati ke? Kenapa Afiq saja yang boleh nampak abang?Betul ke abang Dzham ini abang Afiq?" Budak lelaki yang berumur 12 tahun itu bertanya langsung tanpa berkias yang membuatkan aku tersengih seketika. Aku binggung ingin berkata bagaimana. Aku duduk di sebelahnya seperti biasa aku lakukan dahulu sewaktu aku melawat Rumah Anak Yatim Kasih itu. Kononlah nak berlagak biasa namun, aku tidak boleh hendak tipu perasaanku saat ini yang bercampur baur.

"Afiq, cuba tengok matahari tu. Siang ia muncul dan rela membakar diri demi manusia sejagat. Lepas tu malam pula bintang dan bulan yang akan menggantikannya. Begitu juga dengan kita manusia ini, sampai masanya kita akan pergi. Harap Afiq tak takut dengan abang. Abang tak berniat hendak mainkan Afiq tapi abang rindu dekat Afiq, ibu dan rakan-rakan yang lain. Mungkin abang tahu yang lepas ni, abang takkan dapat bersama kalian lagi.."

Masing-masing memerhati keluar tingkap. Afiq yang masih bersedih itu perlahan mengangguk faham. Segala kenangan menerjah fikiran.

"Afiq pun rindu dekat abang. Afiq tak ada kawan yang boleh diajak berborak.Afiq sunyilah, bang. Kalau abang adakan bagus. Abang banyak ajar Afiq pasal macam-macam.."

Tangisan budak kecil itu bergema lagi dan Dzham cuma membiarkannya.

"Afiq, kalau abang dah tak ada nanti tolong jaga solat. Hormat orang tua dan buat baik selalu. Em, kalau Afiq ada waktu terluang, sedekahkan ayat al Quran untuk abang. Mungkin dah tiba masanya, abang bertemu dengan Pencipta kita. Lagi pun,abang rindu nak jumpa mak bapa abang.."

DZH4M aND W4R: PL34SE SuPPoRT M3[✔]Where stories live. Discover now