office
El tak habis habis memikirkan hal yg diceritakan julia tadi.
" bende yang sama dengan apa yang berlaku dekat aku. " kata El.
" haih.. masalah betul. Hal Zaurief tak selesai lagi. "
" macam mane ek? "
Saat dia memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah Zaurief, dia teringat ibu dan ayah Zaurief.
" ha! Baik aku pergi jumpa diorang. "
🍔
Ting tong
El menekan loceng kali yang kedua. Dan seseorang keluar dari pintu rumah.
" eh, kak El? Cari siapa? " tanya gadis molek itu.
" ainur, kak El nak jumpa kak fiena boleh? Dia ade tak? " tanya El.
" ade. Jap eh. " lalu ainur memanggil fiena.
Beberapa saat kemudian, fiena keluar dengan tuala di kepala menggantikan tudung.
" ha, ade ape nk jumpa aku? " tanya Fiena.
" aku nk tahu alamat rumah makcik dengan pakcik kau la. Yang mase majlis kau kawin tu. "
" ha? Makcik ngan pakcik aku? Bile mase korang berjumpa? " fiena memandang El pelik.
" weih, bagi aku masuk dulu. Panas la pula."
Lalu fiena membuka pintu untuk El.
" duduk la. " arah fiena.
El duduk.
" weih Cikal mane? Adik kau je ade. " tanya El sedikit kuat sebab fiena berada di dapur.
" suami aku tu, suka melepak ngan kawan kawan dia, kadang kadang aku ni selalu dipulaunya. Sian tau " balas fiena sambil mengacau air di dalam teko.
Cikal adalah nama panggilan untuk suami fiena. Nama sebenar dia Haizrul Faweem. Nampak tak? Nama sedap sedap, Cikal juga menjadi pilihan hati. Diorang sebaya 25 tahun.
" biasa lah. Mungkin bagi dia kau tak penting. Hahaha "
" oi, lek lek cakap tu. Kalau aku kecik hati, aku masukkan racun dalam air ni. " kata fiena dengan riak muka seposen.
" haha, sorry ler. Tak yah terasa. "
Selesai, fiena menghidangkan air di atas meja berserta biskut lexus perisa sayor.
" arh, sambung yg pasal makcik dengan pakcik aku tu. Mane kau jumpa diorang? " tanya fiena.
" haritu lah. Kan kau yg kenalkan diorang dekat aku. Lupa ke. " kata El sambil mengasingkan sayor dari biskut.
" emm, ade ke? "
" ade la. Yang kau kata anak dia dah meninggal 2 tahun tu. "
" Aik? Bila ni? "
" mase majlis perkahwinan kau la. "
" oih, kau ni biar betul? Makcik ngan pakcik aku tu dah meninggal tahun lepas. "
" tipulah. Kitorang makan satu meja masatu. "
" betul lah El, diorang dah meninggal. "
" abis yg haritu...? "
🍔
El memandu dengan kelajuan 40/jam. Dia runsing memikirkan pakcik dan Makcik fiena yg dah meninggal dunia.
Sampai di pustakaan dia terus pergi ke tempat biasa.
" eh, El? " Zaurief terkejut melihat El yg seperti kemurungan.
Tanpa memandang Zaurief, El terus duduk di kerusi.
" oit, kenapa ni? " lalu Zaurief duduk dikerusi berseblahan El.
" pening sikit. " jawab El sebelum membaringkan kepalanya di atas meja.
" ouh. Emm, kau nk tahu tak? "
" pe? "
" aku dapat maklumat baru tentang sumpahan aku. "
" ape dia? " El menegakkan badannya semula.
" lepas aku baca buku sumpahan muka surat 103, dia tulis orang yg sudah disumpah tak kan boleh nampak orang yang dah mati. "
" ouh. "
" patutlah aku tak pernah nampak hantu sepanjang aku terperangkap kat sini. " kata Zaurief dengan muka lega.
Mungkin dia seorang yg penakut.
" baguslah. " jawab El lemah.
" haih, siannya kau. Kenapa datang sini kalau tak larat? "
" saya nk bincang tentang mak dengan ayah awak yg- .. " belum sempat El menghabiskan kata kata nya, dia teringat sesuatu.
" kenapa? "
" apa awak kata tadi? " tanya El
" kenapa? "
" bukan yg tu, yg pasal buku sumpahan tu "
" ouh. Aku tak boleh nampak orang yg dah mati. "
El terdiam seketika.
" maknanya.. betullah. " El memandang mata Zaurief dalam.
" apa yang betul? "
" haritu mase saya bawak mak ayah awak datang sini, awak kata awak tak nmpak diorang kan? "
" haah. Kenpa? "
" cuba awak fikir kenapa awak tak nampak diorang tapi saya nampak diorang. "
Zaurief mengetuk jari telunjuknya di dagu.
" sebab kau boleh nampk makhluk halus dan aku tak boleh nampak orang yang dah ma..ti?"
Suasana sunyi selama 10 saat.
" a-apa yg kau cuba sampaikan ni? " Zaurief bertanya dengan air mata yg hampir jatuh.
" tadi saya jumpa sedara awak yg dia juga kwan saya, dan dia kata mak ayah awak dah meninggal tahun lepas. "
" kau tipu kan? " Zaurief seakan tidak percaya kata El.
El menggeleng lalu menunduk.
" hisk.. k-kau jumpa sedara aku y..ang mane? " getaran suara Zaurief jelas di pendengaran El.
Menandakan yg dia betul betul sedih.
" hafiena. "
" bawak dia datang sini. Sekarang. "
YOU ARE READING
Boyfriend Dari Perpustakaan✔
Short Story#jangankecamkalautakbest Kisah seorang lelaki yang terperangkap di tingkat 3 bangunan perpustakaan. Mampukah gadis berusia 23 tahun membantunya? Ataupun, gadis itu akan terperangkap sekali? Ataupun, gadis itu tidak sempat menyelamatkan lelaki itu? ...