***
Adam kazumi & Wardah abeallia
***
Cerita ini pernah di published tahun ini, dan diunpublished untuk di edit. Kini di published semula pada bulan jun.
***
Re-write: 12 jun 2018
End:***
PELUH yang mengalir aku tepis dengan laju, air mata mengalir aku abaikan. Langkah terus membawa aku di dalam kegelapan malam, tanpa satu hala tuju langsung!
Malam ini, malam ini persaksian aku pergi dari hidup kazumi. Cukup! Cukup sampai sini kisah cinta antara kita, kazumi!
Satu cahaya menangkap kornea mata aku, disebabkan cahayanya terlalu kuat lengan berisi aku gunakan untuk menghalang dari cahaya itu untuk terus tembus masuk ke dalam anak mata aku.
Kereta bmw yang aku kenal siapa pemiliknya berhenti tepat di hadapanku, aku meneguk air liur kesat. Kenapa, kenapa kaki aku kaku?
Pintu kereta kedengaran seperti di buka, kelopak mata aku tutup erat. Aku tak sanggup untuk berhadapan dengan pemilik kereta tersebut, tak! Tak sanggup.
Detupan kaki kedengaran menapak mendekati aku, jantung aku berentak laju. Peluh dingin semakin laju mengalir, debaran di dada tidak dapat lagi ku kawal. Detupan kaki tidak kedengaran lagi, nafas kasar terasa melanggar setiap inci nafasku.
Bau mint mulai menerjah masuk ke dalam lubang hidungku, aku terawang sebentar. Aku kenal bau ini, bau ini pernah menjadi kegilaan aku satu tika dulu. Cepat-cepat aku halang diriku dari lalai, nafas aku kawal.
Tapak tangan kasar mencapai pipi bersih aku, di gosok lembut kedua belah pipiku. Aku terbuai dengan sentuhannya.
"Kenapa kau nak lari sayang, apa salah aku?" ujarnya seraya jari kasarnya bermain di bibir merahku, aku ingin menggeleng tapi ku kawal.
"Jawab aku sayang," bisiknya pula, nafasnya berbau mint itu benar-benar mengkhayalkan aku. Aku terbuai lagi dan lagi. Jari kasarnya yang bermain di bibir aku di tariknya. Hati aku menjerit kecewa di perlakukan begitu.
"Buka mata kau sayang," arah suara serak basah itu lama selepas lama sepi menyelubungi kami. Aku ragu-ragu sama ada mahu buat atau tidak, aku takut aku tidak mampu untuk menatap wajah kacak itu.
"Buka wardah abeallia, dengar arahan aku!" kelopak mata aku paksa buka, wajahnya sangat dekat dengan aku. Hanya seinci dekatnya, debar mulai laju lebih dari tadi. Matanya tajam menikam anak mataku.
"Kenapa kau lari, kenapa kau nak pergi dari hidup aku, kenapa kau sanggup pergi, kenapa kau lupa janji kita dekat pantai kegemaran kau dulu, kenapa sayang, kenapa?" anak mata yang pada awal tajam itu berubah terus, tanpa di sangka-sangka air matanya mengalir deras. Aku tergamam.
Apa yang baru berlaku, aku ingatkan dia akan memaki aku seperti selalu dia lakukan kalau dia tengah marah.
"Sayang, apa salah aku. Kau masih marah ke pasal hal kelmarin, aku dah terangkan siapa sasuka pada kau. Aku cuma nakkan kau, aku cuma mahukan kau!" ujarnya dalam esakan, aku masih lagi dalam keadaan terkejut. Kazumi lantas menarik aku ke dalam pelukan eratnya.
"Aku minta maaf abeallia, bukan niat aku untuk buat kau rasa dipulaukan, dia hanya bekas kekasih aku. Tidak lebih, tidak kurang!" aku hanya mengangguk tanpa sedar, aku bercampur-baur emosi sekarang. Aku dah lupa niat aku yang sebenarnya, hanya dengan melihat tangisan seorang adam kazumi.
Mungkin, aku terlalu cintakan dia sehingga tidak mampu untuk melihat dia untuk menitikkan air matanya walau setitik.
Tangan aku membalas pelukan hangatnya, badannya yang sado aku gosok lembut. Dadanya yang berlapikkan t-shirt polo aku kucup lembut.
"Jangan tinggalkan aku sayang, lagi."
Aku mengangguk, nampaknya aku termakan racun cinta adam kazumi sekali lagi. Again and over again.
***
Bersambung
YOU ARE READING
Hero Wardah Abeallia.
Romance"...kazumi hanya tercipta untuk wardah, begitu sebaliknya."