Bab 3

61 6 1
                                    

“..can i claim you as mine, because no one can have you accept me!”

Bab 3 | Dia lagi?

Buku yang di minta cikgu raudhah aku bawa dengan cepat, walaupun sebenarnya laju aku ni sama level dengan lajunya kura-kura lari al-maklum lah badan macam mak orang.

Wardah hepi, wardah steady!

Bukan apa, aku janji dengan cikgu raudhah lepas mata pelajaran cikgu safuan aku akan hantarkan buku dia. Tapi si gina punya pasal, tetiba perut memulas dah aku tersekat di dalam bilik air selama 1 jam setengah sebab temankan dia.

Tapi takpelah, boleh skip cikgu safuan punya mata pelajaran.

Punya leka dengan nak cepat, Alia wahina yang menyekat jalan aku menggunakan kakinya menyebabkan aku terjatuh. Habis jatuh semua buku.

"Whops, sorry tak perasan pula anak gajah tengah lari tadi." aku tahu dia sindir aku, tapi senyuman tetap aku lakarkan. Badan aku bongkokkan untuk mengutip buku-buku yang bertaburan.

"Its okay wina, aku tahu kau tak sengaja." walaupun aku tahu dia sengaja, bukan dia mahu menolong malah dia berlalu pergi bersama gengnya. Aku menghela nafas, kenapalah nasib aku begini?

Hey hey wardah! Abah dah ajar kan jangan cepat mudah putas asa, mama ajar pula fight them with kindness so kenapa kau nak give up ni? Dengan kata-kata semangat mama dan abah, aku tersenyum kuat.

"Orang dah tolak kau pun kau masih tersenyum, dah lah tak melawan bodoh pula tu!" tegur seseorang sambil membantu aku mengangkat buku yang terjatuh tadi.

Aku terdiam sekejap, dia panggil aku bodoh?

Seusai selesai dia membantu, wajahnya aku pandang. Sekali lagi lelaki ini? Kenapa sentiasa ada dia di saat aku kesusahan?

"Awak lagi?" soalku terkejut. Dia masih sama, masih tenang dan dingin. Aku menyimpulkan senyuman.

"Walaupun awak panggil saya bodoh, takpela. Terima kasih dah tolong saya, hari ni dah tiga kali awak tolong saya!" ucapku ikhlas, dia hanya diam sahaja. Matanya memandang ke arah lain.

"Okey lah saya dah lambat ni, terima kasih." kaki atur aku pergi, sudah lambat ni. Mesti cikgu raudhah penat dah tunggu aku.

‘Bodoh punya perempuan, kenapalah kau ni baik. Buat aku terus nakkan kau dalam hidup aku! ’ bentak lelaki itu di dalam hatinya.

BUKU aku letakkan di sebelah cikgu raudhah. Guru muda itu hanya tersenyum menyambut kedatangan aku. Lengan berisi aku di gosok lembut.

"Kenapa awak lambat wardah?" soal cikgu raudhah lembut, aku mengaruk kepala aku yang berlapik dengan tudung sekolah. Hanya sengihan aku hadiahkan.

"Gina tadi cikgu, tetiba pula perut dia buat perangai sikit tadi. Itu yang terteman dia sampai tak sedar masa untuk hantar buku tulis ke cikgu. Saya minta maaf cikgu!" badan aku bongkokkan separa pantas di tegah cikgu raudhah.

"Baiklah saya faham, tidak perlu bongkok bagai ni." halang cikgu raudhah. Aku tersenyum seraya mengangguk, memang cikgu raudhah sangat baik orangnya.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu cikgu, asalamualaikum." tangannya aku sambut lalu aku salam. Kemudian aku berlaku pergi dari bilik guru tersebut, aku menghela nafas lega. Amanah aku sudah aku jalankan jadi tiadalah aku kena tanggung kat padang mahsyar kan sebab tak jalankan amanah?

Wardah budak baik! Peace sikit.

PUNGGUNG aku henyakkan di sebelah gina, dia sedang mengurut perutnya yang masih bersisa sakitnya. Terbit rasa kasihan pula dengan dia, mesti sebab terlalu jaga pemakanan sampaikan badan sakit-sakit.

"Kenapa masih sakit ke perut kau?" soal aku, dia mengangguk. Bibir mungil kemerahannya juga sudah habis pucat, mukanya juga jelas hilang tenaga. Makin rasa kasihan aku.

"Kau dah minta minyak angin pada emma?" soalku lagi. Dia hanya sekadar mengangguk dan menunjukkan botol minyak angin cap kapak ke arahku. Aku mengangguk paham.

Kepalanya di lentokkan ke meja, aku tak tenang. Selalunya gina akan hyper active di waktu begini, tapi tetiba di serang sakit perut pula.

"Jomlah kita pergi bilik rawatan, kat sana kita tanya doktor yang bertugas kenapa perut kau meragam macam ni eh? Jom-jom." badannya aku paksa bangun. Dengan kudrat aku yang banyak, memang cerita aku larat lah pimpin dia pergi ke bilik rawatan.

Aku minta pengecualian waktu belajar buat aku dan gina pada cikgu maimun bagi subjek sejarah memandangkan gina sakitkan jadi cikgu maimun membenarkannya, seusai sampai di bilik rawatan aku meletakkan gina di atas katil sakit.

Doktor yang bertugas terus menyuruh aku keluar untuk melihat keadaan gina.

"AWAK KAWAN DIA KE?" soal doktor seusai selesai merawat gina, pantas aku mengangguk laju.

"Dia kekurangan makanan berkhasiat, setiap hari dia makan apa je?" soal doktor tersebut, tepat sangkaan aku. Gina sakit sebab kekurangan nutrisi.

"Roti, itu pun kadang tak makan." jawabku jujur.

"Baiklah saya faham, nanti bila dia dah sedar awak sampai pada dia yang saya nasihatkan untuk sentiasa mengambil permakanan yang mencukupi, kalau dia terusan begini nanti berkemungkinan dia akan mengalami gastrik." aku fokus mendengar arahan doktor tersebut.

Apabila doktor sudah pergi, kerusi aku tarik mendekati gina. Wajahnya masih pucat tapi tidak sepucat tadi. Bibirnya sudah berwarna berbanding tadi.

Sementara menunggu gina, aku meletakkan kepala dan tanpa sedar aku terlena di buai mimpi.

"WARDAH!" panggil seseorang, aku mengosok anak mata serta membetulkan tudung aku yang dah tak betul ni.

"Gina, kau dah sedar?!" teruja aku tatkala gina sudah dari sedar dari lenanya. Dia mengangguk seraya tersenyum lemah, namun seusai itu lengannya aku cubit kuat.

Dia meringis sakit sambil menggosok-gosok tempat yang aku cubit itu.

"Kenapa kau cubit aku wardah?!" soalnya aneh.

"Itulah aku nasihat tak dengar! Konon nak jaga kesihatan lah itulah apalah! Sekarang siapa yang susah?! Kau dengan aku juga kan?! Siapa yang kena hantar kau ke sini?! Aku jugakan! Sebaik aku sayang kau tau ey bencilah! Kalau lepasni kau sakit, aku biarkan je kau kat situ!" bebel aku panjang, gina tersenyum lemah.

"Aku tahu kau takkan, sebab kau sayang aku!" ujarnya, seraya itu aku memeluk dia kuat.

//kan dah buat scene serai mati laki dah ni, wardah tak kisah. Wardah hepi.//

Entah kenapa air mata aku mengalir, mungkin sebab aku terlalu risaukan dia.

"Aku risau tau gina! Janji jangan macam ni lagi. First time aku tengok kau sakit! Itulah jaga makanan lagi, lepasni jangan jaga makan lagi! Kalau kau buat aku takkan kawan kau lagi!" ugutku. Dapat aku rasakan dia mengangguk dalam pelukan kami.

"Baiklah cik wardah!" tangannya di naikkan ke dahi, ala gaya polis pula! Kami sama-sama ketawa, habis dah drama air mata.

"Jomlah balik gina, papa kau mungkin dah tunggu kau?!" dia mengangguk setuju, aku membantu dia bangun dan berjalan.

Hampir tercabut jantung aku dengan keadaan gina ni, sebaik takde apa-apa. Aku menghela nafas lega, sepenuhnya kesyukuran aku angkat pada-Nya.

***

BERSAMBUNG.

Hero Wardah Abeallia.Where stories live. Discover now