“..biarlah cintaku bersemadi bersamaku jika tidak dapat bersamamu. ”
Bab 4 | Hari penting
Saat yang di tunggu akhirnya tiba, hari ini hari di mana keputusan spm akan keluar. Tidak sangka aku sudah berumur 18 belas tahun, rasanya macam semalam je abah belanja aku basikal baru sempena hari kelahiran aku yang ke 12 tahun.
"Wardah, kau lek je! Tak takut ke?" soal gina aneh. Aku simpulkan senyuman bahagia.
"Insha Allah, dengan berkat usaha aku selama beberapa bulan hadap buku je. Aku percaya keputusan aku takkan teruk, ala dapat 5 ke 6 A pun dah cukup buat aku! Yang penting, usaha sudah ada." itulah aku, wardah abeallia. Seorang yang sangat tenang dan simple.
"Aku harap kita boleh bertukar pendapat sekarang wey, aku risau weh. Aku takutlah tak lepas, bukan apa aku sebulan sebelum exam penting baru hadap buku. Ala menyesal tak join kau." bibirnya di juihkan. Aku meraih tangan kurusnya dan mengosok lembut.
"Kau pandai, aku percaya kau akan dapat keputusan yang membanggakan mama dan papa kau!" kata-kata semangat aku lontarkan, dia tersenyum pendek.
"Aku harap begitu wardah. Aaminn." aku turut mengaminkan kata-kata gina, walau begitu tidak ku nafikan degupan jantung aku berdegup kencang sedari tadi.
GURU mulai membaca satu persatu pelajar yang berjaya meraih 5 A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia, gina serta aku sudah gugup.
"Bagi pelajar-pelajar yang meraih 6 A 4 B, saya ucapkan taniah bagi mereka di atas kecemerlangan. Pelajar pertama iaitu, Wardah Abeallia binti syam." aku terus mengangkat pandangan aku, gina sudah tersenyum bangga ke arah aku.
// author taram sahaja. Saya bukan dak dak sipeyem lagi! //
Aku terus bangun dan meluru untuk mengambil slip tersebut. Terasa kedua belah tubirku bertakung dengan air mata kegembiraan, usaha yang aku lakukan selama langsung tidak sia-sia.
Segala kesyukuran aku panjatkan pada yang maha Esa.
Aku kembali melabuhkan punggung di sebelah gina, gina meluru merampas slip keputusan aku. Mulutnya melopong luas, riak wajahnya bangga terhadap aku.
"Wardah wardah! Hepinya aku baca keputusan kau! Untungnya kau dapat 6 A, bukan sikit tau." suaranya jelas kegembiraan. Aku turut tersenyum, itu tanda usaha aku tak sia-sia.
"Seterusnya kita beralih pada 7 A 3 B pula, kita ucapkan taniah kepada pelajar cemerlang sekolah kita, Gina Arbella binti mahmud shah. Beliau berjaya meraih 7 A plus dan 3 B plus, kita ucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada beliau." gina kaku, aku terus menepuk bahunya.
"Gina, weh nama kau! Eh dia ni. Gina!" dia tersedar dari terkejut.
"Wardah aku berjaya! Yeay mama papa amer, gina berjaya! Weh betul kan nama aku?" soalnya buat kepastian. Aku mengangguk, dengan gembiranya dia naik ke pentas.
Pelajar dan para guru tergelak dan ada tersenyum melihat reaksi gina, sudah aku agak gina memang seorang genius. Tidak perlu rushing nak study, cukup sebulan dia dah boleh dapat markah lagi tinggi dari aku.
"Yeay! Aku dapat 7 A. " dengan bangganya dia menunjukkan slipnya padaku sejurus turun dari pentas, aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman.
"Gina aku dah cakap, kau memang genius. " dia tersengih malu, pipinya juga sudah kemerahan.
PELUKAN erat di berikan gina sehingga terasa sukar untuk aku bernafas, bahunya aku tepuk petanda aku mahu di lepaskan sebentar.
"Oit oit, lepaslah. Bukan aku ke mana pun!" marahku manja, dia melepaskan pelukan erat kami maksud aku terlebih erat kami.
"Ala! Tapi nanti kita berpisah juga, mama aku kata nak hantar aku ke luar negara untuk sambung belajar, aku taknak! Aku nak sama universiti dengan kau!" aku tersenyum sedih, aku teringin juga nak sambung belajar ke luar negara tapi malangnya abah aku melarang. Katanya hujan batu di negeri sendiri lebih baik, dan aku tidak boleh menafikan itu.
"Ala, baguslah mama kau izinkan. Pergilah jangan sibuk fikirkan aku. Skype, whatapps, facebook apa semua kan ada." pujuk ku. Dia sudah berendam air mata sebelum menarik kembali aku ke dalam pelukan.
Kali ini aku membalas pelukannya erat, terasa basah bahu aku. Tak sangka gina hyper active kita ni cenggeng juga.
"Nanti ikut aku sebelum aku berlepas okey!" ujarnya dalam esakan.
"Yaya, ala lama lagi kan sebelum kau berlepas. Dah jom lah lepak kfc sebelum balik bagi suprise dekat parents kita!" aku cuba menukar topik sedih kami ini, aku tidak mahu kejap lagi aku pula mengalirkan air mata. Aku kena kuat, nak nangis dalam selimut. Ha meraung pun boleh.
"Okeylah, sempena aku dapat lebih 1 A dari kau biar aku je belanja. HAHAHAHA." ketawa jahatnya sudah keluar, kepalanya aku tuing. Ha riak lagi.
"Ha takbur-takbur!" marahku manja, dia tersengih kecil.
"Mana ada lah!" lengan berisi aku di peluk lalu kami keluar, upacara menangkap gambar, salam guru pe semua dah selesai. Jadi pelajar bebas keluar untuk balik.
Dari hujung lelaki tersenyum sinis sedang memandang wardah.
"Tunggu aku lagi 5 tahun wardah, lepastu kau aku punya!" ujarnya sinis sebelum kakinya melangkah pergi dari situ.
***
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
Hero Wardah Abeallia.
عاطفية"...kazumi hanya tercipta untuk wardah, begitu sebaliknya."