"..Andai langit berseru namumu, akan aku ikut sekali. Biar dirimu tahu, kau juga layak di cintai. "
Bab 1 | First Met
Beg yang di sandang di bahu aku tarik sekali sekala apabila terasa akan terjatuh. Ini kerana angkara, aku yang serabut kalau bukan sebab tergesa-gesa mesti buku yang aku bawa tadi tak jatuh dan sekarang ni mesti aku tak payah tertunduk-tunduk macam orang tua.
Kan wardah dah membebel! Padahal salah sendiri, bila dah kena tanggunglah! Eh boleh kutuk diri sendiri pula aku ni.
"Hish buku ni pula, boleh pula dia jatuh punya jauh dari sepatutnya. Tahu tak aku ni gemok, aduh. " bicaraku tanpa menghirau orang sekeliling, lantaklah orang nak kata aku ni hina diri ke apa ke. Memang sekarang ni aku hampir seput tau!
"Lain kali, makan tu jangan banyak-banyak kan dah tak larat nak amik buku macam tu senang pun. " tegur seseorang sambil tangan panjangnya meraih buku aku yang aku hendak ambil tadi. Rasa jeles bertandang pula.
Aku mencebik, biarlah badan kita yang dia panas kenapa?
"Ala buku saya biarlah, tahu lah dia kurus. " ujarku sambil mengambilnya dari si tukang menolong tadi, wajahnya masih belum di ketahui.
"Memang pun aku kurus kenapa, anda panas? " soalnya dengan nada sindir. Aku rasa taik telinga yang keras belum di korek ni pun rasa cair je dengar sindiran cik abang seorang ni!
Wajahnya aku pandang, gulp! Air liur aku telan kasar, sungguuh indah di pandang.
Tinggi, kulit putih langsat, mata yang sedikit sepet, hidung mancung serta anak matanya sungguh menarik.
"Ehem! Dah puas tilik wajah aku?!" aku terus tersedar dari lamunan, ya Allah malunya. Muka aku terus aku tekup.
"Terima kasih. " ujarku. Dengan pantas aku berlalu pergi, sedar akan keterlanjuran diri. Pipi terasa membahang.
Padah wardah kalau mulut takde insurans!
BUKU yang dibawa, aku letakkan berhati-hati di atas meja al-maklumlah, sayang ilmu. Tak berkat ilmu nanti, habislah hidup aku. Nanti abah dan mama, tak mau belanja ayam kepci dah, kempunan lah jawapannya.
Wardah-wardah, kfc pun masih dalam ingatan walaupun baru semalam kau baham tak ingat dunia! Ish ish! Memalukan.
"Wardah abeallia!! " jerkah gina, yang entah datang dari mana. Jantung yang berdetak lebih laju aku urutkan agar kembali normal. Pantas lengan gina yang jauh lebih kecil dari lengan berisi dariku, aku cubit.
Berkerut dahinya menahan sakit.
"Wardah! Sampai hati kau cubit aku kan, taknak kawan. " bibirnya di cebikkan. Aku mencubit pula bibirnya yang sudah panjang serupa ikan todak itu.
"Wardah abeallia!! " terus pinggangku di geleteknya kuat, apalagi aku pun tergelak menahan geli. Terburai gelak gina, sukanya kenakan aku!
Namun, kebahagiaan kami putus tatkala group alia wahina datang. Muka gina sudah berubah keruh manakala aku hanya mempamerkan senyuman tidak mahu digelar sombong.
"Suka kau eh gemok?! " ujarnya dalam nada perliaan, aku terasa namun hanya membiarkan sahaja. Sudah terbiasa dengan di panggil sebegitu.
YOU ARE READING
Hero Wardah Abeallia.
Romance"...kazumi hanya tercipta untuk wardah, begitu sebaliknya."