"..cinta itu magic, kalau tidak bagaimana bisa jantung aku berdetak lebih laju dari sepatutnya? "
Bab 2 | Tabah
Nasi lemak tambah ayam goreng rangup makcik kantin aku bedal bagai tak ingat dunia, apabila terasa hendak tercekik cepat-cepat aku raih teh ais limau yang berada di sisi pinggan lalu meneguk rakus sehingga tinggal setengah.
Gina yang memandang aku sedari tidak tidak berkelip, air liurnya di telan kasar. Aku yang memandangnya hanya mengangkat kepala tanda mengapa?
Nasi kembali aku bedal. Gina menepuk dahinya sebal.
"Seriously wardah?" soalnya dengan nada tidak percaya, pinggan aku di tariknya jauh dari aku.
"Gina! Nasi aku! " ujarku tak puas hati. Gina, kalau kau lapar pun belilah nasi lemak sendiri. Mahal tu, tulah pergi beli roti buat apa! Benda tu bukan sedap pun.
Masih lagi wardah sempat membuat andaian.
"Gina! Kalau kau nak makan nasi pun, jangan rembat aku punya! Kau pergilah beli sendiri. Tulah aku dah nasihat banyak kali jangan beli-" tanganya di lekapkan ke bibir ku. Aku mengulingkan mata.
"What now gina?!" soalku malas, tangannya di lepaskan dari bibirku.
"Macam mana kau nak kurus wardah kalau hari-hari makan macam ni? Aku bukan nak hina or judge kau tapi kau tengok sendirilah apa sebab aku cakap macam ni! Orang hina kau, orang ramai judge kau, orang cerca kau just because badan kau tak seramping diorang. And kau tak sedih ke? Even kau tak kisah pasal diri kau, fikir pasal hati kau wey! " aku terdiam. Ini bukan pertama kali gina membebel tentang permakanan aku.
Aku tahu niat dia bukan untuk menghina tapi untuk kebaikan aku sendiri. Senyuman aku ukirkan.
"Gina, jangan risau. Mama dengan abah aku dari kecik dah didik aku tentang erti ketabahan, kesabaran. Aku tak ambil kesah apa pandangan orang pada aku! Orang nak kata aku gemok ke, buruk ke, anak gajah ke, apa ke kisah apa aku! Aku ada life aku sendiri, siapa diorang untuk tentukan. Lagipun, aku taknak kurus lah nanti ada orang tu rindu nak gomol pipi aku. " sindir aku, gina terus menghadiahkan cubitan padu di lengan berisi ku. Berkerut dahi aku menahan sakit.
Bagi makcik gina ni cubit memang berbirat badan kau.
"Kalau macam tu kau cakap, aku akan support kau! Kalau ada orang berani hina kau, aku cili mulut dia bagi terbakar. Sedap hati makbapak dia je nak hina kawan aku yang comel ni!" ujarnya sambil pipi aku menjadi mangsa cubitan geram dari gina. Aku hanya merelakan. Bukan apa dah terbiasa!
Gais i dah terbiasa!
"Nah amik balik nasi lemak kau ni. Ha sambung makan lagi biar lemak kau bertambah, lagi sedap aku cubit ehehe. " usiknya sambil meringai seram.
"Thankyou gina, muah muah. " pipinya bertalu-talu aku berikan ciuman. Dia hanya mengangguk dan membiarkan, kami sudah seperti pasangan serai tak hot abad ke 21.
Mohon jeles!
"Wardah!" panggil gina masa sebelum sempat kapal terbang berisikan nasi lemak bertatahkan ayam goreng mendarat. Aku mendengus kecil, gina sudah tergelak. Puas dapat kenakan aku!
"Apa cik gina anak datin jamilah? " soalku, dia tersengih.
"Kau kata tadi masa kau tengah kejar aku, kau hampir jatuh! Tapi ada hero selamatkan. Siapa-siapa? Hensem tak? " aku membulat kata masa, amboi gatal sungguh anak dara sorang ni. Pantang dengar pasal anak teruna orang! Dia orang pertama yang excited, ngadu dekat amer karang.
"Amer nak letak mana cik gina oi? " soal ku pada dia. Rambutnya yang di ikat gaya ponytail itu di main puntal perlahan, sengihan kerang busuk di pamerkan.
"Ala gurau je! " mukanya sudah cemberut. Aku cuba menahan gelak, kali ini aku pula dapat mengenakan dia.
"Ngadu kang, " ugutku. Gina sudah kepucatan, tawa yang sudah hampir meledak tidak dapat ku tahan lagi. Akhirnya terburai juga. Gina sudah mencuka, dia sedar dirinya sudah dipermainkan oleh aku.
Lengan aku menjadi mangsa cubitan padunya, ternaik-naik badan aku cuba menahan sakit di cubit.
"Ala sorry-sorry! Okay! Aku takkan bagi tahu amer, risau kau eh kena putus dengan dia?!" duga aku, gina sudah tidak keruan. Pipinya membahang, pantas di usik tentang amer pasti dia malu.
"Wardah balik pada cerita utama, apahal amer pula jadi story pula ni? " gina cuba mengubah topik, wardah mengaruk kepalanya berlapik tudung itu. Sengihan lahir.
"Aku lupa da! " balas aku bersama sengihan.
"Masa aku tengah tersemput-semput kejar kau, kain aku ni tersekat dan hampir jatuh. Lepastu aku jatuh atas satu lelaki ni wey. " ceritaku. Gina hanya sekadar mengangguk kusyuk sungguh mendengar cerita aku.
"Sebaik dia tak mati weh. " ujarku tiba-tiba. Gina mengangkat kening ala-ala ziana zainnya, aku mendengus. Kenapalah gina ni jenis sel-sel tak berhubung, itulah minum susu tak berkhasiat lagi. Okay wardah merepek.
"Aku ni kan besar, jatuh pula atas dada dia sebaik tak patah kerangka rusuk dia, kalau masuk icu mati aku kena jawab dengan mak ayah dia. " gina mengangguk paham, lama selepas itu gelak dia terburai.
"Larat dia eh tanggung kau? " perli gurau dari gina. Aku tertawa palsu sebelum dagingnya aku pulas kuat-kuat. Ejek eh.
"Aduh-aduh sakit wardah. " aku tersenyum puas. Cubitan aku lepaskan, berkerut dahi gadis berdarah cina itu menahan sakit.
"Hai sayang hai war-" katanya terputus, lengan gina di raihnya perhatin. Aku menguling mata tanda menyampah.
"Why sayang? " soal irfan amer risau. Lengan mulus gina di urut perlahan, dan di selang selikan dengan tiupan hangat. Gina bangga di perlakukan begitu.
"Wardah ni ha cubit kita sampai sakit." ngadu gina. Aku mendengus malas, sudu kembali aku raih lalu kembali menikmati nasi lemak aku yang terjeda tadi.
"Wardah tak mau buat awek kita macam ni! " tegur irfan amer lembut, aku hanya sekadar mengangguk malas! Untung gina ada boyfriend penyayang macam amer, amer adalah lelaki pertama yang lain aku baik selepas abah aku.
Sebelum dia couple dengan gina lagi dia memang selalu tegur aku, berbual dengan aku. Dia memang baik, dia lelaki limited edition. Kalau bukan sebab gina, dah lama aku amik amer. Eh apa wardah merepek ni!
Astagfirullah! Mengucap diri, mengucap.
Tak baik fikir macamtu, gina kawan kau. Hastek wardah gurau je, amer bukan lelaki impian aku. Walaupun dia ada wajah yang kacak tapi entah, degupan jantung aku normal.
"Jomlah wardah, kita masuk kelas. Kejap lagi masa cikgu safuan, kalau lambat karang sia-sia je kena bebel! " aku tersedar ke dunia realiti.
"Mana amer? " soalku sengal.
"Dia dah lama pergi, tula berangan lagi. " aku mengosok leher yang berlapikkan, sedar betapa jauh aku berangan sampai amer pergi pun tak perasan.
Wardah-wardah.
***
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
Hero Wardah Abeallia.
Romance"...kazumi hanya tercipta untuk wardah, begitu sebaliknya."