"AIYO!!!!! "Chenle terus bangun dari katilnya dan berlari masuk ke dalam bilik air. 30 minit lagi sekolah bakal bermula,dia sudah terlanjur tidur.
Dia tidak pernah bangun lambat,ni mesti kakaknya,Zhang Daehwi yang kacau alarm clock dia.
Setelah bersiap,dia pun berlari keluar dari rumah tanpa menghiraukan papanya memanggil namanya di dapur rumah.
"Alamak! Tinggal 15 minit lagi."ujar Chenle sambil melihat jam tangannya yanh melingkar kemas pada pergelangan tangannya. Dia berlari dan berhenti depan pagar sekolah.
Chenle mengatur nafasnya yang tidak teratur.Matanya memandang sekeliling luar kawasan Neo Highschool.
Kalau dia masuk melalui gate,mesti dia kena tangkap dengan pengawas. Bagaimana dia nak masuk ke dalam kawasan sekolah.
Kalau dia patah balik ke rumah, mesti papanya syak dengan dia.
"Hoho.. Kau datang lambat ke sekolah. "Ujar seseorang dari belakang Chenle. chenle menoleh ke belakang.
Kelihatan Renjun mendekati Chenle dengan tangan kanan memegang tali beg dan tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Good Morning my slave."ujar Renjun,dia berdiri menghadap Chenle.
"Kau datang lambat ke sekolah tetapi masih berlagak tiada apa yang berlaku."ujar Chenle.Renjun tersenyum sinis,dia menggosok hidungnya yang gatal.
Mungkin Jeno atau Mark sedang merinduinya.Haha..
"Kau nak masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa kena tangkap?"tanya Renjun.Pantas Chenle mengangguk kepala.
"Kita panjat pagar ni."ujar Renjun,dia membaling begnya ke sebelah. Chenle hanya melihat kegiatan Renjun.
"Naik belakang aku,lepas tu kau panjat pagar ni."arah Renjun sambil membungkuk depan Chenle,Chenle dengan ragu ragu naik ke belakang Renjun.Apabila Renjun berdiri,Chenle berteriak kecil lalu memeluk tengkuk Renjun.
"Turunkan aku,aku takut."ujar Chenle,tangannya masih memeluk tengkuk Renjun.Renjun tertawa,Chenle sangat comel.
"Kalau aku turunkan kau,kau takkan masuk ke dalam kawasan sekolah."ujar Renjun,dia mendekati pagar sekolah. Dia menyuruh Chenle memanjat pagar sekolah supaya dia boleh masuk ke kawasan sekolah.
Tetapi Chenle enggan melakukan perkara itu.Dia takut dengan ketinggian.
"Panjat je la pagar tu!!"ujar Renjun dengan suara yang ditinggikan.Chenle tetap memeluk tengkuk Renjun dan menggeleng kepala.
"Ehm..nice timing betul."ujar satu suara dari belakang mereka.Automatik Renjun dan Chenle terkaku.Dengan perlahan Renjun menurunkan Chenle dari belakangnya.
"Pandang saya."dengan perlahan,Renjun dan Chenle pun memusingkan badan mereka dan berdiri menghadap si pengawas.
"Eh..Pengawas Seokjin dan pengawas Jimin."ujar Renjun.Chenle hanya terdiam,dia menelan air liurnya yang kelat.
Dua pengawas itu tersenyum sinis memandang mereka. Renjun mendengus,dia merenung tajam ke arah Chenle.
'Siap kau lepas ni'Chenle seolah olah dapat membaca fikiran Renjun hanya mampu mengigit bibir bawahnya.
~
"Kamu berdua ditahan dalam kelas ini selama 2jam. Jangan sesekali korang curi keluar. Terutamanya kamu, Huang Renjun. "Jari Cikgu HanGeng menunding ke arah Renjun. Matanya merenung tajam pada Renjun.Renjun memutar bola matanya, dia dah lali dengan Cikgu Hangeng. Dia dah berkali kali masuk bilik tahanan.
Cikgu Hangeng memandang Chenle. Pandangan dari marah bertukar kepada sedih.
"Zhang Chenle, kenapa dengan kamu? Kamu pelajar cemerlang, kenapa kamu boleh couple dengan pelajar yang bermasalah? "Ujar Cikgu Hangeng. Chenle hairan, siapakah boyfriend dia?
YOU ARE READING
NEVER LET YOU GO{√}
Fiksi PenggemarSemuanya bermula dari profile picture Chenle,kecoh satu Neo Highschool disebabkan profile pic Chenle.Profile pic Chenle ialah pic troublemaker Neo Highschool iaitu Huang Renjun.Chenle merasakan dirinya masuk ke dalam kandang singa kerana Huang Renju...