Khai P. O. V
Aku brek motor aku mengejut bila nampak susuk tubuh seseorang sedang terduduk dalam gelap.Ditepi jalan yang bersemak. Dah tak sempat nak tongkat motor apa bagai, aku terus terjun dari motor kearah orang itu. Pedulikan motor tu, nak calar ke nak terlangkup ke. Biar kan~
Yang penting sekarang Syakila~
"Sayang, kenapa ni?" Panggil aku, perlahan. Aku melutut dihadapan dia yang menunduk.
Keadaan rambut Syakila yang kusut masai, baju terkoyak sana sini dan skirt labuh dia juga ada kesan koyak. Menguatkan tekaan aku. Air mata aku mulai bergenang, bila-bila masa boleh tumpah me pipi.
Terketar-ketar tangan aku, cuba untuk menyentuh Syakila. Bukan kerana jijik, tapi~
Sedih kerana aku tak mampu untuk melindungi dia.
Sakit kerana aku tak ada disisi dia saat dia perlukan pertolongan aku.
Aku sentuh kepala dia yang menunduk berteleku. Bahu dia jelas terhingut, sedang menangis. Sayu~
Aku alihkan tangan aku menyentuh pipi Syakila, penuh kelembutan aku cuba untuk mengangkat wajah dia.
Serta merta air mata aku tumpah. Wajah bidadari kesayangan aku kini dibasahi airmata dan...
Kesan lebam!
Syakila masih memejamkan mata, namun airmatanya tidak berhenti mengalir.
"Sayang..." Panggil aku, separuh berbisik. Perlahan-lahan aku menyapu aimatanya yang mengalir dipipi. Semakin aku sapu airmata dia, aku pula yang semakin banjir dengan airmata.
Sakit~ Sumpah Sakit bila kita tengok airmata orang yang kita Sayang tumpah.
"Shhh... You're honey bunny here, sayang." ucap aku, cuba untuk menarik perhatian dia. Perlahan-lahan dia membuka mata.
Dia pandang aku lama~
"Khai..." Bisik Syakila. Terus sahaja daripada esakan kecil dia tadi, berubah menjadi raungan.
Aku terus menerpa kearah Syakila, dan memeluk tubuhnya erat. Belakang Kepalanya aku gosok-gosok. Raungan dia masih tidak berhenti.
"Shhh... I'm here, sayang. Don't worry! Saya ada dengan awak." Pujuk aku, tapi aku juga masih menangis. Semakin erat aku memeluk Syakila, cuba untuk menyalurkan kekuatan aku.
Semakin lama, raungan dia semakin reda. Tapi masalahnya, bukan raungan sahaja yang reda... Dengan dia-dia sekali 'reda'~
"Sya! Sya!" Aku panggil nama Syakila apabila aku rasa tubuh dia tiba-tiba terkulai dari dakapan aku.
"Sya! Bangun Sya!" Aku menampar lembut pipi dia untuk menyedarkan. Tapi dia masih lagi terkulai.
Aduh! Kalut~
Yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang ni adalah... Grab~
*****
Aku pandang Cermin dihadapan aku. Penumbuk aku kepal geram. Terngiang-ngiang ayat doktor tadi.
"Macam mana doktor?" Aku terus berdiri sebaik melihat seorang doktor keluar daripada bilik tempat Syakila dimasukkan tadi.
Doktor wanita tersebut memandang aku atas bawah. Eh! Sempat pula nak menilik aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Storie d'amore"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...