+9+

1.5K 173 10
                                    

Author POV

"NOONA!!!" Sunghyun hanya memekakkan telinganya yang sedia ada sudah pekak disebabkan jeritan nyaring milik Kwon Soonyoung.

"Noona! Kita lapar!! Kita nak makan!! Kita haus!! Kita nak minum!! Nak makan makan makan makan makan makan!! Nak minum minum minum minum!!" Soonyoung menghentak kaki di depan Sunghyun.

Sunghyun hanya goyang kaki sahaja kadang kala dia akan menyisip sedikit teh panasnya.

"Noona!! Dengar tak apa yang Soonyoung cakap ni?! Kita lapar!! Kita haus!! Nak makan!! Nak minum!!" Soonyoung mula berguling di depan Sunghyun menandakan dia betul-betul dah nazak mahu makan.

Sunghyun meletakkan secawan teh panasnya di meja, dengan muka tenang dia memandang Soonyoung yang elok berguling-guling.

"Soonyoung nak makan?" terus terhenti aktiviti tidak berfaedah yang Soonyoung lakukan sebentar tadi.

"Nak!!" bersinar terus mata Soonyoung.

"Dah gosok gigi?" Soonyoung mengangguk ceria.

"Kalau macam tu pergi la makan kat atas meja tu" Sunghyun menyambung membaca majalah.

Dia sudah dapat menganggak pasti bangun sahaja dari tidur Soonyoung akan bertanya tentang makanan itu yang dia dah buat siap-siap.

"Kenapa tak bagitau je tadi?! Buat penat je kita berguling, meraung, mem--

"Aku tak suruh pun kau buat macam tu" potong Sunghyun dengan sinisnya.

"Tapi perangai kita memang macam ni tu la siapa suruh tak kenal kita elok-elok" balas Soonyoung.

Akhirnya Sunghyun mengangkat bendera putih kalah dengan kecomelan mulut puaka Soonyoung.

"Sebagai denda noona kena temankan kita makan!!" Soonyoung menarik lengan Sunghyun, terdorong Sunghyun kedepan mentang-mentang Sunghyun kecil.

"Aishh yelah-yelah cepat makan nanti aku nak jumpa someone kat mall" Sunghyun melihat telifonnya masih awal lagi untuk bersiap.

"Kita nak ikut!!" kata Soonyoung riang, terkeluar makanan di dalam mulut Soonyoung itu.

"Makan tu elok-elok sikit la!!" Sunghyun tayang muka geli.

"Sorry hehe" sengih Soonyoung.

"Kau tak boleh ikut, kau tinggal dengan Jihoon boleh?" terus Soonyoung menggelengkan kepala.

"Kita tak kenal Jihoon hyung! Takut la!!" jawab Soonyoung takut.

"Buat apa nak takut dia baiklah, dia yang angkat kau tau masa kau tidur" pujuk Sunghyun.

'Werkk nak muntah pula puji Jihoon pendek tu' bisik hati Sunghyun.

Manakala Jihoon yang sedang elok tidur nyenyak mula terjatuh akibat umpatan Sunghyun yang tak berapa betul itu.

"Betul ni dia tak jahat?" Soonyoung membulatkan biji matanya yang tak berapa menjadi.

"Tak dia baik lagipun dia tu kawan lama Soonyoung tau" kata Sunghyun lagi.

'Ohh please bila la aku boleh berhenti puji Jihoon pendek tu?' bisik hati Sunghyun lagi.

Manakala lagi sekali di rumah sebelah, Jihoon yang elok mengusap punggungnya mula terasa kejang di kakinya.

"AISH SIAPA YANG SUMPAH AKU WAKTU AKU TIDUR NI?!" maki Jihoon.

Sunghyun dan Soonyoung yang terdengar makian Jihoon mula beristighfar.

"Siapa la yang sumpah kau Jihoon kesian aku tengok" Sunghyun membuat muka kesian.

Soonyoung yang tidak tahu apa-apa hanya menyambung makan.

"Muktamad tau! Kau duduk dengan Jihoon!!" Sunghyun mula bersuara selepas beberapa saat berdiam diri.

"T-tapi k-

"No tapi-tapi!! Iainya dah muktamad petang nanti aku balik" Sunghyun terus bangun lalu masuk kebiliknya untuk bersiap.

Soonyoung ternganga, belum sempat dia nak bercakap dah kena potong kesian kau.

"Hish kita tak habis cakap lagi! Sekurangnya bagi la kita cakap dulu!! Orang nak minta tolong ambilkan air pun susah!!" rungut Soonyoung geram.

Soonyoung bangun dari tempat duduknya untuk mengambil air yang dari tadi ingin diminta tetapi asyik kena potong.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now