"Jadi Sunghyun, ok tak jaga Soonyoung ni? Dia ada buat kamu stress tak?" Sunghyun hanya tersenyum kekok, kalau boleh nak je dia bagitau memang ada pun Soonyoung buat dia sakit kepala tapi lepas tengok muka kesian jejaka itu terus tak jadi dia nak mengadu.
"Takde la dia ok je mak cik biasa la tu kalau dia ada nakal 'sikit' hahhaha budak-budak KAN?" Jawab Sunghyun lalu mencuit pinggang Soonyoung.
"Dey apa main cuit-cuit kita ni" Soonyoung terus membalas cuitan itu dengan mencubit peha gadis itu.
"Wahh aku just cuit je kau balas cubit pula" omel Sunghyun perlahan lalu menjeling jejaka itu.
Manakala Hoshi hanya memerhatikan mereka sahaja~~ forever alone ke tu bang HAHAHAHAHAHHAHA.
"Kamu dengan dia makin rapat ye baguslah kalau macam tu" ujar Pn.Kwon dengan penuh gembira, dirinya asyik risau sahaja jikalau Sunghyun tidak tahan menjaga Soonyoung dan menarik diri tetapi dilihat situasi mereka sekarang buat dia senang hati.
"Omma, kita nak Sunghyun noona jaga kita lagi boleh tak?" Soal Soonyoung siap mencantumkan kedua-dua jari telunjuk.
"Kan omma dah balik buat apa nak Sunghyun jaga kau?" Soal Yuri hairan, dulu kemain semangat nak ommanya balik bila dah balik nak Sunghyun pula yang jaga.
Mengada yitu budak.
"Alah kita rindulah nak tidur dengan—
Belum sempat Soonyoung ingin menghabiskan kata-katanya, Sunghyun sudah menarik pipi jejaka itu dan tersengih pada keluarga Kwon.
"Maaf la mak cik, pak cik budak ni mengantuk agaknya meraban pula dia kata" ujar Sunghyun dengan tangan yang masih menarik pipi Soonyoung.
"Lepahkan khitaaaaa" Soonyoung menolak tangan gadis itu lalu merungut perlahan.
"Aww sweet la korang ni main gaduh-gaduh pula" tegur Shinyoung, cuba menyedarkan dua makhluk ini bahawa ada lagi 5 orang yang sedang duduk bersama mereka.
"Kita dah tau dah hehehew" Soonyoung menyelak rambutnya dengan berlagak.
"Apapun terima kasih ye sebab jaga Soonyoung nanti check kat bank ye duit pak cik dah masukkan dalam akaun kamu" ujar Tn.Kwon lalu menhirup air teh.
"Baik terima kasih mak cik dan pak cik, saya minta diri dulu ye" Sunghyun terus bangun dan menunduk pada mereka.
"Kalau Sunghyun nak datang tengok Soonyoung ni datang jelah, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu" ujar Pn.Kwon lalu menemani Sunghyun sehingga ke depan pintu.
"Ok mak cik"
"BYE NOONA! JANGAN LUPAKAN KITE TAU HIKS NAK NANGIS" Sunghyun memandang jejaka itu datar, mukanya yang penuh dengan air liur Soonyoung dilap dengan jijik.
"Aku kat depan kau je tau apahal menjerit macam aku dah keluar dari halaman rumah kau"
"Hehehe mian"
"Eh kejap!! Nak ikutttt" Shinyoung terus memakai kasutnya dan memeluk lengan Sunghyun.
"Kau nak pergi mana? Kereta kau kat sini je tau" Yuri mengangkat kening.
"Nak balik juga la dey, aku ada kerja kat rumah alang-alang tu keluar sekali dengan Sunghyun" terang Shinyoung lalu menarik lengan gadis itu.
"Byeeee"
"Andwaeeee Nenek tua bawa lari noona kita!!"
"DEY KAU SIAP KAU AKU CEKIK MATA KAU TU SAMPAI SEPET TERUK BIAR KAU BUKA MATA PUN ORANG INGAT MATA KAU TERTUTUP HUH" marah Shinyoung pada Soonyoung, sensitif tau orang panggil nenek tua ni.
"Tak habis-habis nak gaduh" Tn.Kwon menggelengkan perlahan.
Sunghyun pula hanya diam dan memerhatikan Hoshi yang masih memandangnya.
"Bongok creepy la crush kau" bisik Sunghyun pada Shinyoung yang sudah tahu gerangan crush si gadis itu.
"Sebab tu aku tarik kau cepat-cepat, aura dia lain macam" balas gadis itu dan mereka berdua mula berpecah masuk ke dalam kereta masing-masing.
Setelah kelibat Sunghyun dan Shinyoung tidak kelihatan, semua ahli keluarga Kwon terus menyambung kerja mereka kecuali Soonyoung dan Hoshi yang masih tercegat di depan pintu.
Lama juga mereka mendiamkan diri disitu.
"Hyung suka Sunghyun noona ke?" Soal Soonyoung tiba-tiba.
"Kalau suka pun kenapa?" Soonyoung mengetap bibir, main balas soalan pula.
"Hyung takkan dapat dia, lagipun dia ada pakwe"
"Yakinnya kau" Hoshi ketawa sinis, Soonyoung memandang jejaka itu tajam.
"Tapi kalau dia tak dapat kahwin dengan Namjoon jangan risau aku akan kahwin dengan dia so berhenti berangan" usai sahaja berkata sebegitu, Soonyoung terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Hoshi yang masih terkejut.
"S-soonyoung, dia sudah berubah"
____________
Hello gais maaf lambat updateeee
YOU ARE READING
Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)
Fanfiction[ TIDAK AKAN DISAMBUNG ] Kwon Soonyoung. Seorang buda-- ok sorry seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun yang menghidap penyakit dan mengakibatkan perangai dia jadi budak 5 tahun. Dah la gedik lepastu mulut tu celupar sangat sabar jelah siapa yang da...