"Noona!! Kita nak pergi date la kenapa balik rumah ni?!!!"
"Eh aku ni bakal jadi hak milik Kim Namjoon tau sibuk je nak ajak date"
"Eii bukannya Namjoon hyung dah lamar noona pun!! Perah santan je lebih!!" Sunghyun memegang dadanya, sentap dengan kata-kata Soonyoung.
"Alah kita pergi balik rumah kejap, letak barang Soonyoung" ujar Sunghyun tanpa memandang lelaki itu.
"Ish yelah"
Tiba sahaja mereka di apartment, Sunghyun yang baru sahaja ingin mengeluarkan kunci rumah mengerutkan dahinya.
Kelihatan pintu rumahnya yang tidak tertutup rapat menarik minatnya, bukan ke sebelum dia bawa Soonyoung pergi hospital dia dah kunci pintu tu.
Hah pula siapa yang ceroboh masuk ni.
"Soonyoung, kau pegang beg kau ni" tanpa membantah Soonyoung mengambil begnya dari tangan wanita itu.
Dengan perlahan Sunghyun menolak pintu rumahnya dan terpampang la lembaga yang amat dikenalinya.
Bukan seorang tapi tiga orang.
"Whattahell?"
"SUNGHYUN!!" Wanita itu tergamam melihay rakannya MinAh dan Jisoo sedang melambai kearahnya sambil memegang Jihoon?
"HUWAHHH SUNGHYUN TOLONG AKU DARI RAKSASA-RAKSASA NI"
"KAU PANGGIL KITAORANG RAKSASA?! EH KAU TU PENCURI DASAR SUNBAE SEKOLAH LAMA"
"YA TUHAN JIHOON AWAT KENA IKAT?!" Segera Sunghyun menghampiri lelaki kecil itu dan membuka ikatan tali itu.
"Eh dia ni hah seludup masuk rumah kau, kitaorang apa lagi wrestling la huwahahahah terima kasih la sikit kitaorang selamatkan barang kau" Jisoo mengembangkan lubang hidungnya dengan bangga.
Bangga la sangat.
"Pale hotak kau" Sunghyun mengetuk kepala rakannya itu lalu menggelengkan kepala.
Soonyoung yang tak tau apa-apa masuk ke dalam rumah, MinAh dan Jisoo yang perasan kehadiran Soonyoung hanya terpaku.
"Wow Sunghyun, bukan ke kau dengan Namjoon? Awat ex cru— ummphhh!!" MinAh meronta kuat apabila Sunghyun menutup mulutnya. Dia tak habis kata lagi tu.
"Erkk annyeong Kwon Soonyoung imnida" dengan kekok lelaki itu menunduk.
"Jisoo imnida and ni MinAh" Jisoo memperkenalkan diri.
"Sorry ye sunbae sebab belasah sunbae ingatkan pencuri tadi" ujar Jisoo dengan muka tak tahu malunya.
"Engko memang -_-" Jihoon menggelengkan kepalanya, baru sahaja dia ingin keluar dari rumah itu Soonyoung menegur.
"Hyung nak pergi mana?" MinAh dan Jisoo memandang antara satu sama lain. Hyung? Bukan mereka sebaya ke?
"Balik rumah la takut nanti timbul fitnah pula kalau duduk sini" Sunghyun menggulingkan biji mata. Geli dengar ayat tu.
"Nak ikut!!"
"Jom"
"Eh Soonyoung kata nak date"
"Noona date la seorang! Soonyoung nak date dengan Jihoon hyung tata~~" sebelum Soonyoung keluar dia memberikan satu gelekan di punggung lalu meninggalkan Sunghyun yang facepalm.
"Bertuah betul"
"Ehem" pandangan Sunghyun terus dialihkan kepada kawannya.
"Apa?"
"Explain sekarang apa yang dah jadi sekarang" MinAh memeluk tubuh manakala Jisoo mengangkat bahu.
"Ok fine"
+++
"Hyung, kenapa hyung masuk rumah Sunghyun noona?" Soal Soonyoung sambil makan jajan.
"Aku nak ambil barang aku je lagipun si Sunghyun lembab tu tertinggalkan kunci pendua dia kat aku" dengan riaknya Jihoon menunjukkan kunci pendua itu.
"Bagi kita la"
"Eh tak boleh nanti kau hilangkan" Soonyoung memuncung.
"Sekarang kita nak buat apa? Soonyoung bosan la"
"Kau tunggu, kejap lagi diorang sampai" lelaki itu mengerutkan dahi.
"Nugu?" Belum sempat Jihoon ingin menjawab, tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu.
Jihoon bangun lalu membuka pintu.
"Korea pun ingatkan melayu" kata Jihoon.
"Eh kami memang korea ok" kata seseorang.
"Soonyoung menoleh memandang pintu, matanya terbuka luas senyumannya terus lebar.
"Seventeen hyung!!!"
"Soonyoung!!"
YOU ARE READING
Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)
Fanfiction[ TIDAK AKAN DISAMBUNG ] Kwon Soonyoung. Seorang buda-- ok sorry seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun yang menghidap penyakit dan mengakibatkan perangai dia jadi budak 5 tahun. Dah la gedik lepastu mulut tu celupar sangat sabar jelah siapa yang da...