+21+

1.3K 193 87
                                    

"Kwon Soonyoung!!" Seorang remaja lelaki berpakaian seragam sekolah memandang belakang apabila namanya dipanggil oleh orang yang dia kenal.

"Apa kau nak?" Soal Soonyoung kepada seorang lelaki yang sebayanya sesekali dia menguak rambut berwarna merahnya kebelakang.

"Kita tukar"

"Tukar apa kau? Aku nak pergi sekolah la ngok" Soonyoung menjeling lelaki disisinya itu.

Lelaki itu mencekak pinggang, dia tahu yang Soonyoung cuba buat-buat tak tahu apa yang dia kata tadi.

"Kita tukar!!" Soonyoung merengus kuat.

"Buat apa?! Kan dah pernah sekali kita tukar! Tak payah nak mengada la dah tepi! Aku nak pergi sekolah" Soonyoung menolak lelaki itu ketepi, belum sempat dia ingin melangkah pergi lelaki itu menahannya.

"Kwon Soonyoung pleasee"

"Buat apa?! Nak buat kehidupan aku kacau bilau lagi?! Eh baik kau jaga makwe kau tu asyik melekat dengan aku je rimas!" Soonyoung menjeling lelaki itu.

"Please! Ini yang terakhir lepastu aku dah tak minta lagi dah" Soonyoung memandang lelaki itu sedalamnya.

"Ok ni yang terakhir tapi! Kau jangan berani kacau dia" Soonyoung berjabat tangan dengan lelaki itu.

"Ok aku takkan kacau" lelaki itu tersenyum nipis.

"Tapi aku tak janji..."

"KWON SOONYOUNG!!!" Terbangun Soonyoung daripada lenanya apabila mendengar jeritan kuat dari Sunghyun.

Dia mengambil nafas dengan perlahan, cuba menenangkan diri. Petang-petang macam ni pula boleh dapat
nightmare— eh bukan nightmare tapi petangmare.

"Kau ok tak? Engko mimpi apa sampai meracau bagai?" Soal Sunghyun pelik, gila tak pelik tiba-tiba jerit macam orang gila si Soonyoung tu, dia apa lagi join jerit la.

Tetapi Soonyoung tidak merespon apa-apa pun. Hanya kaku.

"Soonyoung? Oi Soonyoung!" Sunghyun menolak bahu lelaki itu. Soonyoung kembali ke realiti, dia memandang Sunghyun.

"Kau dah kenapa? Ok tak?" Soal Sunghyun lagi.

"O-ok, kita dah sampai ek?"

"Dah, jom keluar" arah Sunghyun lalu keluar diikuti Soonyoung.

Sampai sahaja mereka hadapan rumah, Sunghyun memandang lelaki itu tiba-tiba je senyap selalunya bising.

"Kau betul-betul ok ke ni?" Soal Sunghyun sekali lagi bernada risau.

"Iye kita ok" jawab Soonyoung malas, dari dalam kereta sampai la depan pintu rumah asyik tanya benda yang sama je si minah ni.

"Hmm ok" Sunghyun mengangguk perlahan lalu membuka pintu.

Dengan langkah yang longlai, Soonyoung menghampiri sofa lalu berbaring disitu.

"Kau nak apa-apa tak?" Laung Sunghyun dari dapur.

"NAK NOONA!!"

"WOI JANGAN MAIN-MAIN SYAITON!" Hampir terbaling cawan pada muka Soonyoung apabila mendengar dia kata sebegitu.

"Gurau ler, kita nak susu panas! Tapi jangan panas sangat! Kita nak sejuk tapi jangan sejuk sangat pula!" Sunghyun menggaru kepalanya. Kau nak apa sebenarnya budak?

"Cakap la susu suam hanat" ujar Sunghyun tapi yang 'hanat' tu dia slowkan sikit volume suaranya tak nak bagi Soonyoung dengar.

"Whatever" balas Soonyoung malas.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now