Hidup ini bagai satu permainan yang diatur oleh seseorang. Semua yang terjadi adalah yang telah dirancang.
Aku. Hidup aku antara satu permainan yang diatur di antara sejuta hidup yang ada di atas bumi ini.
Segala yang aku lalui ialah rancangan mereka yang tidak pernah memikirkan perasaan aku. Mereka pentingkan diri sendiri. Aku terpaksa dikorbankan demi perjanjian yang mereka bina suatu masa dulu.
Ayah yang tiada saat aku kekurangan perhatian dan kasih sayang darinya secara mengejut mengaturkan perkara yang sepatutnya aku tentukan sendiri.
—◆—
"Ayah nak Kayla kahwin dengan dia. Muktamad!"
Pandangan mata kami bertaut lama. pandangan yang penuh dengan dendam dan kebencian.
"Kay tak nak!"
Aku melepaskan segala amarah yang terbentuk dalam jiwa. Marah yang wujud setelah sekian lama.
Meja makan itu aku tepuk sekuat hati.
"Kay nak bantah ke apa, suka hati Kay. Kay tetap akan kahwin dengan Haris."
Ayah terus beredar meninggalkan aku dengan perasaan terpaksa untuk menerima semua kekalutan ini.
Mengarut! Semua ni mengarut! Kahwin atas perjanjian keluarga sepatutnya dah lama tidak diguna pakai!
Tapi mengapa ayah masih mengamalkan amalan kuno ini!
Aku mencapai telefon bimbit yang tersimpan rapi di dalam kocek seluar.
Malam ini aku harus keluar. tenangkan fikiran. Jauhkan diri daripada ayah. Orang yang tidak pernah memikirkan perasaan anak kandungnya sendiri.
◆
"Kay, kau kenapa ni? Macam takde mood je."
Gelas penuh coke dicapai dan diteguk rakus oleh pelakunya.
"Kau pergi je lah menari sana. Aku okay."
Nad memandangku dengan pandangan menjengkelkan.
"Just go."
Nad menggelengkan kepalanya. "Okay okay. aku blah."
Entah kenapa, dalam keadaan riuh pikuk itu aku boleh mengalirkan air mata. Air mata hangat perlahan lahan memenuhi kelopak mata dan jatuh mengalir di pipiku.
Jiwaku kacau. Serabut. Aku benar benar benci dengan ayah. Dengan sikapnya yang dari dulu tidak ubah. Pentingkan diri sendiri!
Kalau bukan kerana sikap ayah yang pentingkan diri sendiri, mama pasti hidup lagi. Aku juga tak perlu bersedih dengan kematian arwah mama. Aku juga tak akan terjebak dengan dunia gelap begini.
Lihat saja keadaan keliling ku. Penuh dengan manusia manusia yang tiada pegangan agama yang kukuh. Pergaulan lelaki dan perempuan yang tiada batas, seks bebas, air haram ditelan tanpa rasa bersalah.
Aku tidak akan terjebak dengan semua ini jika bukan kerana ayah!
Aku benci ayah. Kerana ayah, aku terpaksa hilang mama. Kerana ayah aku terpaksa lalui hidup tanpa kasih sayang ibu bapa, menagih perhatian daripada orang luar.
YOU ARE READING
Kayla
Romancek a y l a : cerita rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. sebarang persamaan hanyalah kebetulan. W A R N I N G !!! cerita ini mengandungi elemen sensitif dan bahasa kasar. sebarang tindakan yang akan...