23

10.4K 302 66
                                    

Pelukan eratnya menyukarkan ku untuk bergerak. satu keluhan kecil aku luahkan dari celah bibir. tangannya perlahan lahan aku alihkan dari pinggang, tidak mahu dia tersedar.

"Jangan tinggalkan abang, abang nak peluk Kayla lagi." katanya dengan mata yang masih tertutup. bibirnya benar benar dekat dengan wajahku. tangannya kembali mendakapku erat, semakin erat.

"Saya nak solat, lepaslah." aku mengalihkan lagi tangannya, namun dengan lebih bersahaja.

Haris membuka matanya, lalu tersenyum. "jom. saya dah lama tak imamkan awak." senyum sengetnya yang pernah membuatku jatuh cinta padanya diukir.

Aku hiraukan kata katanya dan terus berlalu masuk ke dalam tandas. Haris yang masih berselubung di dalam selimut, bangun dan mengeliat.

Pintu tandas dikunci kemas. sebaik sudah membuka baju, pintu tandas diketuk.

"Kaylaaaa, kaylaa bukak pintu ni cepattttt..." jeritnya perlahan.

"Saya nak mandi lah, awak tunggu kejap boleh tak?" kata aku sambil memegang pintu tandas, risau terbuka je.

"Please kayla, saya dah tak tahan sangat ni. cepatlahhhhh..." rengeknya lagi.

"Eishhh, sabar kejap lah.." rungutku sambil mengambil tuala yang terlipat kemas. tuala putih dililit kemas dibadanku.

Pintu dibuka perlahan, "ha masuklah. cepat sikit." baru saja aku melangkah kaki kanan keluar dari tandas untuk memberi laluannya masuk, aku ditarik ke dalam tandas, lalu pintunya dikunci.

"Gotcha!!!!" tubuhku dipeluk erat, hampir terlucut tualaku. namum cepat cepat aku memegang tuala daripada jatuh.

"Apa awak nak ni. cepatlah guna tandas, saya nak mandi...." kataku dengan agak kasar dan terketar ketar, masih dalam dakapannya. tubuhku yang ditolak pada dinding menyukarkanku untuk bergerak.

Degupan jantung berdegup laju. mungkin kerana aku rindukan dakapan begini.

"Abang nak mandi jugak, nak mandi dengan awak..." suaranya sangat manja. jarinya bermain main di bahuku yang terdedah. hanya tuala yang menutupi tubuhku.

"Haris, please. saya takde rasa nak bersama dengan awak." aku tolak dadanya perlahan. sama berat dengan aku menolak jauh jauh kemahuan sebenarku.

"Tu awak, bukan abang. abang dah rindu sangat dengan Kayla." wajahnya yang tadi serius mengukir senyum seribu makna. bibirnya mendekati wajahku, bermula dari dagu ke pipi. kehangatan nafasnya membuatku lebih berdebar.

Haris menghidu diceruk leherku, naik ke pipi. bibirnya mencari bibirku perlahan. baru dia ingin membuka bibirnya, aku menolak badannya perlahan.

"Saya nak mandi. awak keluar sekarang." kataku tegas. apa Haris tidak rasa apa apa ke bila buat benda macam ni? dengan keadaan yang masih tegang?

Aku ni tempat pemuas nafsu dia semata ke? tolonglah Haris, jangan buat aku macam ni.

Wajahnya bertukar serius kembali. "Okay, I'm sorry. abang cuma rindukan Kayla, tu je sayang." wajahku ditenung lama. tuala yang semakin melurut disentuhnya, lalu Haris menutup bahagian badanku dengan sempurna.

"Mandi cepat, lepastu kita solat sama sama." kata Haris sebelum berlalu meninggalkan aku di dalam bilik air.

"Assalamualaikum w.b.t.." salam kedua diberi, lalu wirid ringkas dan doa dibaca. selesai segalanya, aku menyalami suamiku tanpa perasaan.

"Kayla, saya nak awak balik rumah kita boleh?" katanya sebaik aku melipat telekung. dengan serta merta, keluhan berat keluar dari bibirku.

KaylaWhere stories live. Discover now