16

9.1K 165 7
                                    


"Kayla, kenapa ni?" suaranya yang tiba tiba memecahkan kesunyian bilik mengejutkan aku.

Bila dia balik? balik balik je dah tanya 'kenapa?'. kenapa apa?

"Kenapa apa?" aku bangun dari katil, kaki menuju ke arah closet, tuala dicapai, dan punggung dilabuhkan kembali di pinggir katil.

"Umi kata awak diam je seharian ni, tengah hari pun makan sikit je. ada apa apa jadi ke?" Haris melabuhkan punggungnya di sebelah.

"Takde apa lah, aku okay.." kalau nak diikutkan hati, mahu saja aku merengek pada Haris. kenapa aku rasa tak selesa sangat dengan kehadiran Lily eh? kenapa kenapa?

"Kalau okay, kenapa diam je seharian? kalau ada apa apa, cakap je lah dengan saya. saya suami awak kan, saya dengar.." suaranya yang perlahan, berbaur penat itu memujukku lembut.

"Takde apa apa Haris. kau dari mana? dari pagi keluar, dah asar baru balik.." tuala mandi aku sangkutkan di atas kepala, menutupi sebahagian rambut.

"Saya jumpa kawan.."

Kawan? kawan mana? lelaki ke perempuan? kenapa lama sangat? bertubi tubi pertanyaan yang berlegar di benak.

"Ohhh.." sepatah aku jawab. bila dah dua dua diam, janggal pulak rasa. aku terus bangun dari pinggir katil, membawa langkah ke arah bilik mandi.

Tapi hati ni meminta minta untuk Haris tahan aku dari melangkah ke bilik mandi, mengharapkan yang Haris tahu apa yang tersimpan di lubuk hati.

Eh perempuan...perempuan.. memang perempuan lah kalau mulut cakap lain, tapi hati cakap lain.

"Kayla, kenapa ni?" Haris menarik lembut tangan aku. aku dibawa duduk semula di atas katil. lenganku diusap lembut, mataku menjadi sasaran tatapan matanya yang redup. memang melemahkan jiwa!

"Kenapa kau tanya macam ni? kan aku dah kata takde apa apa.." aku melepaskan diri dari sentuhannya. kaki kembali menuju ke bilik mandi. hm, kenapa lah perangai perempuan ni mengada sangat.

"Umi kata tadi ibu Orked datang dengan Lily.. jadi, awak dah kenal Lily lah kan?" pandangannya jatuh ke lantai kayu bilik 'kami'.

"Hm, Lily adik Laila. kenapa kau tanya?" badanku sandarkan pada tepi pintu bilik mandi, menghadap ke arah Haris.

"Dia ada cakap apa apa kat awak?" soalnya. pandangannya masih setia pada lantai.

"Cakap apa? dia cakap Laila tu bekas tunang kau, tu je lah. kenapa?" sudah serupa inspektor dah aku menyoal Haris.

"Tak, maksud saya–" bebola matanya mencari anak mataku. sebaik pandangan mata kami bertembung, Haris memandang ke tempat lain.

"Em, takde apa lah. awak pergi lah mandi dulu." Haris merebahkan badannya ke atas katil tanpa menanti balasanku.

"Ada apa apa yang aku perlu tahu ke selain Laila tu tunang kau?" hati masih tidak berpuas hati dengan jawapan Haris yang tadi.

"Saya dah bagitahu awak semuanya Kayla." matanya dilelapkan.

Aih, aku ke dia yang tengah patut marah sekarang ni?

"Kayla, dah siap pack ke? saya nak letak beg dalam kereta." jam tangan jenama Rolex dikemaskan di pergelangan tangan.

"Biar aku yang bawa semua ni." aku menyentuh pemegang beg roda tersebut.

"Kayla, awak kenapa ni? boleh tak jangan nak buat perangai macam ni?" dia mengeluarkan kata kata itu, seperti satu keluhan. ditambah dengan kerutan letih di dahinya.

"Bila masa aku buat perangai dengan kau ha?" semakin lama, semakin bengkak hatiku bila berada disisi Haris.

"Bila saya tanya, awak kata okay. tapi tak habis habis nak dingin dengan saya. bercakap taknak, turun makan taknak. apa sebenarnya yang awak nak ni?" kata katanya perlahan, namun sedikit keras. seolah sudah penat dengan aku.

Pandangan matanya aku balas dengan jelingan tajam, menusuk ke matanya. 'Aku cuma nak kau faham isi hati aku Haris. aku takboleh terima bila dapat tahu kau cintakan Laila, lebih dari kau cintakan aku..' ingin saja aku luahkan isi hati ini.

"Aku nak balik." tenungan itu aku matikan segera. beg roda ditarik, menuju ke luar bilik. cukuplah dengan semua ni. lebih lama aku bercakap dengan Haris, keadaan akan jadi lebih teruk.

Haris hanya merenung ku dari belakang, kemudian langkahnya mengikutiku, turun ke tingkat bawah.

Setiap kali aku menyangi, pasti ada yang menyakiti. Aku masih boleh terima soal Zack, tapi aku tak boleh berkompromi soal perasaan aku pada Haris. Kenapa? kenapa di saat aku sudah mencintai, datang yang ingin memusnahkan?

Tiada siapa yang mampu menenangkan selain tangisan, titisan air mata, hingga ke larut malam. aku ingin bersendirian, menangkan segala kekacauan mental.

"Kayla, bukak lah pintu ni. kenapa taknak tidur dalam bilik kita?" ketukan Haris dari tadi aku abaikan, dibalas sepi tanpa sepatah ayat pun.

"Kayla, please. kita bincang elok elok pasal ni. janganlah berkurung macam ni, saya risau.." bertalu talu ketukan meminta supaya pintu itu terbuka.

'Risau? buat apa nak risau pasal aku Haris? aku bukan siapa siapa pun, aku bukan Laila.. dan aku tak mampu jadi Laila..' segalanya hanya mampu diungkapkan di dalam kalbu. empangan air yang bertakung akhirnya pecah, air mata menitis perlahan jatuh mengalir di pipi.

"Leave me alone.." sahutku perlahan. sudah tiada daya lagi untuk bersuara. tenaga habis dek melimpahkan air mata kesedihan, yang aku sendiri tidak faham kenapa.

Kenapa seorang Kayla kena jadi macam ni? benda remeh saja Kayla. hanya sebab Lily cakap macam tu je Kayla, kenapa kena berkurung sampai macam ni Kay?

Ketukan terhenti. "Baiklah Kayla. saya bagi awak ruang untuk bersendirian.. saya tunggu awak datang pada saya.. sampai bila bila pun saya tunggu.." suaranya perlahan di balik pintu kayu.

Air mata kian deras mendengarkan kata-katanya. perlahan-lahan kaki melangkah ke pintu, membuka pintu kayu yang memisahkan aku dan Haris sebentar tadi.

"Kayla..." wajahnya benar benar bimbang, habis berkerut dahinya. mata redupnya menacari anak mataku.

"Please jangan buat macam ni lagi lepasni." Haris terus memeluk tubuhku erat. aku lemah di dalam dakapannya, membiarkan diri ditampung pelukannya. hati mula sebak bila melihat wajahnya. kepala direhatkan di celah lehernya, dengan tangisan yang tiada hentinya.

Esakan semakin kuat pabila Haris mengusap lembut belakang badanku, dari atas kepala hingga ke pinggang.

"Badan awak panas ni sayang.." Haris terus mendukungku, dibawa ke dalam bilik yang digelar bilik 'kita'. badanku dibaringkan di atas katil, menghadapnya.

Esakan semakin perlahan, seluruh tenaga bagaikan hilang kerana terlalu penat menangis. aku melelapkan mata, sebaik sahaja aku dibaringkan. kemudian, tapak kaki Haris seperti menuju ke luar bilik.

Tidak lama kemudian, Haris kembali. hangat tubuhnya yang menghampiri menenangkan aku yang hampir saja terlena. terasa seperti ada satu tangan meletakkan kain basah di atas dahiku sebelum aku benar benar terlelap.

"Get well soon sayang." ayat terakhir yang aku dengar sebelum ditelan lena.

I'm so sorry guys for the very late update. maafkan author, hehe.

KaylaWhere stories live. Discover now