8

18.7K 233 1
                                    

"Kayla, sebenarnya haritu saya ada pergi rumah ayah."

Terus hilang mood aku sebaik mendengar nama ayah.

"Buat apa kau pergi sana?"

"Ayah call, dia kata nak bagi sesuatu."

Rambut yang masih basah aku kibas perlahan.

"Apa yang dia bagi kau?"

Haris diam, seperti memikirkan sesuatu.

"Dia suruh kita pergi honeymoon. Dekat Australia."

"Buat apa nak ikut cakap dia? Aku tak nak pergi."

Keluhan halus terbit dari bibirnya.

"Saya dah agak mesti awak tak nak pergi. Tapi Kay, sekali ni je. Jom lah kita pergi. Ayah awak dah beli tiket untuk hujung minggu ni. Lagi tiga hari je lagi. Jom lahh."

"Kenapa aku nak kena pergi pulak?"

Haris yang tadinya duduk di sofa lain, berpindah ke sofa yang aku duduki.

Tanganku cuba diraih.

"Pleaseeeee, jomlah pergi. Awak tak bosan ke duduk rumah ni je? Sekurangnya kalau kita pergi, dapat juga tengok negara orang."

Hmm. Dia ni kan, suka buat aku kesian tau. Pandai sangat lembutkan hati orang. Padahal dulu aku punya lah benci dengan dia.

"Hm, habis kerja kau macam mana?"

Satu senyuman terukir dibibirnya.

"Tu takde masalah. Saya kan boss, saya boleh cuti bila bila je saya nak."

Keningnya di angkat berulang kali.

"Banyak lah kau. Memang lah kau boss, tapi kau tu doktor. Hari hari ada orang sakit datang klinik kau."

"Alaa, itu awak tak perlu risau lah. Saya boleh minta tolong kawan saya jaga kan klinik."

Aku mencebik. Banyak je alasan dia ni.

"Hm, suka hati kau lah."

Wajahnya serta merta berubah seperti kanak kanak yang diberi harapan untuk dibawa ke taman permainan.

"Awak setuju lah ni nak pergi honeymoon dengan saya?"

"Excuse me, it's a holiday. Not honeymoon."

"Ahh, tak kisah lah. Tapi awak ikut saya kan pergi Australia?"

"Kau nak aku tukar fikiran ke?"

"Ehh jangannn... okay tak tak, thanks Kayla."

Senyuman lebar terus terpancar diwajahnya.

Okay, Haris dah mula tunjuk perangai mengada dia kat aku.

Petanda baik ke petanda buruk ni?

Entah apa yang merasuk Haris, dia terus mengucup lembut bibirku.

Walaupun ciumannya hanya sekilas, tapi benar benar memberi kesan kepadaku.

Aku kaku, diam seperti patung.

"Terima kasih sebab ikut saya. Saya janji dan saya akan pastikan awak tak menyesal buat keputusan ni."

Kata katanya itu kedengaran lembut dan romantik di telingaku.

"Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk buat awak jatuh cinta dengan saya."

Aku diam, tidak tahu mahu memberi reaksi. Aku benar benar terkesima.

'Sama sama kasih.'

Kata itu hanya mampu terungkap di dalam hati.

KaylaWhere stories live. Discover now