Sudah puas mata memerah air, pedih sangat. biarpun aku begini, namun Allah tetap sentiasa ada dengan aku. dugaan dugaan ini telah ajar aku erti redha.Memang sakit, kongsi suami dengan perempuan lain. sakit sangat.. tapi aku tiada hak untuk halang kehendak Haris. benda pun dah jadi, dah lepas. aku harap, hati ini kuat untuk melihat Haris dan Lily.
Memang sejak 2 hari Lily tinggal di sini, aku hanya berperap di dalam bilik. aku belum cukup bersedia untuk menghadap kedua manusia itu.
Dan selama dua hari itu Haris tidak tidur di bilik ini. mungkin dia tidur di bilik lain? atau temankan Lily. entahlah, benda sakit tak usah difikirkan.
Pintu bilik diketuk perlahan. tanpa menunggu jawapan dari aku, pintu dikuak.
"Sayang, tak nak turun makan ke?" soal Haris sebaik kepalanya dijenguk ke dalam bilik.
Aku hanya menggeleng, tanpa memandang wajahnya. masakan aku boleh turun makan dengan mereka berdua? kenapa Haris tak boleh fikir yang aku sedang sangat sakit sekarang?
Haris menutup pintu, lalu menghampiriku. dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.
"Kayla, saya harap sangat awak faham kenapa saya buat semua ni. saya takde niat pun nak lukakan hati awak." dia menghadapku, memegang bahuku.
Pandanganku masih setia pada dinding. wajahnya tak mampu aku pandang buat masa sekarang ni.
"Kalau saya halang sekalipun, awak tetap akan buat." ucapku perlahan. hatiku lemah, air mata memenuhi kelopak mata, tinggal masa untuk jatuh saja.
"Kayla, awak tahu saya sayang awak kan?" Haris menggenggam tapak tanganku, diciumnya sekilas.
Sayang? sudahlah dengan penipuan ni. aku dah cukup pedih. "awak kata awak sayang saya, tapi awak juga yang lukakan hati saya.." setitis air mataku jatuh. sebak. berbincang soal sayang dengan orang yang melukakan sangat kelakar.
Keluhan berat keluar dari bibirnya. "Kayla, please faham keadaan saya." genggamannya semakin erat.
Satu senyuman tawar aku ukir. "habistu, siapa lagi nak faham keadaan saya? kalau bukan suami saya?" aku menarik tanganku dari genggamannya, mengelap air mata yang kian mengalir.
Pandangan jatuh ke lantai. kesalkah dia? "saya minta maaf, Kayla." perlahan suaranya mengucap kata maaf. seolah perkataan maaf itu mampu menghapuskan luka di hati.
"Tak ada isteri yang rela berkongsi suami dengan orang lain Haris." air mata mengalir semakin deras, dada semakin sesak kerana menahan tangis.
Haris memeluk tubuhku erat secara mendadak. aku kalah. aku menangis dalam dakapan lelaki yang melukakan aku.
Haris mengusap belakang badanku, cuba menenangkan aku. "shhh, don't cry Kayla. saya minta maaf sangat sangat. awak hanya perlu tahu satu je, saya sayangkan awak. saya cintakan awak." suaranya sebak.
Sudahlah dengan kata-kata cinta yang akhirnya akan melukakan. setelah beberapa minit aku melepaskan tangis di dalam pelukannya, aku melepaskan dakapan.
Air mata aku lap menggunakan hujung baju. Haris memegang wajahku dengan kedua tanganku. bibirku dikucup lemah.
Air mata yang tadinya sudah kering kembali membasahi pipi. tidak rela dikucupnya dalam keadaan begini. tapi, aku tidak cukup kuat untuk menolaknya. jujur, aku rindukan belaian Haris.
Bibirnya dilepaskan dari bibirku. aku menangis lemah dihadapannya.
"Izinkan saya duduk rumah ayah." aku mengeluarkan hasrat hati yang sudah difikirkan dua tiga hari lepas.
YOU ARE READING
Kayla
Romancek a y l a : cerita rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. sebarang persamaan hanyalah kebetulan. W A R N I N G !!! cerita ini mengandungi elemen sensitif dan bahasa kasar. sebarang tindakan yang akan...