5

21.2K 227 0
                                    

Alarm mengejutkan dari lena selepas subuh tadi.

9:45 a.m.

"Nak turun ke tak eh?"

Bawah bibir digigit lembut.

"Mandi dulu lah."

Bingkas aku turun dari katil dan terus mencapai tuala yang elok tergantung di atas penyangkut.

Entah macam mana kakiku terlanggar sesuatu di bawah katil.

"Apa benda pulak ni."

Kotak tersebut aku angkat dan letak di atas meja kecil.

"Aik, tak boleh bukak."

Aku belek seluruh kotak.

'Ha, ada mangga.'

Pasti ada kuncinya kan?

'Tapi, apa isi dalam ni eh?'

'Kenapa Haris kunci kotak ni?'

Pelbagai soalan mula muncul di fikiran.

Ahh. Lantaklah! Bukan hal aku.

Aku meneruskan niatku untuk mandi.

Biar segar badan dan fikiran. Mengharapkan yang kejadian semalam turut dibersihkan dari akal.

Telefon di atas meja televisyen aku pandang lama.

'Hmm, nak call ke tak?'

Aku bersoal selidik sendiri.

Tidak lama termenung, aku mencapai telefon itu. Habis mendail nombor, telefon dilekapkan ditelinga. Menunggu jawapan dari si dia.

"Zack.."

"Ye Kay? Nak apa?"

"Kay, I minta maaf. Please jangan marah macam ni. Kita jumpa eh malam ni?"

"Kay, stop cari I, stop call or mesej I."

"Zack, please.. I'm begging you. I know that you still love me. Right?"

"Stop Kayla. I tak nak jadi perosak rumah tangga orang."

"Zack, you bukan perosak. I memang tak bahagia dengan dia. Please Zack..."

"Just stop Kayla. Jangan call atau mesej I lagi."

Talian dimatikan.

Air hangat mula memenuhi kelopak mata.

Telefon dicampak di atas sofa.

Perlahan air mataku mengalir.

Kenapa semua jadi macam ni? Tak layak ke aku rasa bahagia?

"Call siapa tu Kay?"

Haris yang entah dari mana tiba tiba muncul.

Cepat cepat aku mengelap air mata yang tersisa.

"Kau sibuk kenapa!"

Tempat duduk disebelahku menjadi pilihannya.

"Kenapa menangis?"

KaylaWhere stories live. Discover now