BAB 20

1.1K 42 7
                                    

TING!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Adam melangkah perlahan menuju ke bilik hotel yang dihuni Delisha. Beg kertas yang dipegangnya dipandang sekilas bersama senyuman mekar di bibir.

Kelmarin, sebaik sahaja dia menghantar Delisha ke hotel, dia sempat singgah di sebuah butik untuk membeli sepasang baju kurung dan sehelai tudung untuk Delisha sebelum pulang ke rumahnya.

Dia hampir terlupa tentang keadaannya ketika itu. Lengan bajunya yang sedikit terbakar, mukanya yang comot, rambutnya yang berserabut. Patutlah beberapa orang pekerja di butik itu asyik memandangnya dengan pandangan yang pelik.

Kakinya berhenti melangkah apabila tiba di hadapan pintu bilik Delisha. Tangan digenggam lalu pintu bilik diketuk perlahan.

Beberapa saat kemudian, pintu dikuak dari dalam. Delisha tersenyum nipis tatkala memandang wajah Adam. Tudung yang disarungkan diperbetulkan.

"Maaflah ganggu awak rehat. Awak selesa tinggal kat sini?" soal Adam lembut.

"Alhamdulillah, selesa."

Beg kertas dihulurkan kepada Delisha, "Saya ada beli baju, dan tudung. Awak pakailah... lagipun, Zul ada bagitau saya pagi tadi yang dia nak jumpa awak hari ni... takkan awak nak pakai baju T-shirt aje kan?"

Huluran disambut. Sempat Delisha menjeling sekilas baju dan tudung yang berada di dalam beg sebelum pandangannya kembali tertumpu kepada Adam.

"Susahkan awak aje. Nanti saya ba..." Delisha terdiam apabila kata-katanya dipangkas oleh Adam.

"Tak payah bayar, saya ikhlas." Adam seolah-olah dapat mengagak apa yang bakal dikatakan oleh Delisha. Dia tersenyum nipis lantas memegang belakang lehernya, "Awak tukar baju dulu, saya tunggu di lobby. Saya pergi dulu," pinta Adam lembut. Kepala ditundukkan sedikit bersama senyuman yang masih kekal pada wajahnya sebelum dia melangkah pergi dari situ.

Langkah Adam dihantar dengan lirikan mata sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Pintu ditutup lantas Delisha menuju ke arah katil.

Isi di dalam beg kertas dikeluarkan. Mata Delisha bersinar-sinar, senyuman meniti di bibirnya tanpa dia sedar. Masya-Allah, cantiknya. Baju kurung dipegang lalu diletakkan di pipi, lembutnya kain... mesti mahal ni. Warnanya pun cantik. Puji Delisha di dalam hati.

***

SEBUAH majalah diselak dengan perlahan. Adam mengangkat sedikit kepalanya. Beberapa orang yang berada di lobi hotel asyik memerhatinya sejak dari tadi. Adam kemudiannya meneliti pakaian yang tersarung di badannya. Okey je... aku tak pakai baju terkalih dan terkoyak pun... majalah pun aku tak baca terbalik. Yang diorang pandang aku tu dah kenapa? Takkan sebab tangan aku berbalut? Hati Adam tertanya-tanya

Jam ditangan dikerling. Jarum pendek kini sudah berganjak ke angka sepuluh. Majalah diletakkan di atas riba lantas mata Adam meliar memandang sekeliling. Mencari kelibat Delisha. Beberapa saat kemudian, susuk tubuh seorang gadis yang baru keluar dari lif dipandang. Adam terpegun.

"Saya dah siap dah," ucap Delisha apabila dia sudah berdiri betul-betul dia hadapan Adam.

Adam bingkas bangun sehingga majalah yang berada di atas ribanya terjatuh di atas lantai. Adam berkira-kira untuk memungut majalah tersebut sebelum Delisha tunduk dan mengambil majalah itu lalu diserahkan kepada Adam.

"Okey," majalah dilempar di atas meja. "Ehem... jom."

Mereka melangkah seiringan menuju ke kereta.

Dia perasan ke tak aku tenung dia tadi? Soal Adam di dalam hati.

"Awak pakai baju tangan panjang, saya tak perasan lengan kiri awak berbalut... mintak maaf. Awak cedera teruk ke? Lengan awak melecur ke?" soal Delisha bertalu-talu sebaik sahaja mereka memboloskan diri dalam kereta.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now