BAB 24

1K 30 17
                                    

            

***

DELISHA melangkah menghampiri suaminya lalu dia berdiri di hujung katil. Kaki suaminya yang bersimen itu direnung. Jarinya yang runcing itu mengetuk lembut permukaan simen itu.

"Awak buat apa tu?" soal Zulfan hairan. Ipad diletakkan di atas katil. Perhatian diberikan sepenuhnya kepada isterinya.

"Err... saya dah lama nak tanya, tapi saya asyik terlupa saja."

"Awak nak tanya apa?"

"Saya nak tau, berat tak bila pakai simen ni?" soal Delisha ingin tahu. Punggung dihenyakkan di birai katil.

"Berat, tapi doktor cakap, yang ini tak seberat simen satu lagi. Simen yang saya pakai ni, ringan lah sikit... fibreglass cast. Ini warna kuning air. Kalau awak nak tau, warna pink pun ada..." jawab Zulfan panjang lebar.

Terangguk-angguk Delisha dibuatnya. Mulutnya membentuk huruf O. "Kenapa tak pakai warna pink je?"

Tawa Zulfan meledak. "Tak naklah. Pink uolss...oh no. Saya tau ada lelaki pakai pink tapi saya tak suka warna pink."

Delisha tertawa kuat manakala Zulfan tediam. Ini kali pertama dia melihat gadis itu ketawa.

Apabila Delisha sedar yang Zulfan memerhatinya, tawanya mati. Wajah Zulfan dicuri pandang. Kenapa dia tenung aku macam tu? Soalnya di dalam hati.

"Saya nak tanya awak ni. Awak muda lagi, awak nak sambung belajar tak?" soalan Zulfan menyebabkan Delisha terkaku. Belajar?

"Awak nak belajar tak?" soal Zulfan sekali lagi apabila Delisha hanya mendiamkan dirinya.

"Saya nak... tapi..." Delisha menundukkan wajahnya, "Kalau boleh, biar saya jaga awak sampai awak sembuh dulu. Awak tak kisah ke kalau saya belajar?"

"Saya tak kisah pun. Saya izinkan awak belajar. Lagipun awak muda lagi..." jawab Zulfan lembut.

"Betul ni?! Saya memang nak belajar sangat-sangat..." Delisha menapak menghampiri Zulfan. Tangan Zulfan diraih lalu disalam. "Terima kasih..." tuturnya separuh berbisik. Matanya sudah mula berkaca-kaca. Terharu.

"Sama... sama..." jawab Zulfan tegagap-gagap. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan spontan daripada Delisha. Alahai. janganlah nak goda aku macam ni?

"Awak nak makan apa-apa tak?" soal Delisha riang. "Saya boleh masakkan."

"Saya nak makan, sup ikan haruan yang macam awak buat haritu," tutur Zulfan lantas dia tersengih.

"Okey, awak tunggu ye? Nanti saya masak tapi kalau takde ikan haruan, ikan lain boleh tak?" soal Delisha sambil menggaru kepalanya.

"Boleh. Apa aje yang awak masak, saya akan makan..." jawab Zulfan lembut.

Delisha tersenyum manis. "Okey, tunggu ye," dia segera keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Kepala digeleng berkali-kali. Comel je isteri aku ni. Duhai hati... sabar ye. Desis hati Zulfan sendiri. Kemudian Zulfan menggaru kepalanya.

"Tapi kalau hari-hari dia goda aku... aku tak taulah boleh sabar ke tidak," ngomel Zulfan sendiri lantas dia tertawa sendiri.

Telefon yang berada di tepinya dicapai lalu nombor Adam didail. Beberapa saat kemudian, talian bersambung.

"Eh, bukan ke kau tak kerja harini? Apasal tak datang?" soal Zulfan sebaik sahaja salam berjawab.

"Aku memang tak kerja. Aku ada kerja sikit tadi..." jawab Adam perlahan.

"Kerja apa? Kau ni, sedia masa ada kerja! Kau ada kat mana ni?"

"Aku ada... dekat hospital."

Mata Zulfan membulat. "Kau buat apa di hospital? Kau sakit ke?!" soal Zulfan separuh menjerit.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now