BAB 18

989 47 3
                                    

"SHA... sini kejap."

Delisha senyum, dia menapak mendapatkan ayahnya, Encik Daud yang sedang duduk di atas kerusi di meja makan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang berada di hadapan ayahnya. Rambut yang menutupi sebelah wajahnya diselitkan di belakang telinga.

"Ada apa ayah?" soal Delisha, riang.

"Sha... lepas ni kalau apa yang jadi, Sha kena kuat. Sha anak ayah dan ibu... Sha kena tabah. Jangan buat keputusan melulu macam apa yang ayah dah buat. Boleh tak janji dengan ayah?" tutur Encik Daud lembut sambil mengenggam lembut tangan anak gadisnya.

"Kenapa ayah cakap macam ni?" kening Delisha bertaut.

Encik Daud tertunduk. "Hmm... ayah tak nak Sha jadi macam ayah..." gumamnya perlahan sebelum dia kembali memandang anaknya. "Sha tau tak, ada empat golongan yang berdepan dengan musibah. Yang pertama orang yang tak ada sifat sabar, sifat sabar yang senipis kulit bawang. Ayah tak nak Sha tergolong dalam golongan ni. Bila ditimpa ujian, mesti akan pertikaikan, kenapa kita, kenapa bukan orang lain, kenapa Tuhan kejam dengan kita..."

Pipi Delisha dipegang, "Jangan sesekali pertikaikan qadak dan qadar ye, Sha?"

Kepala diangguk perlahan. "Sha faham, ayah."

"Bagus anak ayah." Kepala Delisha diusap.

"Ayah cakap ada empat, lagi tiga apa dia?" soal Delisha ingin tahu. Bibirnya tak lekang dengan senyuman manis.

"Ermm, golongan kedua, orang yang tabah... sentiasa berbaik sangka dengan Allah dan yakin semua yang jadi ni ada hikmah dan hikmahnya pasti indah. Kalau Sha hadapi apa-apa musibah," tangan kanan Delisha dipegang lalu tangan anak gadisnya diletakkan di dada kiri anaknya, "Letak tangan di dada dan cakap dalam hati, cukuplah Allah bagiku, dan Dialah sebaik-baik pengatur urusan."

"Sha akan ingat, ayah," balas Delisha lembut.

"Yang ketiga, orang yang sentiasa reda dengan ketentuan Allah dan golongan yang keempat, adalah orang yang bersyukur ketika hadapi ujian. Bila kita sabar dan reda, akan hadir suatu rasa, rasa yang cukup indah. Dan rasa tu, ialah bersyukur terhadap ujian yang dihadapi." Encik Daud terdiam nafas ditarik panjang, tangan Delisha digenggam kuat.

"Ayah tau, ayah dah banyak buat salah. Ayah ni sebenarnya tak layak nasihatkan Sha, ayah ambik jalan pintas, ayah dah susahkan kita semua. Ayah mintak maaf pada Sha..." kelopak mata Encik Daud sudah mula bertakung.

"Ayah, jangan cakap macam ni. Ayah tak salah... ayah buat semua ni sebab nak selamatkan ibu yang tengah sakit. Sha janji, apa pun jadi lepas ni, Sha akan cuba tabah, reda dan bersyukur dengan dugaan yang Allah bagi pada Sha, Insya-Allah ayah." Tangan ayahnya yang digenggam dengan menggunakan tangan kanan diletakkan di pipi manakala tangan kirinya mengesat air mata ayahnya yang sudah mengalir laju.

"Manusia yang bahagia, tak semestinya dia ada segala-galanya... harta, duit, pengaruh... semua tu tak penting Sha. Manusia yang bahagia adalah manusia yang cuba melakukan yang terbaik dan bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang..."

Kelopak mata dibuka perlahan. Delisha merenung gambar yang sudah sedikit terbakar itu, kenangan bersama ayahnya kembali bermain di kotak fikirannya. Setiap bait kata-kata yang dituturkan oleh ayahnya diingati satu persatu.

"Ayah, Insya-Allah, Sha akan tabah, reda dan bersyukur dengan apa yang jadi." Ngomel Delisha sendiri.

Pandangan dihalakan keluar tingkap. Bintang-bintang yang berkelip indah sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

Tangan diletakkan di dada. "Cukuplah Allah bagiku, dan Dialah sebaik-baik pengatur urusan..."

*****

KELUHAN panjang dilepaskan. Zulfan meraup wajahnya berkali-kali. Dia betul-betul tergamam apabila Adam menelefon dan memberitahunya tentang berita itu. Rumah Delisha dan terbakar. Allah, kejamnya mereka.

Tak guna betul kau Black. Aku akan cari kau... dan sumbat kau masuk dalam penjara tapi yang pasti aku takkan benarkan kau sentuh dia. Desis hati Zulfan.

Sekarang, Delisha sudah tidak mempunyai apa-apa. Apa yang akan terjadi pada dia lepas ni? Mata dipejam rapat. Dia tak tau kenapa dia begitu risaukan Delisha. Adakah dia sudah mula mencintai gadis itu?

"Better kau kahwin lah. Suruh bini kau jaga... lagi senang... cari isteri yang boleh jaga kau, bukan macam Mira tu."

Kelopak mata dibuka. Kata-kata Adam mula bermain-main di kotak fikirannya.

*****

LENGAN kirinya yang baru sahaja dibalut akibat kesan melecur disentuh. Air oren yang berada di atas meja dicapai lantas diteguk sehingga ke titisan terakhir. Gelas dibawa ke singki lalu dibasuh sebelum Adam menapak ke biliknya.

Badan dibaringkan perlahan di atas katil. Lengannya berasa sakit, bahunya terasa sengal. Betisnya turut berasa pedih kerana dihempap kayu yang sudah hangus dijilat api. Dahlah dia memakai baju berlengan pendek masa tu. Benar, dia betul-betul gila dan apa yang dia buat tadi memang gila! Hanya sekeping gambar dan tangisan Delisha menyebabkan di berani bertindak sedemikian rupa.

Bantal diambil lalu diletakkan pada wajahnya.

"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa sampai macam ni? Takkanlah..." Adam menjauhkan bantal dari wajahnya, "Takkan aku dah... jatuh cinta pada Delisha kot?" Adam bingkas bangun dari baringnya lantas dia berdiri dan menapak ke arah balkoni.

"Tak boleh Adam... kau tak boleh suka pada dia, sebab... Zul... Zul pun, sukakan Delisha. Aku tau... aku boleh nampak dari cara dia mengambil berat tentang Delisha..." gumam Adam seorang diri sambil memandang langit.

Tiba-tiba wajah Delisha bermain di mindanya. Mata dipejam rapat. Duhai hati, tolong jangan cintakan dia... dan otak... tolong jangan fikirkan dia!

*********

Terima kasih sudi baca TJD. Jangan lupa vote dan komen ye?

Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!

Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.

Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)

Promise

Betul, Suami Aku Pelakon!

Alamak, Tersuka La Pulak!

Piano

Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.

Novelis Ateen Khalid

Dan Instagram saya --- ateen_khalid

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now